Tuesday, March 29, 2011

SALAM TAKZIAH

ASSALAMUALAIKUM

DEWAN MUSLIMAT PAS NEGERI PERAK MENGUCAPKAN TAKZIAH KEPADA PUAN ROHAYA BAKAR, TIMBALAN KETUA DEWAN MUSLIMAT NEGERI DI ATAS PEMERGIAN SUAMI TERCINTA TUAN HAJI AHMAD BIN TARMIZI KERAHMATULLAH PADA 28/3/11, SETELAH MENDERITA SAKIT DALAM TEMPOH YANG AGAK LAMA..............

DMPN MENDOAKAN SEMOGA ROH ALLAYARHAM DITEMPATKAN DIKALANGAN HAMBA-HAMBA YANG DIRAHMATI ALLAH..DAN DIAMPUNKAN SEGALA DOSA2NYA...

DMPN JUGA MENDOAKAN SEMOGA PUAN ROHAYA SERTA KELUARGA TETAP SABAR DAN TABAH MENGHADAPI DUGAAN INI...


AL FATIHAH...

Wednesday, March 9, 2011

WANITA BELUM DAPAT HAK MEREKA YANG SEBENARNYA

Masih sukar bagi wanita untuk mendapatkan perlindungan yang penuh dan sewajarnya di bawah undang-undang utama Persekutuan, apatah lagi di bawah undang-undang lain.


PETALING JAYA: Wanita PKR mendakwa hak wanita di Malaysia belum menikmati hak mereka berbanding negara maju.

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berkata, adalah masih sukar bagi wanita untuk mendapatkan perlindungan yang penuh dan sewajarnya di bawah undang-undang utama Persekutuan, apatah lagi di bawah undang-undang lain.

Selain itu, katanya, masih terdapat beberapa aspek undang-undang di mana wanita masih mengalami diskriminasi, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung, ataupun di mana hak dan kepentingan wanita gagal dilindungi sepenuhnya.

“Contoh undang-undang sedemikian termasuk Kanun Keseksaan, Akta Keganasan Rumahtangga dan ketiadaan undang-undang sedia ada untuk masalah gangguan seksua.

“Penindasan yang dihadapi wanita Penan adalah salah satu contoh terbaik sebagai bukti. Gadis Penan telah dieksploitasi sebagai bahan dagangan dan pemuas nafsu pihak berkuasa dan berpengaruh benar-benar sesuatu yang amat menyedihkan.

” Ibubapa Penan terpaksa berdiam diri, takut dek tekanan pentadbiran kuku besi pemerintah.

“Inikah erti sebuah suasana masyarakat yang kerajaan BN-Umno anjurkan? ” katanya dalam satu kenyataan media hari ini sempena sambutan 100 tahun hari wanita dunia.

Zuraida yang juga ahli Parlimen Ampang berkata, kesaksamaan hak wanita di Malaysia hanya boleh dikatakan sekadar mendapat pengiktirafan secara formal melalui penambahan perkataan “jantina”dalam Perkara 8(2) Perlembagaan Persekutuan sahaja kerana pada hakikatnya, tafsiran peruntukan ini masih terhad.

Beliau menggesa agar tafsiran Perkara 8(2) Perlembagaan Persekutuan diperluaskan dan tidak terlalu terhad, kerana ini membolehkan manipulasi dan penindasan hak kepada wanita secara keras.

“Wanita PKR memandang serius perkara ini dan melabelkannya sebagai jenayah disriminasi,” tambahnya..

Beliau juga menggesa pihak berkuasa segera menguatkuasakan sepenuhnya peruntukan-peruntukan berkaitan gender yang telah diluluskan;

Selain itu, katanya kerajaan perlu segera memasukkan dalam undang-undang akan takrif diskriminasi secara langsung dan tidak langsung.

Kerajaan, beliau menambah hendaklah mewujudkan dan menguatkuasakan undang-undang kesaksamaan gender secara bersepadu dan menyeluruh dengan melibatkan setiap peringkat.

