Wednesday, March 13, 2013


PAS Perak ziarah keluarga Allahyarham Sarjan Sabaruddin


Tekun mendengar luahan hati balu Allahyarham Sabaruddin Daud

Pesuruhjaya PAS Perak itu mengambil kesempatan untuk mengucapkan takziah kepada balu dan keluarga anggota keselamatan yang terkorban dalam mempertahankan negara demi keselamatan rakyat.

Menurut beliau sumbangan anggota keselamatan samada dari PDRM atau ATM amat besar ertinya buat seluruh rakyat Malaysia, mereka sanggup berkorban nyawa untuk mempertahankan kedaulatan Negara dan pastinya segala pengorbanan mereka akan terus dikenang oleh seluruh rakyat Malaysia.

Sementera itu Bekas Menteri Besar Perak Dato’ Seri Ir Hj Mohamad Nizar Jamaluddin pula menyatakan beliau sangat menyanjungi segala pengorbanan yang diberikan oleh setiap anggota keselamatan Negara.
Pimpinan Muslimat Negeri yang turut serta dalam ziarah tersebut

Beliau juga turut mewakili kepimpinan Pakatan Rakyat Perak mengucapkan takziah kepada keluarga-keluarga pahlawan negara yang telah terkorban untuk mempertahankan kedaulatan negara Malaysia baru-baru ini.


Balu ( tudung bercorak bunga ) berdiri disebelah Isteri Pesuruhjaya ( bertudung putih )
Sementara itu,  Nurunnisa Abu Bakar balu kepada Allahyarham Sarjan Sabaruddin, mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan PAS Perak dan semua rakyat Malaysia kerana amat prihatin terhadap ujian yang menimpa semua balu dan anak-anak anggota keselamatan yang terkorban dalam pertempuran di Lahad Datu baru-baru ini.

Sehubungan itu, PAS Perak turut menyampaikan sumbangan bagi meringankan bebanan yang ditanggung keluarga Allahyarham dengan harapan semoga ianya sedikit sebanyak memudahkan urusan keluarga Allahyarham.

No comments:

Post a Comment