Wednesday, March 20, 2013

KENYATAAN RASMI : MENYOKONG PENUH KEPUTUSAN MELETAKKAN DS NIZAR DI DUN CANGKAT JERING

Dato Seri Mohamad Nizar Jamaludin

Dewan Muslimat PAS Perak menyokong penuh pengumuman yang disampaikan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Perak yang menamakan Dato' Seri Mohamad Nizar Bin Jamaludin sebagai calon PAS di DUN Cangkat Jering, dalam Parlimen Bukit Gantang.  Dewan Muslimat berdiri teguh dibelakang pimpinan PAS Perak dalam apa jua keputusan yang dibuat demi kemaslahatan ummat.

Sayugia diingatkan Dato' Seri Mohamad Nizar Bin Jamaludin merupakan ahli parlimen Bukit Gantang, maka sudah tentu hubungan baik beliau dengan penduduk tempatan  akan memudahkan lagi gerakerrja pilihanraya di DUN tersebut.

Dewan Muslimat juga mengalu-alukan keputusan ini kerana ianya telah membuka satu lagi ruang kepada muslimat untuk menjadi calon dalam PRU 13. Ini adalah kerana calon kedua di DUN Pasir Panjang, DUN yang diwakili oleh Dato' Seri Nizar sekarang ini merupakan calon muslimat . Penamaan Dato Seri Nizar sebagai calon Cangkat Jering , secara automatik menjadikan calon muslimat sebagai calon pertama di DUN Pasir Panjang. 

Syabas dan tahniah dirakamkan atas ketegasan Badan Perhubungan PAS Negeri Perak dalam isu ini, dan berdoa semoga keputusan ini akan membawa kejayaan kepada Pakatan Rakyat untuk merampas kembali Negeri Perak dan seterusnya menawan Putra Jaya.   Dewan Muslimat PAS Negeri Perak dan Dewan Muslimat PAS Kawasan berjanji akan berkerja bersungguh-sungguh membantu gerakerja setiap calon PAS khususnya dan Pakatan Rakyat  amnya.


Dr Najihatussalehah Binti Ahmad
Ketua Dewan Muslimat PAS
Negeri Perak
20/3/2013




No comments:

Post a Comment