Saturday, March 30, 2013

PENGHARGAAN BUAT ALLAHYARHAM KAK MIZAN....

Pelbagai ulasan berikutan permergian Allahyarham Amizan Baharuddin (Kak Mizan) yang semuanya menyanjung jasa serta pergorbanan beliau. Sesungguhnya Allahyarham seorang yang kental jiwanya...Moga Allah menerima segala amal bakti beliau didalam perjuangan Islam dengan timbangan yang berat...Amin.

Pemergian Allahyarham Amizan Satu Kehilangan Mutiara

E-mailCetakPDF
Dewan Ulamak PAS Pusat merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Pengarah Dewan Muslimat PAS Pusat, Allahyarham Amizan Baharuddin diatas kematian pejuang muslimat.
Pemergian beliau adalah merupakan satu kehilangan mutiara yang besar kepada perjuangan Islam di Malaysia.Semoga jasa beliau kepada umat Islam Malaysia dan kaum muslimat dan wanita secara khususnya berada dalam timbangan berat di sisi Allah s.w.t
Semoga roh beliau ditempatkan bersama-sama para anbia',para sahabat,para syuhada' dan para solihin.
( Blog Dewan Ulama PAS Pusat )

Kak Mizan: Kehilangan besar kepada PASPDFCetakEmel
Ditulis oleh Webmaster PAS Pusat   
FRIDAY, 29 MARCH 2013 15:02

Menurutnya, Allahyarham  sentiasa istiqamah dalam perjuangan walaupun pada masa yang sama bertarung dengan masaalah penyakit ‘barah ovari’.



“Allahyarham merupakan seorang tokoh muslimat yang sentiasa cekal, ceria, sentiasa tenang walaupun menghidap penyakit yang begitu ditakuti seluruh manusia.



“Semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan insane yang soleh bersesuaian dengan perjuangan Allahyarham sepanjang hidupnya,”ujarnya.



Pengarah Pilihan Raya Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP), Amizan Baharuddinmeninggal dunia jam 6.30 pagi tadi akibat kanser ovari.



Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar Kedah selepas hampir dua tahun menjalani pembedahan dan rawatan.

Pemergian Amizan berlaku selepas kematian Ketua Dewan Ulama PAS Kedah, Sheikh Muhamad Abdullah sebelum sempat mereka menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.


Ubaidah seterusnya memberitahu, muslimat di seluruh negara menyifatkan pemergian arwah begitu sukar dicari ganti, apa lagi kematiannya di saat masih memegang jawatan penting selaku Pengarah Pilihanraya Dewan Muslimat PAS Pusat.


Pada masa yang sama beliau berharap seluruh anggota keluarga Allahyarham bertenang dan bersabar di saat pemergian insan yang disayangi.



Ketika menghubungi Harakahdaily, Ubaidah bersama bekas Anggota Dewan Negara, Mumtaz Md Nawi dalam perjalanan ke Taiping untuk memberi penghormatan terakhir kepada insan istimewa itu.



Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar Kedah kira-kira jam 6.30 pagi tadi selepas hampir dua tahun menjalani pembedahan dan rawatan.



Jenazah akan dibawa pulang ke rumahnya di Simpang, Taiping dan akan dikebumikan sebelum Zuhur.



Di Ipoh, jentera pilihan raya PAS negeri turut merasakan kehilangan Amizan kerana Allahyarham adalah Timbalan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Perak.



Pengarahnya, Haji Asmuni Awi antara yang terasa benar dengan perginya Amizan.



"Kali terakhir saya menemui beliau minggu lalu," kata Asmuni kepada Harakahdaily.

(Blog Dewan Muslimat PAS Pusat)



Ucapan Takziah Dari PAS Perak buat Keluarga Kak Mizan ( Mujahidah PAS Perak )

emelCetakPDF

IPOH: PAS Perak mengucapkan takziah kepada keluarga Pengarah Dewan Muslimat PAS Pusat, Allahyarham Amizan Baharuddin diatas kematian pejuang muslimat cekal ke akhir hayat itu.

Ucapan itu disampaikan oleh Ustaz Abu Bakar Hussian Pesuruhjaya PAS Perak

Menurutnya, Allahyarham  sentiasa istiqamah dalam perjuangan walaupun pada masa yang sama bertarung dengan masalah kesihatan diri beliau.

