Sunday, February 28, 2010

BEKAS ADUN PKR PENANTI FAIRUS SERTAI UMNO

KUALA LUMPUR, 28 Feb — Bekas timbalan ketua menteri I Pulau Pinang Mohd Fairus Khairuddin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang meletakkan jawatannya April tahun lalu, menyertai Umno hari ini.

Keputusan beliau menyertai Umno diumumkan selepas menghadiri Perjumpaan Kepimpinan Tertinggi Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Bersama Perdana Menteri Malaysia yang turut dihadiri Datuk Seri Najib Razak.

Terdahulu Fairus dengan berpakaian ahli Pertubuhan Silat Seni Gayong menyambut ketibaan Najib, yang juga Presiden Umno, di lobi hotel tempat berlangsungnya majlis itu.

Fairus menyertai Umno kira-kira dua minggu selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengumumkan beliau antara lapan kes berprofil tinggi bebas tuduhan rasuah.

Beliau pernah disiasat kerana dakwaan rasuah melibatkan syarikat kuari di Seberang Perai.

Fairus, 33, meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti berkuat kuasa 16 April tahun lalu.

Fairus keputusan melepas jawatan Adun bagi membolehkan beliau memberi tumpuan penuh terhadap usahanya melanjutkan pelajaran ke pascasiswazah dan sekali gus memberikan masa kepadanya untuk bersama dengan keluarga yang selama ini terpaksa berkorban dalam memenuhi tugasannya.

Beliau juga merupakan bekas Pengerusi Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi, Penerangan dan Perhubungan Masyarakat Pulau Pinang.

Fairus dalam ucapannya pada majlis itu berkata, beliau membuat keputusan selepas mengambil kira perkembangan sepanjang tiga bulan lalu khususnya selepas tercetusnya isu kalimah “Allah”.

Beliau mendakwa pendirian yang dibuat oleh PKR, salah satu komponen Pakatan Rakyat, amat mendukacitakan dan tidak menyenangkan kerana bertentangan dengan perjuangan parti.

“Saya akhirnya mendapat petunjuk yang sangat jelas dan saya dengan ini atas prinsip mempertahankan agama dan kepentingan rakyat, hari ini saya membuat pengisytiharan untuk keluar PKR dan menyertai Umno,” katanya yang menyampaikan ucapan khas sebelum Najib mula berucap.

Najib dalam ucapannya pula berkata atas nama Presiden Umno beliau menyambut penyertaan Fairus, yang menurutnya telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan PKR ke dalam Umno.

“Oleh itu atas nama Presiden Umno, anak muda bernama Fairus akan diterima dengan senang hati (ke dalam Umno) kerana saya tahu beliau mengambil keputusan atas soal prinsip, atas nama perjuangan... mahu menjadi anggota Umno.

“Oleh itu kita kena jaga beliau dengan baik, beliau boleh memainkan peranan kepada parti, bangsa dan agama,” katanya.

Pada majlis ini Fairus juga menandatangani borang menyertai ahli Pertubuhan Silat Seni Gayong dan Umno secara rasmi.


Wednesday, February 24, 2010

YB KHALIL IDHAM:ZAMRY DALAM KETAKUTAN

Penolakan Zambry untuk melantik ADUN Pakatan Rakyat sebagai ahli mesyuara[IMG_7541.JPG]t dalam Jawatankuasa Tindakan Daerah(JKTD) membuktikan beliau berada dalam ketakutan dan tidak sanggup berdepan dengan ADUN Pakatan Rakyat setiap kali mesyuarat sekiranya dijemput, demikian pkenyataan ringkas ADUN Titi Serong,Drs. Khalil Idham Lim dalam sidang media isu yang berkaitan di Pejabat Pakatan Rakyat Perak di sini pagi ini.

Beliau juga menjelaskan bahawa selayaknya ADUN Pakatan Rakyat dilantik dalam JKT kerana merekalah yang mewakili rakyat dan kami masih menerima aduan rakyat.

"Sebenarnya wakil Zambry dalan JKTD yang ada sekarang adalah tidak layak kerana dia tidak mewakili rakyat" katanya.

Menyentuh Isu sambutan Tahun Baru Cina, Drs. Khalil kesal dengan pembaziran yang dilakukan oleh Zambry dan mempertikaikan kewajaran sambutan diadakan sebanyak dua kali . Pertama di kediaman rasmi MB dan kedua di Cenderiang yang dihadiri oleh DYMM Sultan Perak.