Dewan Muslimat Pas Perak,menyokong penuh ulasan dan teguran yang dibuat oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berhubung kenyataan Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia(JMM)Farahana Jamaluddin yang disiarkan dalam Akhbar Sinar Harian hari ini. Teguran Mufti Perak terhadap kenyataan Farahana Jamaludin yang menyifatkan perbuatan Pengarah JMM itu kelmarin,menyamakan pemimpin ajaran sesat Ayah Pin dengan Mursyidul Am Pas,Tuan Guru Nik Aziz,Menteri Besar Kelantan sebagai berdosa dan hukumnya fasik,wajib diambil perhatian berat oleh semua pihak.Dewan Muslimat Pas Perak menuntut Farahana Jamaluddin memohon maaf seperti yang di sarankan oleh Mufti Perak.Kenyataan seperti yang telah dibuat oleh Pengarah JMM itu adalah kenyatan yang wajib dihindarkan kerana kedududukan ulama adalah selaku pewaris Nabi.

TEKAD MP MUSLIMAT PAS MEMBELA KAUM WANITA

Ahli Parlimen muslimat PAS bertekad mahu membela nasib kaum wanita yang tertindas kerana mereka merupakan aset penting negara.

Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusuf berkata, gologan wanita yang berkualiti sangat diperlukan untuk membentuk keluarga, masyarakat dan negara.

"Kita kena lihat ramai lagi wanita yang ditindas. Jadi kita kena bela nasib mereka kerana mereka aset penting kepada negara," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini sempena Hari Wanita Sedunia ke-100 hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat juga berkata, Islam sendiri meletakkan pengiktirafan yang tinggi kepada kaum wanita.

"Seperti kata pepatah, wanita adalah tiang negara. Kalau wanita rosak, rosaklah negara. Kalau lihat dari sudut agama, Islam meletakkan kedudukan yang tinggi kepada kaum wanita malah Rasulullah s.a.w. diutuskan untuk memartabatkan wanita. Islam meletakkan pengiktirafan yang tinggi kepada wanita," katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, golongan wanita harus menyedari peranan mereka dalam meberikan kesedaran politik kepada anak-anak dan keluarga.

"Wanita sudah lama memainkan peranan dalam politik. Kalau tengok revolusi Iran dulu didepani wanita.

"Wanita memainkan peranan dalam membentuk pemikiran politik anak-anak ,suami dan juga rakan sekerja," katanya yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat.

Tambahnya, golongan wanita tidak harus dipinggirkan dalam menentukan dasar negara dan hanya menjadi pemerhati politik sahaja.

"Kita tidak mahu lagi wanita terpinggir dari segi politik, hanya menjadi pemerhati dan penerima sahaja tetapi wanita juga penentu hala tuju politik negara kerana wanitalah yang menanamkan nilai-nilai keluhuran dan kesamatarataan kepada anak-anak.

"Guru-guru yang sebahagian besarnya wanita juga memainkan peranan penting untuk menanamkan bahawa politik ialah satu perkara yang perlu dititikberatkan oleh semua orang, bukan hanya lelaki sahaja," katanya.

Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali pula mahu kaum wanita sentiasa berfikiran positif dan sentiasa bersedia untuk menambah ilmu pengetahuan mereka dalam semua bidang.

"Saya harap kaum wanita bersikap positif, berani dan sentiasa berusaha untuk mendapatkan ilmu supaya lebih maju dalam pemikiran untuk memajukan negara," katanya yang juga ahli jawatankuasa Muslimat PAS Pusat.

Terdahulu mereka memberikan liitan bunga melur kepada pemberita-pemberita wanita sebagai simbol kebangkitan wanita.

SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA DARI DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT


SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA KE 100


DMPP turut mengucapkan selamat menyambut Hari Wanita Sedunia kepada seluruh wanita di mana jua mereka berada. Sempena 100 tahun sambutan hari tersebut kali ini dengan temanya “ Equal acsess to education, training, science and technology: Pathway to decent work forwomen – Kesamarataan peluang terhadap pelajaran, latihan, sains dan teknologi: Laluan kerjaya terpuji untuk wanita.”

Sebenarnya dalam pandangan Islam wanita mempunyai hak-hak yang sama dengan lelaki. Allah s.w.t menegaskan di dalam al-Quran bahawa wanita adalah pelengkap bagi lelaki manakala lelaki juga adalah pelengkap bagi wanita. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“ Sebenarnya wanita adalah saudara kandung bagi lelaki!”

Sesungguhnya dari maksud hadis tersebut jelaslah bahawa pada pandangan Islam tidak ada pengurangan atas hak-hak wanita ataupun kezaliman atas wanita demi kepentingan lelaki kerana Islam merupakan satu syariat Allah s.w.t yang diturunkan untuk lelaki dan wanita sekaligus tanpa pengecualian.

Oleh itu sebarang bentuk ketidak adilan ke atas wanita di dalam setiap aspek kehidupan amatlah ditegah dan bercanggah dengan ketentuan Ilahi. Apatah lagi amat besarnya peranan wanita yang mesti disempurnakan oleh wanita seperti kata-kata bijak pandai:

“ Seorang ibu ibarat sekolah;

Apabila kamu siapkan dengan baik,

Bererti kamu menyiapkan satu bangsa yang harum namanya.”

Sehubungan itu bagi Pakatan Rakyat kita tawarkan beberapa program di dalam pelaksanaan agenda Dasar Bersama Pakatan Rakyat seperti berikut:

· Menggubal akta bagi memastikan golongan wanita mendapat layanan yang adil dalam segenap bidang,

· Memberi penekanan ke arah meningkatkan Kadar Guna Tenaga bagi Wanita kepada tahap 60% dalam tempoh 10 tahun akan datang berbanding 46% sepanjang tempoh 20 tahun yang lalu.

· Memperuntukkan 30% perwakilan wanita dalam semua barisan pimpinan politik dan kerajaan.

· Menangani segala bentuk keganasan terhadap wanita dan anak-anak dengan hukuman setimpal yang lebih berat dijatuhkan ke atas pesalah serta memastikan kebersanan pusat krisis di setiap hospital dan balai polis.

· Memastikan kewujudan sistem sokongan dan bantuan seperti pusat penjagaan kanak-kanak dan sebagainya untuk ibu yang bekerja di pejabat kerajaan dan sektor swasta.

· Memberikan bantuan untuk meringankan beban keluarga ibu tunggal yang miskin dan memerlukan.

· Mengambil kira perspektif gender dalam merangka belanjawan dan dasar-dasar negara.

· Memperkenalkan program kepekaan jantina ke dalam kurikulum sekolah.

· Mengiktiraf peranan suri rumah di dalam pengkukuhan institusi keluarga dan sumbangannya kepada pembangunan masyarakat dan negara.


Sayugia kita mengambil inisiatif dan keprihatinan terhadap tawaran-tawaran tersebut agar seluruh wanita Malaysia dapat berperanan dan memberikan sumbangan positif terhadap usuah-usaha kita merubah nasib kaum wanita pada tahap yang lebih gemilang.

Sesungguhnya nasib kita adalah di tangan kita juga seperti penegasan Allah s.w.t di dalam al-Quran bahawa Allah tidak akan mengubah nasib seseorang individu atau kaum tanpa mereka berusaha mengubah sikap dan berusaha ke arah reformasi kehidupan yang lebih baik.

Marilah kita bersama-sama berganding bahu melaksanakan perubahan ini. Ubah sekarang, Selamatkan Malaysia.

Nuridah Mohd Salleh

Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat.

