Wednesday, August 26, 2009

UCAPAN TAHNIAH DARI PJ PAS PERAK DIATAS KEMENANGAN PRK PERMATANG PASIR



Saya selaku Pesuruhjaya PAS negeri Perak ingin melahirkan rasa kesyukuran dan gembira atas kemenangan YB Ustaz Salleh Man ( Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang) atas kemenangan cemerlang yang dicapai dalam pilihanraya kecil N11 pada 25 Ogos 2009 yang lalu.

• Saya bersama-sama seluruh pimpinan dan ahli-ahli PAS negeri Perak mengucapkan syabas dan tahniah kepada YB Ustaz Salleh Man ( Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang) dan seluruh saf pimpinan PAS Pulau Pinang serta seluruh ahli PAS dan pengundi Permatang Pasir Pulau Pinang yang mencapai kemenangan cemerlang pada pilihanraya kecil ini sekaligus membuktikan pengundi-pengundi di Permatang Pasir tidak boleh digula-gulakan dan dijanjikan dengan pembangunan oleh Umno Barisan Nasional, akhirnya mereka dapat memilih antara hak dan kebatilan.

• Diharapkan dengan kemenangan di Permatang Pasir iini, akan menjadi isyarat bahawa PAS bersama dengan Pakatan Rakyat dapat diterima rakyat Malaysia seluruhnya dari berbagai-bagai keturunan dan pegangan agama dan seterusnya akan melebarkan kemenangan tersebut ke seluruh negara.

• Bagi PAS negeri Perak saya mengharapkan dengan kemenangan tersebut akan memberi suntikan dan semangat baru pada ahli dan pemimpin PAS di semua peringkat untuk bekerja keras mulai dari sekarang bagi memastikan kemenangan PAS dalam pembubaran DUN Perak yang dijangka akan berlaku tidak lama lagi dan Pilihanraya Umum ke 13 akan datang.

• Saya juga mengucapkan jutaan terima kasih, jazakumullahu khairan kathira kepada semua petugas-petugas pilihanraya daripada PAS negeri Perak daripada semua peringkat, daripada JPN, Kawasan dan Cawangan, Dewan Ulamak, Pemuda dan Muslimat yang telah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan komitmen.

• Semoga usaha mulia kita dalam memastikan Islam terus memimpin perubahan buat rakyat Malaysia mendapat keredhaan dan bantuan dari Allah SWT.

Ustaz Abu Bakar Hussain
(Pesuruhjaya PAS Perak)

Friday, August 14, 2009

MUNAQASYAH UCAPAN DASAR


TARIKH
16 OGOS 2009 (AHAD)

MASA
8.00 PAGI - 2.00 PETANG

TEMPAT
MARKAZ TARBIYYAH PAS PERAK
AIR KUNING
TAIPING


MAJLIS PELANCARAN BULAN KEBAJIKAN DAN KEMASYARAKATAN PAS PERAK


KEPRIHATINAN SUATU JIHAD

TARIKH
15 OGOS 2009 (SABTU)

MASA
8.00 PAGII - 6.00PETANG

TEMPAT
KG BANDAR AIR
MUKIM KOTA SETIA KG GAJAH

SEMUA DIJEMPUT HADIR

Thursday, August 6, 2009

Program-Program Dewan Muslimat PAS Negeri Perak

TAKLIMAT DAN MESYUARAT
LAJNAH KEBAJIKAN DAN KEMASYARAKATAN DMPPERAK

Tarikh:
15 Ogos 2009 (Sabtu)

Masa:
3.00 petang – 5.00petang

Tempat :
Markaz Tarbiyyah PAS Kawasan Gopeng (Pejabat ILHAM Perak)
23A Persiaran Sepakat 3
Taman Indah Jaya, IPOH

Peserta :
Ketua Dan Setiausaha Lajnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan DMP Kawasan

Pendaftaran :
RM 3.00 seorang



------------------------------------------------------------------------------


PROGRAM GROUP BINDING NISA’ PERAK


Tarikh :
15 Ogos 2009 (Sabtu) @ 4.00 petang – 16 Ogos 2009 (Ahad)@ 12.00 tgh

Tempat :
Amer Chalet
Kg Baru Ayer Tawar, Sitiawan

Peserta:
5 orang setiap kawasan (Ketua Dan Setiausaha Nisa’ Kawasan diwajibkan hadir)

Pendaftaran:
RM20.00 seorang

Saksikan kezaliman Polis Dan Kerajaan One Malaysia..

Wednesday, August 5, 2009

Kenyataan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Perak

Assalamualaikum Wrt. Wbt.

Dengan ini saya, selaku Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Perak mewakili saf kepimpinan Dewan Muslimat PAS Negeri Perak, Dewan Muslimat PAS Kawasan-Kawasan dan muslimat PAS Negeri Perak keseluruhannya dengan ini melahirkan rasa kesal yang amat sangat dan mengutuk sekeras-kerasnya perkara perkara berikut :

1. Tindakan polis yang telah menggunakan kekerasan melampau kepada peserta Himpunan 100Ribu Rakyat Mansuh ISA pada 1 Ogos 2009 bertempat di Masjid Negara, Masjid Jamek Kuala Lumpur,Sogo dan kawasan sekitarnya. Rakyat Malaysia yang cuba berhimpun secara aman untuk menyatakan hasrat supaya ISA dimansuhkan telah diserang dengan semburan air kimia dan gas pemedih mata. - Sewajarnya polis mampu mengawal keamanan berdasarkan pengalaman mengawal perhimpunan-perhimpunan besar seperti perarakan Maulidur Rasul, Taipusam, Pesta Flora dan sebagainya.

