Saturday, January 28, 2012

Wanita Pakatan Rakyat Negeri Perak Santuni Penghuni Rumah Sejahtera Jelapang






27 jan 2012 –Jelapang, Sempena Tahun baru Cina 2012 Sekretariat Wanita Pakatan Rakyat telah mengadakan satu lawatan ke Rumah Sejahtera Jelapang, Ipoh. Lawatan ini bertujuan untuk memberi sumbangan kepada mereka serta bagi mengukuhkan lagi tautan mahabbah antara pimpinan Wanita Pakatan rakyat dengan penghuni di sini. Kehadiran mereka disambut baik oleh pengurus rumah tersebut iaitu Mr Hew Soon Chong. Antara yang pimpinan yang hadir ialah saudari Sasha dari parti DAP, Puan Fatmawati parti Keadilan Rakyat Dr Najihahtussolehah, serta beberapa ahli Wanita Pakatan Rakyat yang lain. Isteri YB Lee Boon Chai juga turut hadir. Sumbangan yang diberikan berupa hamper, angpau, air kotak, kuih serta buah limau. Kemesraan jelas terpancar apabila ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Perak sendiri begitu fasih berbahasa mandarin. Beliau amat disenangi oleh penghuni Rumah Sejahtera tersebut. Para pimpinan diberi kesempatan untuk berucap sebelum penyampaian sumbangan dilangsungkan. Keadaan pusat kebajikan ini bertambah selesa dengan adanya penambahbaikan di mana bilik yang sebelum ini hanya papan dan sekarang telah bersimen. Penghuni yang kesemunya berbangsa cina berasa amat gembira dan bersyukur atas sumbangan yang diberikan. Harapan dari Wanita Pakatan Rakyat agar lawatan sebegini dapat lagi dilaksanaka dan ini menunjukkan Wanita Pakatan rakyat sentiasa berusaha untuk mendekati masyakat khususnya di Negeri Perak. Rombongan diakhiri dengan persembahan lagu tahun baru cina oleh penghuni rumah sejahtera tersebut.

Thursday, January 26, 2012

Kekerapan Najib turun ke Perak timbul tanda tanya







Kekerapan Predana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Presiden Umno turut ke Perak sejak kebelakangan ini menimbulkan pelbagai persoalan termasuk adakah BN pnegeri itu sedang menghadapi masalah besar.

Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Perak, Salman Saleh berkata, beliau tidak menolak kemungkinan itu malah menambah ianya juga mungkin kerana BN tidak yakin pada PRU-13 nanti rakyat Perak akan bersama mereka.

Menurut Salman, umum maklum bahawa pada 13 Januari yang lalu, Najib telah pun berada di Perak dalam satu program khas untuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN seluruh negara yang berkampung di Perak ketika itu.

Kini, selang dua minggu pula, Najib akan sekali lagi turun di Perak sempenan Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Kebangsaan pada 28 Januari ini di Setiawan, tambahnya lagi.

Malah jadual Naib dikhabarkan begitu padat dalam tempoh terdekat untuk turun ke Perak dalam tempoh dua bulan yang akan datang.

"Adakah ianya juga ada kaitan dengan kajian UM tentang prestasi BN Perak yang juga dilaporkan baru-baru ini?

"Malah, kami juga melihat kenyataan terbaru Datuk Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abdul Kadir yang terus menafikan berlaku masalah menentukan kerusi bagi BN Perak turut menyumbang kehadiran Datuk Sri Najib ke negeri Perak sekali lagi," ujarnya.

Keyakinan itu juga jelasnya dapat dilihat dengan kehadiran Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaludin ke Perak pada 23 Januari yang lalu.

Menurutnya, kehadiran Khairy itu memberikan gambaran jelas bahawa Umno BN Perak berada dalam keadaan terdesak untuk memastikan BN mendapat kembali mandat rakyat Perak di dalam Pilihan Raya Umum ke –13 yang akan datang.

Tuesday, January 24, 2012

UMNO PERASAN : RM 500 BR1M duit Tabung UMNO

KUALA LUMPUR, 23 Jan:PAS mengingatkan Umno BN agar tidak mendabik dada mendakwa wang RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang sedang disalurkan ketika ini adalah wang dari kocek parti itu.

Sebaliknya kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad, wang tersebut adalah wang rakyat hasil dari pelbagai sumber yang dibayar kepada kerajaan.

"Umno jangan "perasan" Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500 wang kocek Umno. Kain-kain rentang digantung merata kampung seolah-olah ini adalah pemberian Umno BN.

"Pada hal ini ialah wang rakyat diambil daripada berbagai sumber negara," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau mengulas kain-kain rentang yang sedang dipasang Umno BN di serata kampung sempena pengagihan wang tersebut kepada rakyat.

