Tuesday, July 31, 2012

Kenapa kerajaan tidak serius sambut Merdeka?


Kerajaan dilihat tidak serius untuk menyambut sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos yang akan datang.

Selain daripada slogan yang digunakan iaitu 'Janji Ditepati' yang langsung tidak menggambarkan semangat menentang penjajahan dan lebih dilihat sebagai slogan pemerintah menarik sokongan rakyat di dalam PRU ke-13, logo yang dibuat sekadar 'melepaskan batuk di tangga' sahaja.

Lebih memalukan, ia adalah logo yang ditiru daripada pelekat kereta yang telah digunakan semasa sambutan kemerdekaan yang ke-52.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim yang menarik semula logo yang menjadi bahan jenaka khususnya di dalam alam siber menjelaskan tiada logo rasmi digunakan bagi sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 tahun ini, melainkan logo 1Malaysia seperti mana sambutan pada tahun lepas.

Beliau cuba meyakinkan bahawa bahan hiasan (artwork) yang dipaparkan oleh sesetengah pihak setakat ini hanyalah paparan selingan bukan logo rasmi. Sudah tentu kenyataan Rais Yatim ini memalukan banyak pihak termasuklah Datuk Ahmad Maslan yang bersungguh-sungguh mempertahankan logo unik ini.

Begitu juga dengan lagu sambutan kemerdekaan yang langsung tidak membawa aspirasi kemerdekaan. Tiada perkataan 'merdeka' dalam liriknya, tidak roh kemerdekaan dan tiada usaha untukmenyeru rakyat untuk menghayati kemerdekaan.

Ramai yang tertanya-tanya kenapa perkara ini terjadi di saat sambutan ini semakin dekat dan suntuk masanya.  Sebenarnya, selain daripada fokus pemerintah untuk 'berkempen' sempena PRU ke-13 yang akan datang ini diberikan keutamaan daripada maksud asal, pemerintah sendiri sudah tidak percaya bahawa Malaysia pernah dijajah sebelum ini.

Apabila timbul isu Mat Indera pada tahun 2011 yang dikatakan bukan pejuang kemerdekaan maka pelbagai pihak cuba untuk membuktikan bahawa Mat Indera bukan menentang pejajah walaupun yang ditentangnya pada ketika itu adalah British. British dikatakan sebagai penaung, penasihat dan pelbagai lagi gelaran dan yang pentingnya British bukannya penjajah.

Di antara yang kuat mempertahankan British bukan penjajah adalah mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir yang mana Tun menyatakan bahawa hakikatnya Malaysia tidak pernah dijajah oleh British tetapi penasihat mereka telah bertindak seperti seolah-olah pemerintah yang sebenar berbanding Raja-Raja Melayu.

Majlis Professor Negara (MPN) melalui jurucakapnya iaitu Profesor Datuk Dr Zainal Kling Zainal berkata berdasarkan fakta sejarah, Tanah Melayu tidak pernah dijajah dan sebaliknya hanya dinaungi atau dilindungi oleh British.

PAS pernah mendesak UMNO supaya menyatakan pendirian terhadap kenyataan-kenyataan ini namun tiada pemimpin Umno yang berani untuk menyatakan pendirian.

Namun, dengan tindak-tanduk terkini cara sambutan Kemerdekaan ini menunjukkan bahawa kerajaan di bawah pemerintahan Datuk Seri Najib Tun Razak menerima pandangan bahawa Malaysia tidak pernah dijajah dengan dibuktikan melalui slogan, logo dan lagu rasmi yang bakal kita sama-sama sambut pada 31 Ogos 2012 yang akan datang.

Ternyata, kepentingan politik lebih diutamakan oleh pemerintah daripada kepentingan untuk menyedarkan rakyat tentang erti kemerdekaan yang sebenar.

Pemerintah seperti ini sememangnya perlu dijatuhkan dalam PRU yang akan datang.

sumber : harakahdaily

Tuesday, July 24, 2012

ALHAMDULILLAH BERSIH SAH, TARIK BALIK HINAAN DAN DAKWAAN KE ATAS PESERTA BERSIH




KUALA LUMPUR: Ekoran keputusan Mahkamah  yang membatalkan bahawa Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) adalah pertubuhan haram, PAS menyeru para pemimpin BN untuk menarik balik tuduhan jijik mereka pada Bersih selama ini.



Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata keputusan mahkamah itu membuktikan bahawa Bersih adalah satu pertubuhan yang sah selama ini.



“Memang sah Bersih bukan diwakili pertubuhan haram dan peserta himpunan tidak menggunakan senjata,” kata beliau secara ringkas kepada Harakahdaily.



Setiausaha Agong PAS, Datuk Mustafa  Ali pula menyeru semua pemimpin BN, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menarik balik tuduhan dan cacian jijik mereka terhadap Bersih dan peserta himpunan Bersih selama ini.



“Segala yang mereka pernah tuduh secara jijik terhadap Bersih dan para pesertanya perlu ditarik balik kembali secepat mungkin. Dan ini termasuk kenyataan Najib yang menggelar peserta Bersih sebagai mufsidun,” katanya.



Mustafa juga berkata BN seharusnya berhenti daripada mengelirukan rakyat terhadap Bersih.



Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membatalkan pengisytiharan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Hishammuddin Hussein pada 1 Julai tahun lepas bahawa Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) adalah pertubuhan haram dan menyalahi undang-undang.



Hakim Datuk Rohana Yusof ketika membacakan keputusannya hari ini berkata, Bersih telah berjaya membuktikan kes dalam mencabar pengisytiharan kerajaan.



Beliau juga memutuskan perisytiharan Menteri Dalam Negeri sebagai ‘tercemar’.



“Oleh itu, kami membenarkan permohonan pemohon (untuk semakan kehakiman perisytiharan kerajaan) dengan tiada perintah tentang kos,” katanya.



14 Anggota Jawatankuasa Pemandu Bersih yang diketuai oleh Ambiga Sreenevasan telah menamakan Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara dan kerajaan sebagai responden.



Selain dari Ambiga, plaintif termasuk Dr Ahmad Farouk Musa, S Arul Prakkash, K Arumugam, Haris Fathillah Mohamed Ibrahim, Andrew Khoo Chin Hock, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, SP Subramaniam.



Turut serta adalah Toh Kin Woon, Wong Chin Huat, Yeo Yang Poh, Yeoh Yong Woi dan Zaid Kamaruddin.



Pada 1 Julai tahun lalu, Hishammuddin dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengisytiharkan gabungan itu menyalahi undang-undang, sebelum perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai.



Dalam pada itu, Naib Presiden PAS Mahfuz Omar menyeru Najib, Hishamuddin dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar untuk memohon maaf kepada rakyat Malaysia, terutamanya peserta Bersih dengan serta-merta.



“Semua kes pendakwaan terhadap peserta Bersih mesti digugurkan, ekoran bermula dari provokasi tuduhan bahawa Bersih adalah satu pertubuhan haram,” kata ahli parlimen Pokok Sena itu.

Thursday, July 19, 2012

CCTV berjaya rakam Polis mengamuk di Seremban

SEBELUM ini kita digemparkan dengan kejadian amuk lelaki dan wanita bersenjatakan pedang samurai menyerang Bangunan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya rujuk sini 


Malam isnin lalu sekali lagi kita digemparkan dengan kejadian amuk, namun kali ini seorang inspektor Polis pula yang mengamuk mencederakan dua orang pekerja sebuah hotel 2 bintang dan memecahkan beberapa buah kereta.


Seorang dilaporkan mengalami kecederaan teruk di bahagian tengkok dan telinga akibat dihentak bertalu-talu menggunakan pistol milik anggota Polis tersebut [NST].


Berita mcam ni tak ditunjuk dalam tv3 pun ...hu3

‘PROGRAM MESRA RAKYAT






Sekretariat Wanita Pakatan Rakyat Perak mengorak langkah menghadapi PRU13 dengan mengadakan program-program mesra rakyat di mana ia merangkumi aktiviti-aktiviti seperti ceramah kelompok, lawatan rumah ke rumah dan juga aktiviti prihatin dengan menghulurkan sumbangan barangan keperluan harian bagi warga emas dan yang memerlukan.