"Sebagai Cina Islam saya mengesahkan sambutan Raya Cina tidak jadi masalah untuk orang Islam, cuma yang saya persoalan ialah pembaziran bila dibuat berulangkali" Jelasnya dengan nada kesal.

Tuesday, February 23, 2010

NIK AZIZ: KEAKRABAN PAS-BUKAN ISLAM TIDAK DIREKA KERANA POLITIK

Oleh Mohd Zuharman

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) memberitahu hubungan kerajaan PAS Kelantan dengan masyarakat berbilang kaum dan agama negeri ini bukan sesuatu yang dibuat-buat berdasarkan kepentingan politik sebagaimana diandaikan sesetengah pihak.

Keluhuran itu kata Mursyidul Am PAS itu, sebaliknya adalah anugerah Allah kepada orang yang sentiasa beristiqamah mendokong kesucian agamanya dalam apa jua aspek kehidupan berasaskan al-Quran dan hadis.

“Sejak 20 tahun PAS memerintah, seluruh rakyat Kelantan merasai keharmonian hubungan kaum yang mana tidak pernah berlaku sebarang pergolakan, pergeseran atau pertelingkahan sehingga menimbulkan perasaan dendam antara kaum.

“Bahkan sebelum pada itu lagi, ketika peristiwa 13 Mei, terjadi pertumpahan darah, tapi Kelantan sikit pun tidak berlaku sedemikian.

“Dan contoh terdekat, ketika negeri-negeri lain baru-baru ini kalut ribut bertelagah sampai berlakunya perbuatan ganas seperti membakar gereja tapi di Kelantan, aman,” katanya sewaktu meraikan sambutan Tahun Baru Cina PAS kawasan Bachok.

Majlis tersebut diadakan di pekarangan rumah bekas penghulu Tanpa Mukim Dun Jelawat mendiang Koh Soh Cheng di Jelawat dekat sini, petang ini.

Hadir sama Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa yang juga Ahli Parlimen Bachok.

Nik Aziz berkata tuduhan pihak tertentu kononnya tindakan PAS mengambil langkah berbaik-baik dengan kaum lain semata-mata bagi menjaga kepentingan politik di samping untuk menarik sokongan bukan Melayu adalah tuduhan orang yang dengki dengan kejayaan PAS yang mampu dijadikan model dalam konsep hubungan kaum.

Sementara itu Nasharudin memberitahu bahawa dalam konteks Islam masyarakat bukan Islam adalah saudara seinsan dengan masyarakat Islam.

“Ini adalah hakikat ajaran nabi Muhammad SAW.

“Berdasarkan satu riwayat, sekumpulan orang sedang mengusung jenazah melintasi hadapan nabi, tiba-tiba nabi bangun menghormatinya. Lalu sahabat tanya baginda kenapa bangun sedangkan jenazah yang diusung itu adalah mayat orang Yahudi.

“Maka jawab Rasulullah semua penganut agama di atas muka bumi ini dituntut agar saling menghormati antara satu sama lain,” katanya.

“Demikian betapa luhurnya sifat Rasulullah dalam menjaga kepentingan atau kehormatan lain-lain agama,” tambah beliau.M/I

Wednesday, February 17, 2010

PROGRAM GELOMBANG HIJAU@14/2/2010

Gambar2 Program Gelombang Hijau @14/2/2010

Team LMP dari DMP Pusat

Ustazah Rusiah Salleh selaku pengerusi

Muslimat Parit Buntaq


mengaminkan doa

Ustazah Rusiah membaca doa

Terhibur dengan aktiviti

Wa chaa...


Kumpulan silat





Ustazah Bariah memberi ucapan


YB Zailah memberi ucapan perasmian

Muslimat Beruas

3 jenis air, 3 keping hati

Sketsa dari team LMP


kak aya mata satu...kak errry mata dua...

Ustazah bariah pun mata satu...kak mizan lerai terus...
mata tiga pun ada...

yang bermata satu kena jawab soalan

terhibur dengan pembentangan yang menarik

Jawab...jawab..jangan tak jawab..salah dapat hadiah..betul pun dapat hadiah...


percubaan puan aida meruntuhkan kesatuan...




YB Zailah pun gembira...

Wakil DMP Gopeng

Fasilitator Hajjah Rohainah Hassan..ex TM

Bersalaman sebelum balik

Bibah ni mmg sporting...

