Tuesday, May 29, 2012

Ambil iktibar kemalangan di himpunan belia

KUALA LUMPUR: PAS Putrajaya meminta kerajaan mengambil iktibar daripada kes kemalangan yang berlaku ketika acara perlumbaan drag sempena Himpunan Jutaan Belia Sabtu lalu.

Yang Dipertuanya, Nazir Zakaria berkata, penganjur aktiviti tersebut seharusnya memperketat langkah keselamatan sebelum, semasa dan selepas perlumbaan itu diadakan.

"Kerajaan khususnya pihak penganjur harus dipertanggungjawab dalam kes ini kerana gagal mengambil langkah keselamatan semasa perlumbaan berlangsung.

"Saya difahamkan trek perlumbaan dan penonton hanya dipisahkan dengan pokok hiasan. Kenapa biarkan penonton berdiri di tepi jalan begitu? Macam tak ada beza dengan perlumbaan haram di jalan raya," kata beliau kepada Harakahdaily, hari ini.

Sambil mengucapkan takziah kepada 17 mangsa yang terlibat, Nazir juga berkata, pihaknya akan melawat mereka di Hospital Putrajaya dalam masa terdekat.

Dalam kejadian di Lebuh Wadi Ehsan di Presint 19 itu, empat daripadanya parah, apabila sebuah kereta dalam perlumbaan tersebut terbabas sebelum melanggar penonton yang berada di kawasan yang dibenarkan untuk menyaksikan sukan permotoran itu.

Banyak program melalaikan

Mengulas mengenai Himpunan Jutaan Beliau secara umum pula, Nazir berkata, ianya tidak lebih daripada program hiburan yang melalaikan golongan muda.

"Program yang diadakan tidak berbaloi dengan persiapan yang dilakukan dan banyak aktiviti yang menjurus kepada hiburan yang tidak sihat.

"Memanglah belia suka hiburan tapi perlukah kerajaan sediakan program sebegini untuk golongan muda?" soalnya.

Tambah beliau juga, aktivti hiburan seperti tarian dan nyanyian bertentangan dengan konsep wasatiyyah yang dicanang Perdana Menteri, datuk Seri Najib Razak.

"kalau betul nak ikut konsep wasatiyyah bukan dengan cara sediakan hiburan melampau kepada golongan muda," katanya.

Tuesday, May 15, 2012

13 Mei 2012, selesai sudah muktamar tahunan Dewan Muslimat PAS Negeri Perak kali ke 49 yang diadakan di Markas PAS Air Kuning, Taiping. Muktamar kali ini di rasmikan oleh Exco Muslimat PAS Pusat, Merangkap ADUN Selat Klang, YB Dr. Halimah Bt Ali. Para perwakilan serta pemerhati, setia menanti sehingga petang. Muktamar kali ini menyaksikan usul tegempar yang dibawakan oleh AJK Dewan Muslimat PAS Perak, iaitu menyatakan bantahan terhadap surat khabar 'news strait times' yang telah menyiarkan kenyataan Tan Sri Rahim Noor, berkenaan Tuan Guru Nik Aziz digelar sebagai 'Father Of Kafir'. Usul ini diterima tanpa bantahan dan gimik pembakaran media tersebut dilakukan di dalam dewan muktamar. Selepas itu bacaan doa qunut nazilah dibacakan menunjukkan para muslimat  membantah dan mengharapkan pertolongan dari Allah. Muktmar berakhir pada jam 6.15 petang.

        Perwakilan dari Kawasan Tambun membahaskan usul

     Para perwakilan yang setia menanti
                                                    Ucapan ketua Dewan Muslimat PAS                                            
       Dr. Najihatussalehah Ahmad
                                                            Para perwakilan mengaminkan doa
                                              
      Barisan Kepimpinan Dewan Muslimat PAS Perak
        Sessi 2011- 2013

    Perwakilan
                                                         
     Penyampaian Anugerah Jasamu dikenang
     oleh YB Dr. Halimah Ali
   Mantan Ketua DMPN Sessi 2009-2011 menerima cenderamata
  Bacaan doa Qunut Nazilah selepas gimik
      membakar surat khabar
   antara tetamu yang hadir

            Penyampaian cenderahati kepada YB Dr. Halimah
                                       
                                                  
    Bersemangat mengaminkan doa
  Ucapan Perasmian
                                                             
                                                       Sidang Muktamar kali ke 49 bermula



    Gerai jualan

Gimik membakar surat khabar News Strait Times