Wednesday, December 23, 2009

KENYATAAN MEDIA : Sekretariat Wanita Pakatan Rakyat Perak ditubuhkan.

Dari blog Cina Islam



9 orang wakil wanita dari tiga parti gabungan Pakatan Rakyat bergambar bersama selepas penubuhan Sekretariat Wanita Pakatan Rakyat Perak.


1. Dengan ini saya memaklumkan dan mengesahkan penubuhan Sekretariat Wanita pakatan Rakyat Negeri Perak yang telah belangsung pada 16 Disember, jam 8.00 malam bertempat di Pejabat pakatan Rakyat Ipoh .


2. Penubuhan Sekretariat Wanita Pakatan Rakyat Perak diharapkan dapat meneruskan kesimbungan Pakatan Rakyat untuk memastikan kuasa yang dirampas oleh BN dikembalikan di Perak, Sehubungan dengan itu saya berharap penubuhan Sekretariat Wanita ini dapat menguatkan lagi gagasan Pakatan Rakyat di Negeri Perak.


3. Segala bentuk kegiatan dan penyelaras program yang berkaitan dengan wanita akan diselaraskan dan dirancang oleh Sekretariat ini dimasa akan datang.


5. Hadir dalam penubuhan yang mencatat sejarah baru dalam politik Perak itu ialah 3 Wakil Muslimat PAS iaitu Ust. Bariah Alang Sapri( Ketua DMP Negeri),Pn. Mazidah Ghazi (Penolong SU DMP Negeri, dan Pn. Amizan Baharudin ( Pengarah Pilihanraya DMP Negeri).



DAP pula diwakili oleh YB. Leong Mee Meng (ADUN Jalong), YB. Lim Pek Her (ADUN Mengelembu) dan Pn. V. Shasha. Wanita PKR yang hadir ialah Pn. Zuraidah Zakaria (SU Wanita PKR Negeri), Pn. Azlina Adnan(Penolong Ket. Penanrangan Wanita PKR Negeri) dan Pn. Fatimah bt. Ahmad.



6. Selepas ini ketiga parti akan bermesyuarat dengan diwakili oleh 3 orang wakil bagi setiap parti dan siapakah wakilnya diserahkan kepada parti masing-masing menentukannya.



7. Sebelum ini Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Perak tel;ah berjaya ditubuhkan dan telah melakukan pelancaran resminya pada 24 Okt 2009 walaupun mendapat halangan yang ketat dari piahk keselamatan.



8. Akhirnya saya mengucapkan tahniah dengan penubuhan ini dan berharap ianya dapat melahirkan gelombang baru dan dapat menarik lebih ramai pengundi wanita khususnya di Negeri Perak.



KENYATAAN MEDIA, 17 Disember 2009



YB. DRS. KHALIL IDHAM LIM


Setiausaha,

Sekretariat Pakatan Rakyat Perak

Tuesday, December 15, 2009

PROGRAM AKAN DATANG


KURSUS REFLEKSOLOGI BERSIJIL

Tarikh : 27 Disember 2009 (ahad)
Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : No 12 Persiaran Siputeh Emas,Siputeh
Sasaran : 1) AJK Lajnah Ekonomi DMPK
2) AJK Lajnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan DMP
Bayaran : RM50.00 seorang

* maklumat lanjut, sila hubungi Puan Salmah 013 2727126


SEMINAR MEMPERKASAKAN DEWAN MUSLIMAT

Assalamualaikum wrt. wbt

Pada 12 & 13/12/09 Dewan Muslimat PAS Negeri Perak telah menganjurkan Seminar Memperkasakan Dewan Muslimat. Diantara pengisian program ialah Pentas Penceramah Muslimat, Munaqasyah Ucap Tema Ketua DMPP yang disampaikan oleh YB Senator Mumtaz Md Nawi dan Taklimat & Pembentangan Pelan Induk DMP oleh YBhg Prof Dr Wan Maseri .