Sampai jumpa lagi...




Perbincangan dari hati kehati


Puan Mas dengan Kak Rus


Ustazah Bariah menyampaikan buahtangan buat team LMP

Bergambar kenangan sebelum berpisah..
Wassalam.

PROGRAM RESHINING ANJURAN LAJNAH POLITIK DAN PILIHANRAYA

aProgram 13/2/2010

sementara menunggu peserta yang lain..termenung le dulu

Cik puan 2 yang bertugas sebagai pendaftar hari tu...
sama cantik sama lawa....

Muslimat larut antara yang terawal

Kyusuk mendengar ucapan perasmian

Muslimat Parit




Puan Salmah dan Puan Roha

Puan Khoridah yang sentiasa tekun berniaga

Puan Amizan memberi ucapan

Ustazah Bariah memberi ucapan aluan

Pemantapan oleh PJ Perak Ustaz Abu Bakar Husain

YB Zailah memberi suntikan semangat

YB menjawab soalan dari peserta






Menziarahi Ustazah Siti Rafeah (isteri kepada PJ Perak)


Thursday, February 11, 2010

CANSELOR UNISEL : ROSMAH SIBUK SEBAGAI ISTERI PM

KUALA LUMPUR, 11 Feb: Universiti Industri Selangor (Unisel) memerlukan canselor yang boleh menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pembangunan universiti bukannya sibuk menguruskan program yang lain.

Sehubungan itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor, Dr Halimah Ali bersetuju jika isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tidak dilantik semula sebagai Canselor Unisel apabila tamat tempohnya Jun ini.

"Beliau (Rosmah) pun sudah banyak kerja. Kena tengok program Permata Negara dan sibuk sebagai isteri Perdana Menteri dan sebagainya.

"Jadi mungkin sesuailah Unisel mendapatkan canselor yang baru yang boleh menumpukan kepada pembangunan dan perkembangan Unisel," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Bagaimanapun, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selat Klang berkata, perkara itu terletak di bawah bidang kuasa Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan ianya belum diputuskan secara rasmi.

Perkara itu juga mesti dibincangkan dalam mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Unisel yang akan diadakan dalam masa satu hingga dua bulan ini.

"Perkara ini di bawah bidang kuasa Tuanku Sultan sendiri. Jadi baginda Sutan yang buat keputusan. Perkara ini juga akan diputuskan dalam lembaga mesyuarat, jadi kita tidak ada keputusan rasmi lagi. Mesyuarat mungkin dalam sebulan dua lagi," katanya.

Sementara itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika bercakap kepada media selepas mesyuarat Exco semalam berkata, sama ada Rosmah akan dilantik semula atau tidak sebagai canselor universiti milik kerajaan negeri itu, bergantung kepada keputusan lembaga pengarah universiti.

Julai lalu, pelantikan Rosmah sebagai canselor mandapat bantahan Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan pelajar universiti berkenaan sendiri.

Satu resolusi tergempar menuntut agar Rosmah dilucutkan dari menjadi Cancelor Unisel telah diluluskan di Dewan Utama Unisel Kampus Bistari Jaya, Batang Berjuntai dalam satu program anjuran bersama Kelab Anwar Ibrahim (AIC) dan Majlis Perwakilan Pelajar Unisel.


Oleh:Hazayani Zakaria

Wednesday, February 10, 2010

KENYATAAN MEDIA : Semua diminta bertenang


Berhubung dengan keputusan mahkamah Persekutuan yang menolak rayuan dari DS. Muhammad Nizar Jamaluddin dalam kes Menteri besar Perak kelmarin, maka saya suka untuk mengeluarkan beberapa kenyataan seperti berikut :


1. Semua Penyokong Pakatan Rakyat khususnya di Perak diminta supaya bertenang dan menerima hakikat bahawa keputusan itu hendak lah dihormati sebagai satu proses undang-undang yang ada di negara Malaysia yang kita cintai.

2. Sehubungan dengan itu segala tindakan yang dilakukan oleh semua penyokong Pakatan Rakyat sesudah ini mestilah dalam keadaan yang perlu dikawal dan jangan melangkaui undang-undang dan peraturan yang sedia ada. Oleh itu elakkan sesuatu tindakan yang melanggar undang-undang walaupun kita akan melalui provokasi dari pihak musuh kita.