“Allahyarham merupakan seorang tokoh muslimat yang sentiasa cekal, ceria, sentiasa tenang walaupun menghidap penyakit yang begitu ditakuti seluruh manusia.

“Semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan insan yang soleh bersesuaian dengan perjuangan Allahyarham sepanjang hidupnya,”ujarnya.
Pesuruhjaya PAS Perak itu seterusnya memberitahu, seluruh warga PAS Perak menyifatkan pemergian arwah begitu sukar dicari ganti, apa lagi kematiannya di saat masih memegang jawatan penting selaku Pengarah Pilihanraya Dewan Muslimat PAS Pusat.

Pada masa yang sama beliau berharap seluruh anggota keluarga Allahyarham bertenang dan bersabar di saat pemergian insan yang disayangi.
(Blog PAS Perak)

Friday, March 29, 2013

MAKLUMAT TERKINI

Jenazah Al Marhumah Amizan Binti Baharuddin 
akan disolatkan di Masjid Simpang,Taiping
pada jam 5.00 petang ini.

Mohon muslimin muslimat bersama-sama 
memberi pernghormatan terakhir 
buat serikandi Islam ini.

PERGINYA SEBUTIR MUTIARA :PUAN AMIZAN BAHARUDDIN

Buat kekanda Amizan Baharuddin :

DINGIN PAGI INI
MEMBAWA SAYU BERITA PILU
PERGINYA DIKAU....
MUTIARA PERJUANGAN....
BERTEMU KEKASIH ...
MENINGGALKAN KAMI ..
SENDIRI...

NAMUN,
REDHA KAMI ATAS PEMERGIANMU..
TELAH KAU CURAHKAN  BAKTIMU...
ATAS BUMI INI..
MEMPERJUANG KALIMAH SUCI
TANPA GENTAR TANPA JEMU....

KAMI YAKIN..
PERGIMU DISAMBUT GEMBIRA...
DITEMPATKAN DI ISTANA INDAH...
BAHAGIA DISISI PEJUANG JALAN ILAHI
YANG TELAH PERGI SEBELUM MU


KAMI RINDU YA ALLAH..
KUMPULKAN KAMI YA ALLAH
DIKALANGAN HAMBA-HAMBA MU
YANG MENDAPAT KASIH SAYANG MU YA ALLAH....




dalam kenangan...................

Kak Mizan semasa pelancaran Sekretariat Wanita PR Perak

Kak Mizan bersama isteri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang di Air Kuning




Muktamar DMPN Perak kali ke 48, Hotel Hillcity, Ipoh.
Kak Mizan dibarisan belakang 


Kak Mizan bersama pimpinan PR, DMPPusat, DMPN Perak & Wanita PR Perak


Mesyuarat DMPN Perak


Barisan AJK DMPN Perak Sessi Lalu..Kak Mizan duduk dua dari kanan..


Kak Mizan mengetuai bacaan ikrar muslimat di program One Black Perak...

SALAM TAKZIAH


DEWAN MUSLIMAT PAS NEGERI PERAK
 MENGUCAPKAN TAKZIAH KEPADA
 TUAN HAJI ABD RAHIM DAN KELUARGA 
DIATAS PEMERGIAN ISTERI TERCINTA
PUAN AMIZAN BAHARUDDIN 
PADA SUBUH 29/3/2013 (JUMMAT).

KAMI MENDOAKAN AGAR ROH ALLAHYARHAM 
DITEMPATKAN DIKALANGAN HAMBA YANG DIREDHAI ALLAH SWT
 DIAMPUNI DOSA-DOSANYA 
DAN DITERIMA SEGALA AMAL BAIKNYA....

AMIN..AMIN..AMIN YA ALLAH....

Tuesday, March 26, 2013

Dr Muhammad Uthman El-Muhammady Meninggal Dunia



  Dr Muhammad Uthman El-Muhammady,70, meninggal dunia secara mengejut di kediamannya di Persiaran Duta, Kuala Lumpur pada malam Isnin. Kelihatan beberapa keluarga terdekat menziarahinya

KUALA LUMPUR:Tokoh Maal Hijrah 2005, Dr Muhammad Uthman El-Muhammady,70, (gambar kiri) meninggal mengejut di kediamanya di Persiaran Duta di sini petang Isnin.