SAMBUTAN 100 TAHUN HARI WANITA SEDUNIA 2011

Umat Islam di negara ini perlu kembali kepada syariah Islam sepenuhnya dalam menjalani kehidupan agar kesejahteraan sosial, ekonomi dan politik dapat dinikmati dalam erti kata sebenar.

Ketua Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Ustazah Maznah Daud membuat saranan itu sempena sambutan 100 tahun Hari Wanita Sedunia 2011, hari ini.

Di samping itu, katanya perjuangan pembelaan hak wanita pula hendaklah selaras dengan apa yang digariskan oleh syarak iaitu untuk memartabatkan kedudukan wanita yang benar-benar sejahtera merangkumi kehidupan dunia dan akhirat.

“Keadaan ini akan hanya dapat dikembalikan apabila syariah Islam itu dilaksanakan sepenuhnya dan manusia menjalani kehidupan mengikut apa yang telah disusun oleh Allah SWT,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau menambah, pembangunan potensi wanita mesti berasaskan kepada satu sistem nilai yang menyeluruh meliputi pengukuhkan jati diri yang juga merangkumi aspek aqidah dan pegangan hidup, akhlak, jasadiah dan insaniah.

Semua pihak, katanya perlu terus memberikan sokongan kepada kaum wanita untuk memajukan diri dalam bidang pendidikan agar wanita dapat sama-sama menyumbang dalam sektor pekerjaan.

Namun, tambahnya pada masa yang sama tidak mengambil kesempatan dan mengeksploitasi wanita dari sudut ekonomi dan kewangan.

Beliau turut menyatakan penilaian secara sepintas lalu dalam situasi Malaysia, menunjukkan bahawa kedudukan wanita di negara ini sudah jauh ke hadapan dari segi penglibatan mereka di dalam kerjaya dan pembangunan masyarakat serta negara.

Beliau berkatanya, ianya juga sekali gus menggambarkan polisi pendidikan negara dalam memberi peluang yang sama rata kepada kaum wanita untuk mendapat pendidikan, telah berjaya mendapat respon serta kesan yang positif daripada kalangan kaum wanita bagi membolehkan mereka meningkatkan keupayaan diri dan berdaya saing dalam kehidupan.

Katanya, jika kesaksamaan menjadi kayu ukur kejayaan yang diperjuangkan, dapat dilihat bahawa wanita di Malaysia telah berupaya menceburi dalam hampir kesemua bidang yang diceburi oleh kaum lelaki.

Namun demikian, ujarnya pada masa yang sama gejala sosial seperti penderaan, penindasan, keganasan, penipuan dan ketidakadilan terhadap wanita serta kanak-kanak terus berlaku dengan meluasnya.

“Tidak kurang juga mereka yang berpendidikan tinggi dan berjawatan tinggi yang turut terjebak di dalam gejala-gejala ini.

“Keadaan ini memberi gambaran bahawa kemajuan dan kejayaan material yang dicapai oleh kaum wanita masa kini yang tidak disertai dengan pembangunan spiritual tidak dapat menjamin dan tidak berupaya untuk melindungi diri mereka khususnya dan ahli masyarakat amnya dari segala bentuk ketidakadilan dan kekejaman,” katanya..

Menurutnya, walaupun wanita telah maju dari sudut pendidikan tetapi dalam banyak hal masih banyak indeks kesejahteraan wanita yang lemah.

Sekali gus, ujarnya ini menunjukkan bahawa perjuangan wanita yang hanya menekankan kesaksamaan gender di dalam semua bidang semata-mata berdasarkan pencapaian material, bagi meningkatkan martabat wanita dan mencapai keadilan tidak mencukupi untuk menjadi penyelesaiaan menyeluruh kepada isu yang dihadapi oleh wanita masa kini.

“Apa yang jelas, adalah kehidupan ummah pada masa kini dilihat makin jauh menyimpang dari landasan hidup syariah yang telah disusun oleh Allah SWT,” katanya lagi.