3. Bagi yang menganut agama Islam, saya terus menyeru kepada semua penyokong Pakatan Rakyat supaya terus mendoakan kesejahteraan kepimpinan kita dan Allah memberikan sifat sabar dan sentiasa bersemangat untuk meneruskan sisa perjuangan yang mesti diteruskan

4.Sesungguhnya kalah di Mahkamah Persekutuan bukan bermaksud kalah di Mahkamah Rakyat, kerana itu marilah kita menyusun langkah lebih terancang dan sisitemetik bagi memastikan Pakatan Rakyat terus melekat dihati rakyat. Saya sangat yakin bahawa gelombang rakyat yang mahukan perubahan di Perak masih tidak luntur dan perlu dijana terus untuk memastikan mereka tetap memilih Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya akan datang.

5. Semua kepimpinan dan seluruh penyokong Pakatan Rakyat hendaklah terus memastikan bahawa semua tindakan yang dilakukan adalah untuk memenangkan pakatan rakyat dengan meneruskan usaha menjelaskan dan menerangkan kepada rakyat yang belum menyokong kita mengenai dasar dan prinsip perjuangan Pakatan Rakyat yang jauh berbeza dengan BN. Usaha-usaha penerangan mestilah ditingkatan dan janganlah banyak unsur menyerang semata-mata.

6. Saya percaya Penyokong Pakatan Rakyat sangat berdisplin dan mematuhi undang dan boleh dikawal sejak keputusan diumumkan kelmarin. Oleh itu saya lebih awal untuk menafikan sekiranya ada saja bentuk provokasi dari pihak lawan untuk memburukkan Pakatan Rakyat bagi mengambarkan kita menolak keputusan kelmarin.

7. Semua ADUN Pakatan Rakyat telah membuat keputusan untuk menjadi pembangkang yang efektif di DUN Perak dengan beberapa syarat yang diperjelaskan dalam sidang media malam tadi, termasuk dalam beberapa perkara yang berkaitan jawatan Speaker dan 3 ADUN katak yang perlu diperjelaskan sesudah dari ini. Keputusan tersebut bukannya kita mengaku kalah namun atas prinsip menghormati keputusan mahkamah.

8. Kerana itu saya menyeru semua penyokong Pakatan Rakyat untuk menyegerakan dan melancar serta melicinkan proses yang dilakukan oleh Pusat Khidmat ADUN Pakatan Rakyat dan Pusat Khidmat Pakatan Rakyat ditempat yang kita tidak menang. Berilah bantuan berupa dana, nasihat, tenaga dan fikiran bagi melicin dan melancarkan pusat khidmat tersebut.

9. Semangat semua ADUN Pakatan Rakyat masih tidak luntur setelah rayuan kita ditolak, semuanya saya yakin masih bersemangat kental. Kekuatan semangat yang dimiliki oleh DS. Nizar yang tidak pernah luntur mestilah menjadi contoh kepada semua pihak untuk meneruskan perjuangan yang belum tamat ini.

Hidup Demokrasi, hidup rakyat, kuasa rakyat kuasa keramat, teruskan perjuangan.

KENYATAAN MEDIA /10 Feb 2010

YB. DRS. KHALIL IDHAM LIM
Sekretariat Pakatan Rakyat Perak.

Tuesday, February 9, 2010

KEPUTUSAN SUDAH,TERUSKAN PERJUANGAN !


Hari ini kita menyaksikan satu episod malang bagi demokrasi dinegara kita apabila kuasa rakyat yang diberikan oleh rakyat kepada Pakatan Rakyat tersungkur rebah di Mahkamah Persekutuan dengan pengumuman Zambry yang naik secara kudeta disahkan sebagai MB Perak.

Kalau ada yang menganggap Zambry menang bergaya dengan para hakim memberi kemenangan 5-0 kepada beliau, sebenarnya saya rasa kemenangannya adalah kemenangan yang tidak kena gaya.

Dakwaan awal saya berdasarkan maklumat yang diterima dan saya terbitkan di blog ini pagi tadi bahawa semacam BN sudah dapat mencium lebih awal mereka akan menang bila dikatakan mesyuarat exco kerajaan BN akan diadakan diibu negara esok, dan lebih sepuluh orang ADUN yang hadir di mahkamah hari ini..

Begitu juga semasa pendengaran kes sehari suntuk pada 5 Nov tahun lepas, seorang pun tidak hadir , mungkin kerana mereka tahu keputusannya bukan pada hari itu dan tiga bula akan datang dari tarikh 5 nov itu.