Dr Muhammad Uthman yang dilahirkan pada 9 Feb 1943 di Kelantan adalah tokoh yang tidak asing khususnya dalam dunia intelektual Islam dan telah menghasilkan ratusan penulisan berkenaan Islam dari segi akidah, akhlak, budaya dan falsafah.

Allahyarham memasuki Universiti Malaya Kuala Lumpur dan mendapat ijazah dalam bidang Pengajian Islam pada tahun 1966 sebelum menjadi tutor pada tahun 1969.

Sebelum kembali ke Kelantan, Allahyarham mengajar di Jabatan Pengajian Islam UM sehingga tahun 1973.

Pada tahun 1995, Allahyarham dikurniakan Ijazah Doktor Persuratan Kehormat (D.Litt.) oleh Universiti Sains Malaysia (USM).Mstar

Zalim..!!! 40 Masjid dan Rumah Muslim di Bakar




Pembakaran masjid dan rumah-rumah Muslim Burma oleh ekstrimis Buddhis meningkat







MEIKTILA - Kekerasan di Burma (Myanmar) terus meningkat, sejumlah masjid dan rumah Muslim telah dibakar oleh gerombolan ekstrimis agama Buddha.

Menurut laporan yang disiarkan Onislam lebih dari 40 masjid dan rumah Muslim dibakar pada Sabtu (23/3/2013) malam di kota Yamethin.

Serangan baru ini berikutan keganasan yang berlaku di bandar Meiktila bermula pada Rabu (2/3 /2013), meninggalkan 32 orang meninggal dunia dan beribu-ribu pelarian kerana persekitaran mereka dihancurkan.

"Sebahagian besar rumah adalah milik Muslim," kata seorang pegawai di bandar Yamethin, dekat Naypyidaw, kepada Agence France-Presse (AFP) dalam keadaan anonimiti.

"Kes seperti ini tidak pernah berlaku sebelum ini di sini," katanya.

Rusuhan di Yamethin itu berlaku selepas beberapa jam sebelumnya seorang utusan PBB melawat jalan-jalan Meiktila yang kacau pasca serangan pembakaran dan menemui sejumlah pelarian Muslim dan Buddha.


Senarai masjid dan sekolah Islam yang hancur dibakar oleh pelampau Buddhis di Meiktila, Myanmar

Kekerasan terhadap Muslim di Burma tidak hanya terjadi di negara bahagian Arakan (Rakhine), 
kekerasan meluas ke bandar-bandar lain di negara majoriti penganut Buddha itu. 

Sejumlah ekstrimis Buddhis tanpa alasan yang jelas membakar masjid-masjid,sekolah-sekolah Islam, dan rumah-rumah Muslim yang bermula pada Rabu (20/3/2013) yang mengakibatkan sejumlah orang terbunuh dan cedera, termasuk warga Buddhis sendiri.

Senarai Masjid dan sekolah Islam yang dihancurkan:

  • 1. Masjid Jami’ (daerah Ashaepyin, yang terletak di barat Bazaar)
  • 2. Masjid Bengali (terletak di daerah Yadanar Maung)
  • 3. Masjid Nyein Chan Yay (terletak di daerah Yadanar Maung)
  • 4. Masjid Turkish (terletak di daerah Yadanar Maung, Tat Nae, lapangan militer)
  • 5. Masjid Myoma (terletak di daerah Yadanar Maung)
  • 6. Masjid Hmanlone (a) Thiri Mingalar (Ka Gyi) (terletak di Thiri daerah Mingalar)
  • 7. Masjid Pakistan (terletak di Thiri Mingalar)
  • 8. Masjid Myo Oo (terletak di daerah Aung Zayyar)
  • 9. Masjid Nandawgone dan Lembaga bahasa Arab (terletak di daerah Nandawgone)
  • 10. Masjid Tharyargone (terletak di daerah Nandawgone)
  • 11. Masjid Chan Aye Tharyar (terletak di daerah Chan Aye Tharyar)
  • 12. Pyi Tharyar (selatan) and Pyi Tharyar (utara), Tempat Ibadah (terletak di daerah Pyi Tharyar)
  • 13. Masjid Mingalar Zayyone (terletak di daerah Mingalar Zayyone)
  • 14. Sekolah Arabia Mudia (terletak di daerah Thiri Mingalar)
  • 15. Lembaga Bahasa Arab Azizia (terletak di daerah Nandawgone)
  • 16. SMA Arabi (terletak di daerah Mingalar Zayyone)
Jumlah pelarian Muslim:
  • 1. Sekitar 6,000 (di kem-kem pelarian di Stadium yang terletak di daerah)
  • 2. Sekitar 8,000 (SMA Polis No. 1)
  • 3. Sekitar 3,000 (Pyi Tharyar - SMA Shan Tae, dekat dengan pangkalan penerbangan angkatan darat)
  • 4. Sekitar 3,500 - (melarikan ke kampung-kampung berdekatan dan Mandalay)