2. Tindakan polis menangkap secara borong tanpa mengira jantina, warga tua dan kanak-kanak. - Penangkapan seawal 2.00 pagi, dan dengan jumlah OKT melebihi 600 orang membuktikan polis dan Kerajaan Malaysia sangat takut kepada kebangkitan suara rakyat.


3. Tindakan tidak berperi kemanusiaan polis yang menangkap Puan Norlaila Othman , anaknya Suhaib Mat Sah 16 tahun dan beberapa pimpinan muslimat/wanita termasuk seorang lagi kanak-kanak 13 tahun semasa sedang melakukan “window shopping” di Kompleks Pertama sebelum Perhimpunan Mansuh ISA bermula. - Puan Norlaila adalah mangsa kepada ISA. Suaminya Saudara Mat Sah telah ditahan hampir 8 tahun di Penjara Kamunting tanpa diberi peluang untuk membela diri. Apakah menjadi satu kesalahan bagi seorang isteri untuk memperjuangkan hak suami yang teraniaya? Dimanakan suara NGO-NGO Wanita umumnya dan Menteri yang menjaga hal ehwal wanita di Malaysia khasnya dalam isu ini? Apakah wanita-wanita ini dianggap sebagai warga kelas kedua yang tidak memerlukan pembelaan, dan tidak layak untuk dibela.?

4. Tindakan ganas polis yang mengakibatkan Persatuan Peniaga Kecil Lorong Tunku Abdul Rahman hendak menyaman Gerakan Mansuh ISA (GMI). - Seharusnya Persatuan Peniaga Pasar Malam tahu siapa sebenarnya yang merosakkan perniagaan mereka. Adakah peserta-peserta perhimpunan yang telah memecahkan peralatan dan barang-barang mereka? Adapun jawapan yang sahih lagi pasti ialah angkara tindakan biadap Polis Di Raja Malaysia yang telah bertindak “sesuka hati” dan “membabi buta” pada hari tersebut.


Sekian. Wassalam.

Yang Benar,
Hajjah Bariah Binti Alang Sapri
Ketua Dewan Muslimat PAS Perak
4 Ogos 2009

Tuesday, August 4, 2009

SUHAKAM SELAR SIKAP POLIS DI HIMPUNAN MANSUH ISA

Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (Suhakam) melahirkan rasa kecewa tentang proses meleraikan peserta himpunan Anti-ISA yang diadakan pada 1 Ogos lalu di Kuala Lumpur, demikian lapor Siasah.Menurut kenyataan Suhakam, polis telah menggunakan gas pemedih mata dan air berkimia yang boleh memudaratkan sesiapa yang terkena bahan itu.Dalam himpunan itu, ujar Suhakam lagi, 600 orang ditahan termasuk 44 remaja di bawah umur antara 13 hingga 17 tahun di tempat berlainan di ibu negara.“Suhakam tetap berpendirian bahawa rakyat mempunyai hak untuk berhimpun secara aman,” tegas kenyataan yang dikeluarkan hari ini.Kenyataan Suhakam ini dibuat atas nama Timbalan Pengerusi Suhakam, Tan Sri Datuk Seri Panglima Simon Sipaun, Pengerusi Jawatankuasa Isu, Kerjasama Antarabangsa dan Siasatan, Dato’ Dr Michael Yeoh, Dato’ Choo Siew Kioh, Dato’ Haji Khalid Haji Ibrahim dan Pesuruhjaya Suhakam, Datuk Dr Denison Jayasooria.Dalam hal ini, Suhakam tetap konsisten merayu Kerajaan menimbang dan mengambil perhatian terhadap cadangan yang dibuat oleh Suhakam tentang kebebasan untuk berhimpun yang telah berlaku dalam laporan Inkuiri Awam ke atas peristiwa Ahad Berdarah di KL dan Lebuh raya Kesas.Menurut kenyataan itu lagi, Suhakam menyatakan pihak polis boleh mengambil tindakan paling perlu untuk mengawal himpunan tanpa perlu mencederakan sesiapa.“Dalam hubungan ini, Suhakam sangat prihatin dengan kanak-kanak yang ditangkap yang digari, ditahan termasuk direman bersama dengan peserta himpunan dewasa.“Suhakam meminta kerajaan agar melihat semula hak-hak menjaga dan melindungi dalam keadaan konflik begitu di bawah Akta Kanak-kanak 2001 dan Konvensyen terhadap Hak Kanak-kanak (CRC)," kata kenyataan itu.Melihat kepada apa yang berlaku 1 Ogos lalu, Suhakam mendesak kerajaan mempertimbangkan cadangan Suhakam yang dibuat sejak 2003 untuk merombak ISA yang menahan tanpa bicara, yang secara jelas amat bertentangan dengan prinsip-prinsip hak asasi manusia.Di akhir kenyataan itu, Suhakam sekali lagi mengulangi kenyataannya iaitu ISA perlu dihapuskan dan ditukar dengan undang-undang baru yang lebih komprehensif yang menyeimbangi antara keselamatan negara dan hak asasi manusia.