Selain itu sangat menakjubkan kemenangan diberikan sebanyak 5-0 kepada Zambry. Itulah kata orang tua-tua kalau nak berbohong jangan sampai mengaku umur sendiri lebih tua dari umur bapa kandung.

Begitulah keputusan pada hari ini nampak sangat ada bibit yang menyebabkan ianya boleh dipertikaikan oleh banyak pihak apalagi oleh penyokong Pakatan Rakyat sendiri.

Bukankah satu masa dulu Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Aziz Abd. Rahim pernah mengesahkan dalam penghakimannya bahawa DS. Nizar adalah MB Perak yang masih sah.

Begitulah kebanggaan BN pada hari ini bila MB Zambry telah disahkan oleh Mahkamah. Mereka bercakap berdegar-degar sejak di mahkamah lagi.sampiakan di TV mereka nampaknya gembira sungguh. Namun perlu di ingat dan ditegaskan Mahkamah buka jalan penyudah dalam kemelut Perak.

Kuasa rakyat adalah kuasa keramat dan penyudah kepada krisis ini. saya sesungguhnya tidak dapat memberi jaminan kepada persoalan apakah penyokong Pakatan Rakyat boleh menerima keputusan ini kerana kuasa yang Pakatan dapat adalah melalui mandat rakyat, Namun BN merampasnya melalui kudeta yang terancang.

Kalaulah ini demokrasi yang di banggakan oleh BN maka bolehkah rakyat menerima sepenuhnya cara BN merampas kuasa yang mereka berikan kepada Pakatan Rakyat dan sesudah itu di sahkan di Mahkamah?

Bukankah Pilihanraya setiap 5 tahun sekali adalah jangkamasa bagi menubuhkan sesebuah kerajaan. Segala keputusan yang diumumkan dalam setiap pilihanraya itulah yang sentiasa dipatuhi oleh penyokong pakatan rakyat.

Sekali ini BN kalah di Perak, dia sudah ditolak dan pakatan muncul sebagai kerajaan yang menjadi pilihannya dengan mendapat undi populer 54 pratus. Namun BN betul-betul gila kuasa dengan mengadakan konspirasi membeli 3 orang ADUN Pakatan sehingga menyaksikan manadat rakyat dinafikan.

Hari ini mahkamah mengesahkan kerja haram BN itu. Namun saya mengingatkan bahawa sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah jua, begitulah kerja licik BN selama ini pasti akan sampai ke satu masa dimana DUN Perak pasti dibubarkan.

Semasa itu BN akan berdepan dengan rakyat dan mereka akan sekali lagi meneri hukuman seperti dalam PRU ke 12. Zmalah saya jangka kan lebih teruk dari itu.

Apa pun semua pihak mestilah berkerja kuat dari sekarang. Khusus kepada kepimpinan Pakatan Rakyat dan seluruh penyokongnya semuanya mestilah berkerja kuat untuk memastikan kemenangan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya akan datang.

Itulah pesanan lebih awal yang saya terima dari Ust. Ahmad Awang bila keputusan diumumkan tadi, dia menjadi perangsang dan penyejuk jiwa serta peniup semangat untuk meneruskan perjuangan rakyat yang belum selesai ini.

Beberapa hari lepas saya bersama kepimpinan dan ADUN Pakatan Rakyat Perak berkonvoi ke Utara dan Selatan Perak. Sambutan dari rakyat berbagai lapisan umur dan berbagai bangsa sangat memberangsangkan. Program merakyatkan Pakatan Rakyat ternyata sangat relevan. Pakatan Rakyat ternyata masih mendapat sokongan kuat rakyat, kerana itu saya yakin kepada kuasa rakyat bukanyanya kuasa mahkamah.

DUN perak mestilah dibubarkan kalau BN betul-betul anak jantan, atau dia lambat laun akan terbubar juga pada masa matangnya tidak berapa lagi. Tempohnya mungkin kurang lebih setahun dari sekarang. Kerana itu masa terasa sangat suntuk dan singkat.

Kerana itu tidak ada yang lebih penting melainkan semua jentara Pakatan Rakyat disemua peringkat dijana semaksima mungkin bagi membuktikan keputusan mahkamah adalah salah dan keputusan rakyatlah yang paling benar.

DRS. KHALIL IDHAM LIM
ADUN Titi Serong.