Jumlah korban tewas:
  • 1. Sekitar 130 (Muslim - 40 orang dapat dikenalpasti identitinya)
  • 2. Sekitar 30 (Buddha)

Sumber data: m-mediagroup.com

MANIFESTO PAKATAN RAKYAT : KERAJAAN RAKYAT

485105_573851292626054_1040461531_n

MANIFESTO PAKATAN RAKYAT : RAKYAT BERSAUDARA

524612_573850675959449_615322194_n

MANIFESTO PAKATAN RAKYAT: EKONOMI RAKYAT

550055_573850909292759_1401347955_n

MANIFESTO PAKATAN RAKYAT : KESEJAHTERAAN RAKYAT

5712_573851125959404_2109171275_n

PENIPUAN DAN TAKTIK KOTOR BN : AWAS...


RISALAH DIAMBIL DARI http://jomkitabaca.wordpress.com

undi pos1


pru 2004


undi 5 ptg


tipu undi


tentera undi lagi

borang 14

kotak undi bertukar

5727_597125820315286_1304207264_n

Slide1

Slide2

Slide3


Slide4

Slide5


Slide6

slide18


slide17b

Wednesday, March 20, 2013

KENYATAAN RASMI : MENYOKONG PENUH KEPUTUSAN MELETAKKAN DS NIZAR DI DUN CANGKAT JERING

Dato Seri Mohamad Nizar Jamaludin

Dewan Muslimat PAS Perak menyokong penuh pengumuman yang disampaikan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Perak yang menamakan Dato' Seri Mohamad Nizar Bin Jamaludin sebagai calon PAS di DUN Cangkat Jering, dalam Parlimen Bukit Gantang.  Dewan Muslimat berdiri teguh dibelakang pimpinan PAS Perak dalam apa jua keputusan yang dibuat demi kemaslahatan ummat.

Sayugia diingatkan Dato' Seri Mohamad Nizar Bin Jamaludin merupakan ahli parlimen Bukit Gantang, maka sudah tentu hubungan baik beliau dengan penduduk tempatan  akan memudahkan lagi gerakerrja pilihanraya di DUN tersebut.

Dewan Muslimat juga mengalu-alukan keputusan ini kerana ianya telah membuka satu lagi ruang kepada muslimat untuk menjadi calon dalam PRU 13. Ini adalah kerana calon kedua di DUN Pasir Panjang, DUN yang diwakili oleh Dato' Seri Nizar sekarang ini merupakan calon muslimat . Penamaan Dato Seri Nizar sebagai calon Cangkat Jering , secara automatik menjadikan calon muslimat sebagai calon pertama di DUN Pasir Panjang. 

Syabas dan tahniah dirakamkan atas ketegasan Badan Perhubungan PAS Negeri Perak dalam isu ini, dan berdoa semoga keputusan ini akan membawa kejayaan kepada Pakatan Rakyat untuk merampas kembali Negeri Perak dan seterusnya menawan Putra Jaya.   Dewan Muslimat PAS Negeri Perak dan Dewan Muslimat PAS Kawasan berjanji akan berkerja bersungguh-sungguh membantu gerakerja setiap calon PAS khususnya dan Pakatan Rakyat  amnya.


Dr Najihatussalehah Binti Ahmad
Ketua Dewan Muslimat PAS
Negeri Perak
20/3/2013




DS NIZAR DIUMUMKAN SEBAGAI CALON DUN CANGKAT JERING


IPOH – Teka-teki siapa calon Dun Changkat Jering bagi PRU13 terjawab apabila diumumkan Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Dato’ Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin bertanding di kerusi ‘kontroversi’ itu.