Tuesday, March 8, 2011

Sandiwara Kerajaan UMNO Perak dalam pembangunan sekolah Tamil

Ianya amat benar dan sungguh mudah untuk percaya di mana pimpinan MIC Perak sungguh terpedaya dengan janji-janji emas yang berkandungan kosong yang ditawarkan oleh pihak Kerajaan UMNO/BN. Memang benar lagi dan tepat pada waktu, jikalau dikatakan "MIC hamba UMNO dan MIC menipu rakyat India."

Baru-baru ini, Exco Kerajaan Negeri Mah Hang Soon (gambar kanan) telah menyatakan bahawa Kerajaan akan menarik balik tanah yang diperuntukkan bagi pembangunan sekolah-sekolah di negeri Perak jikalau pihak yang bertanggungjawab gagal untuk membayar wang premium yang ditentukan oleh Kerajaan Negeri.

Sewaktu pengumuman dibuat mengenai peruntukkan tanah bagi pembangunan sekolah-sekolah Tamil di Negeri Perak yang akan diuruskan oleh Yayasan Perak, seluruh warga pimpinan MIC beribu-ribu berulang kali berterima kasih kepada Kerajaan Negeri yang dipimpinan penuh oleh UMNO.

Kini, realitinya pula jauh berbeza, di mana masa depan rakyat India ditipu oleh Kerajaan UMNO dan MIC pula diperkudakan bagi taktik kotor itu. Kenapakah sehingga kini, premium tanah yang diperuntukkan kepada sekolah Tamil yang diberikan kepada Yayasan Perak masih belum dijelaskan?

Apakah yang menyebabkan Yayasan Perak tidak mahu membayar premium itu? Adakah ianya disebabkan oleh sekolah Tamil ataupun Yayasan tidak mempunyai wang premium peruntukkan bagi sekolah Tamil?

Apakah pendirian Yayasan Perak dalam mengkayakan 134 buah sekolah-sekolah Tamil di Negeri Perak dengan kemudahan keperluan asas?

Tanah yang diperuntukkan untuk sekolah-sekolah Tamil itu sebenarnya disalahgunakan sehingga tanah itu dibiarkan tanpa rancangan sewajarnya.

Selain daripada itu, ketiadaan wakil India dalam Lembaga Yayasan Perak sungguh menghairankan serta jelas menunjukkan bahawa pimpinan MIC Perak amat lemah atau tidak mempunyai seorang pun yang berkelayakan bagi mata pandangan Kerajaan UMNO dan Yayasan Perak.

Bukti yang kukuh dan bukan akhir itu, pasti akan menjahanamkan masa depan kanak-kanak sekolah Tamil. MIC Perak menggadaikan kedaulatan dan maruah kaum sendiri demi kepentingan jawatan Politik bagi segelintir pemimpin yang hanya bermimpi kuasa politik.

Inilah petualangan yang di lakukan UMNO terhadap MIC, dahulu, sekarang dan pada bila-bila masa. Kehilangan daya untuk bersuara oleh MIC dalam Kerajaan UMNO Perak memaparkan ianya seolah patung menari mengikut rentakan.

Dapatkah Penasihat Khas Menteri Besar Perak S.Veerasingam dan Pengerusi Dewan Negeri Dato Ganesan mendesak Yayasan Perak supaya menjelaskan pembayaran premium dengan kadar segera bagi menyelamatkan masa depan sekolah-sekolah Tamil? Sudah pasti tidak, kerana MIC Perak adalah pelekat politik mengikut kesesuaian dan kenikmatan UMNO.

Justeru itu, demi menyelamatkan banga India di negeri Perak daripada terus ditipu lagi oleh UMNO/BN dan MIC, rakyat India harus berubah sekarang bagi menyelamatkan masa depan sekolah-sekolah Tamil daripada membiarkan terus diperintah oleh parti yang menipu rakyat India.

*Kenyataan media oleh M.Kulasegaran (gambar kiri) selaku ahli parlimen Ipoh Barat merangkap Naib Pengerusi Kebangsaan DAP.