Kain-kain rentang itu ujar Idris seolah-olah mendakwa duit RM500 yang sedang diagihkan kepada rakyat yang berpendapatan kurang RM3000 itu adalah duit Umno dan bukan duit hasil cukai yang dibayar rakyat.

"Semua rakyat yang layak wajib ambil, kerana ini adalah wang rakyat bukan wang Umno," tegasnya sambil menyifatkan ianya hanya modal kempen untuk memikat hati rakyat di musim pilihanraya.

Katanya, rakyat perlu sedar bahawa pemberian terbaru itu hanya diberi setelah 55 tahun Umno BN berkuasa dan setelah nyawa mereka di hujung tanduk.

"Selama ini pemberian ini tidak pernah terfikir oleh pemimpin Umno BN untuk memberinya.

"Keadaan yang sama juga berlaku di Terengganu, walaupun minyak ditemui sejak tahun 70an, tetapi rakyat baru dapat wang ehsan RM300 setahun apabila PAS memerintah Terengganu 1999," jelasnya lagi.

Menurutnya lagi, rakyat harus sedar bahawa Umno semakin tertekan dengan berbagai tawaran yang telah ditunjukkan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat, walaupun mengalami kekangan kewangan.

Dengan prinsip penjimatan dan bebas rasuah, rakyat kini selesa di bawah Pakatan Rakyat berbanding di bawah BN sebelum ini.

"Umno terpaksa ikut (tawaran PR), jika tidak rakyat akan bangkit menolak BN.

"Sebelum jatuh biarlah tunjuk bakti terakhir untuk rakyat, sekurang-kurangnya generasi akan datang dapat melihat bahawa kerajaan Umno BN pernah memberi wang RM500 setelah 55 tahun merdeka," sindirnya.

Akhbar Australia: Rosmah belanja RM325,000 di Sydney


KUALA LUMPUR, 21 Jan: Akhbar Australia Sydney Morning Herald hari ini melaporkan isteri Perdana Menteri, Datin Sri Rosmah Mansor membelanjakan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney dua minggu lalu.


Dalam ruangan 'Private Sydney', akhbar itu memetik pereka fesyen Sydney Carl Kapp menggelarkan Rosmah sebagai "first lady of shopping" disamping gelaran asalnya first lady of Malaysia (Flom).

Selain menyifatkan Rosmah sebagai 'pengikut fesyen yang berdedikasi', Carl Kapp juga menyifatkan isteri Datuk Seri Najib itu sebagai "pelanggan terbesar" kerana telah membelanjakan A$100,000 semata-mata untuk membeli pakaian.

Selain itu, Rosmah juga katanya sangat baik hati dan mudah berurusan.

Menurut akhbar tersebut juga, Rosmah dan Najib, semasa cuti tersebut, menginap di penthouse A$20,000 (RM65,100) semalam di Hotel Darling.

Selain itu, Kapp juga didakwa sangsi terhadap identiti seorang pelanggan yang dikatakan VIP itu apabila kedai Oxford Street menerima panggilan bertalu-talu yang meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan Kapp ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya.

Akhbar itu juga melaporkan, kesemua barangan yang dipesan termasuk 61 baju dan seluar diperbuat dari sutera terbaik dan dalam pelbagai warna cetakan yang sangat eksotik.


Sumber : Harakahdaily

Tuesday, January 10, 2012

KENYATAAN MEDIA TUAN IBRAHIM: Tahniah DSAI - Ahli PAS Perlu Tumpu Kepada Kerja Pilihanraya

PAS mengalu-alukan keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) daripada pertuduhan melakukan liwat terhadap Saiful Bukhari. Dengan bukti yang cukup rapuh dari awal, sepatutnya tuduhan ini dibuang kes lebih awal, namun begitu keputusan hari ini membuktikan DSAI hanyalah mangsa tohmahan tuduhan liar yang dibuat oleh beberapa pihak.

PAS mengharapkan dengan keputusan ini, nama baik DSAI akan dibersihkan dan segala tohmahan liar terhadap beliau dan keluarga beliau dihentikan. PAS menggesa semua pihak khususnya umat Islam kembali kepada peringatan Allah bahawa qazaf adalah kesalahan dan dosa besar yang mesti bertaubat dan memohon maaf kepada yang dituduh.


PAS juga mengingatkan petugas parti agar menumpukan kepada gerak kerja parti, kerana dengan keputusan ini dijangka pilihanraya akan diadakan dalam masa terdekat.

Keputusan ini juga boleh dilihat dari satu sudut yang boleh digunakan media milik Umno untuk berhabis-habisan menaikkan imej Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri. Sehubungan itu, seluruh jentera parti mesti menggandakan upaya bagi mencapai kejayaan cemerlang dalam PRU akan datang.


Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man

Ketua Penerangan PAS Pusat