Pengisytiharan tersebut dibuat oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain dalam satu program ceramah di Kg Air Kuning, Changkat Jering, dekat sini semalam.

Ustaz Abu Bakar ketika ditemui berkata, ianya adalah keputusan Badan Perhubungan PAS Perak dan telah dimaklumkan kepada PAS Pusat.

Katanya, pilihan Mohammad Nizar  yang juga Mantan Menteri Besar Perak adalah keputusan yang terbaik memandang beliau sudah lama berkhidmat di kawasan tersebut.

“Mohammad Nizar sudah dikenali dan karektornya telah diterima baik oleh pelbagai lapisan masyarakat yang kebetulannya beliau ketika ini menyandang jawatan Parlimen Bukit Gantang.

“Saya yakin keputusan yang dibuat ini adalah tepat,” katanya ketika ditemui Harakah selepas selesai program ceramah tersebut.

Ketika ditanya berkenaan Dun Pasir Panjang yang ketika ini disandang oleh Mohammad Nizar, Ustaz Abu Bakar menjelaskan, PAS Perak telah mengenalpasti calon yang sesuai dan akan diumumkan dalam masa yang terdekat.

“Ya, PAS Perak sudah kenalpasti calon yang sesuai, Insyallah dalam masa yang terdekat kami akan mengumumkan,” jelasnya.

Sebelum itu, Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss dengan secara tegas mengumumkan Mohammad Nizar sebagai calon PAS di kawasan Dun itu dalam ceramah Suara Anak Muda di Batu 6, Changkat Jering, Bukit Gantang.

Sebelum ini, kerusi tersebut disandang oleh Kapten (B) Osman Jailu daripada PKR namun beliau mengambil tindakan melompat parti bersama-sama bersama-sama Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan Adun Jelapang, Datuk Hee Yit Foong hingga menyebabkan Kerajaan Pakatan Rakyat yang diberi mandat oleh rakyat dalam PRU12 lalu tumbang.

Ini bermakna PAS akan bertanding 22 kerusi manakala 20 PKR dan DAP 18 kerusi dalam PRU13 nanti.

Hadir sama dalam pengunguman tersebut ialah Timbalan Pesuruhjaya, Razman Zakaria; Setiausaha PAS Negeri, Dr Muhaimin Sulam; Ketua Pemuda PAS Negeri, Ustaz Zawawi Hassan; Timbalan Ketua Muslimat Negeri, Rohaya Abu Bakar; wakil Dewan Ulama’ PAS Negeri, Ustaz Sidek Noor dan Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Negeri, Beh Heng Kin

Monday, March 18, 2013

FOTO MUSLIMAT DI SEKITAR PERAK





Kelihatan Hajah Mumtaz Md Nawi di program Kenduri Keluarga PAS parit.
Hajah Mumtaz  dijemput untuk menyampaikan motivasi 


Photo: Bersama mantan KDMParit yang pertama Ustazah Saadiah (duduk)dan Ibu angkat Ustazah Hamishah yang pernah mengasuh ketika menetap di Parit suatu waktu dahulu..
Program ziarah DMPK Parit : Bersama mantan KDMParit yang pertama Ustazah Saadiah
Program Munajat DMPK Gerik



Photo: ALHAMDULILLAH.. AMEERAH PARLIMEN GERIK THIS WEEK :

Jelajah Parlimen melancar dan memperkenalkan Ameerah Gerik :

6 MAC : Pasar malam Pengkalan Hulu
7 MAC : Pasar Malam Bandariang
9 MAC : Pasar Pagi Gerik

with : Norhayati Kasim Ar-radzi Ku Cahaya El-Lateefa Arradzi Greekie Sabieyhah Mohd Radzi Nur Hidayatuladha Hubb Shuhada Nurul 'Atiqah Arif @
Program Jelajah Parlimen oleh DMPK Gerik  dan memperkenalkan Ameerah Gerik


Program Ziarah Hospital oleh DMPK Lumut. Kelihatan Puan Rohawati Abidin
(bertudung biru lembut) Ketua Dewan Muslimat PAS Lumut



Puan Rohawati menyantuni pesakit di wad kanak-kanak