Ketua DMP Perak..Ustazah Bariah memberi ucapan aluan

Perasmi program Timbalan Pesuruh Jaya 3 Ustaz Mustafa Shaari


Pembentang 1 : YB Senator Hajjah Mumtaz Md Nawi...penyampaian yang mantap

Antara muslimat yang " berjaya" menghadirkan diri...





Wakil Pemenang Pentas Penceramah Muslimat yang
diadakan pada 12/12/2009 menerima hadiah...

Lampu Sayong sebagai cenderahati buat penceramah

Barisan kepimpinan DMP Perak bergambar bersama kedua-dua penceramah
YB Mumtaz Dan Prof Dr Wan Maseri



Prof Dr Wan Maseri...

Sekian.Wassalam.

PROGRAM TAUTAN UKHWAH


Assalamualaikum wrt.wbt.

Lajnah Tarbiyyah Dan Kepimpinan Dewan Muslimat PAS Negeri Perak telah berjaya menganjurkan Program Tautan Ukhwah pada 1&2 Disember 2009 bertempat di Bukit MerahLake Town. Program yang dihadiri oleh barisan kepimpinan Dewan Muslimat PAS Negeri dan AJK Lajnah Tarbiyyah DMPN telah diisi dengan berbagai2 pengisian seperti majlis taaruf, solat berjamaah, qiamullail, kuliah maghrib dan subuh, dan senamrobik. Diakhir program Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Hussin telah sudi meluangkan masa untuk memberi suntikan semangat serta mendengar permasalahan muslimat.


Ustazah Bariah memberikan kuliah subuh

Pandang apa tu kak mizan???




Senamrobik lepas kuliah subuh..semuanya bersemangat

tak taulah siapa yang tersalah langkah ni....?

Tunduk tunduk..geleng geleng....

Guru senamrobik...kak erry....

Kak Maheran mesti dah mati langkah tu....


pegang tangan...buat bulatan...

Ustaz Abu Bakar menyempurnakan majlis penutup
Tautan Ukhwah dengan memberi suntikan semangat
buat kepimpinan muslimat.


Sekian.Wassalam

Saturday, December 5, 2009

Program-Program Dewan Muslimat PAS Negeri Perak


SEMINAR MEMPERKASA DEWAN MUSLIMAT :
PENTAS PENCERAMAH MUSLIMAT


Tarikh :
12 Disember 2009

Masa :
2.30 petang (pendaftaran)
-
12.00 malam

Tempat :
Kompleks PAS Kuala Kangsar
Bukit Chandan, Kuala Kangsar

Peserta :
Ketua Penerangan DMP
Ketua / Setiausaha Lajnah Penerangan DMP

Pendaftaran :
RM 20.00/ kawasan

Tajuk Pidato :

1. Selamatkan Perak, Pertahan Pakatan Rakyat
2. Tertegaknya Daulah Islamiyah Di Malaysia menerusi tenaga muslimat
3. Pemerkasaan Dewan Muslimat Pemangkin Kemenangan Pakatan Rakyat Perak
4. kearah membudayakan amal makruf nahi munkar dikalangan muslimat
5. Mekanisme mendidik dan membina pembentukkan jati diri muslimat


****************************************************


SEMINAR MEMPERKASA DEWAN MUSLIMAT :
MUNAQASYAH UCAPAN TEMA KETUA DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT
BAGI TAHUN 2009
&
PEMBENTANGAN PELAN INDUK DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT

Tarikh :
13 Disember 2009

Masa :
8.30 pagi (pendaftaran)
-
5.30 petang

Tempat:
Kompleks PAS Kuala Kangsar
Bukit Chandan, Kuala Kangsar

Peserta :
Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Perak
Ahli Jawatankuasa Lajnah Penerangan Dan Dakwah DMP Perak
Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat Kawasan

Pendaftaran :
RM100.00/ kawasan