Program ini diadakan di peringkat Negeri di DUN dan Parlimen Negeri Perak untuk membantu gerak kerja menghadapi PRU 13 yang akan diadakan tak lama lagi.

Program Mesra Rakyat telah diadakan pada 28hb Jun 2012 di Taman Perpaduan, Dun Hulu Kinta. Wanita Pakatan yang terdiri daripada Wanita Keadilan, Wanita DAP dan Muslimat PAS telah turun kelapangan berjumpa dengan penduduk tempatan.

Aktiviti lawatan rumah ke rumah, bertemu penduduk sekitar Taman Perpaduan ini telah diberikan sambutan yang sangat baik oleh penduduk-penduduk tempatan. Mereka menerima penjelasan dan bahan bacaan mengenai isu-isu semasa tempatan dan nasional yang kami berikan.

Pada 10hb Julai 2012 pula, Sekretariat Wanita Pakatan Rakyat telah menjelajahi kawasan tempatan DUN Bota dan DUN Belanja, Parlimen Parit.

Di samping mengunjungi penduduk tempatan, Sekretariat Wanita Pakatan Rakyat juga memberi sumbangan kepada warga emas dan yang juga keluarga yang dikenalpasti sebagai miskin yang memerlukan bantuan. Sumbangan yang diberikan adalah merupakan barangan keperluan harian.

Sekretariat Wanita Pakatan Rakyat sangat prihatin dengan keadaan rakyat yang memerlukan perhatian dan bantuan kerana kesempitan hidup dengan pendapatan kecil dengan kenaikan harga barang keperluan harian.

Sekretariat Wanita Pakatan Rakyat Perak akan meneruskan program sebegini, kerana dengan cara ini mewujudkan kesempatan untuk bertemu langsung dengan rakyat dan mendengar masalah yang mereka hadapi, selain daripada menjalinkan tali silaturrahim dengan penduduk setempat.

Di kala ini, Sekretariat Wanita Pakatan Rakyat Perak mengucapkan terima kasih kepada semua wanita dan pimpinan parti dari kawasan-kawasan ini yang membantu menjayakan aktiviti-aktiviti program mesra rakyat ini.

Wanita Pakatan Rakyat Perak akan meneruskan gerakkerja ini Demi Rakyat

Friday, July 13, 2012

Saudagar gelang Ac Mizal cabar Abby Abadi berdebat













BARANGKALI tak perlu diceritakan lagi kisah AC Mizal saudagar gelang yang pernah kecoh suatu masa dahulu apabila didakwa menjual gelang penipu untuk menipu orang Melayu.

Tapi lain pula ceritanya kali ini. AC Mizal semalam mengeluarkan cabaran debat secara terbuka kepada Abby Abadi yang menurutnya pelakon watak Inspektor Aliza itu telah melakukan kutukan ke atas PDRM.

Difahamkan AC Mizal melantik dirinya sendiri sebagai mewakili anak-anak Polis Malaysia kononnya membela perasaan anak-anak Polis yang terasa hati dengan kenyataan Abby Abadi.

Hal ini dikatakan berpunca daripada kenyataan Abby Abadi di dalam ucapannya ketika menyertai perhimpunan membantah ISA di depan Kem Tahanan ISA Kamunting minggu lalu, di bawah ini rakaman ucapan beliau.

ReJaM© nak ucapkan tahniah kepada Abby Abadi kerana berani menegakkan keadilan menentang undang-undang gila menahan orang tanpa membenarkan orang itu membela dirinya.

Salah tak salah belakang kira, yang penting dia boleh tahan orang Ikut Suka Aku (ISA).

ReJaM© sendiri anak seorang Polis, dan secara jujurnya langsung tak terasa hati dengan kata-kata Abby Abadi, malah menyokong beliau menentang undang-undang gila ini. ReJaM© percaya ramai lagi anak Polis di luar sana yang senada dengan ReJaM©.

Apapun saudagar gelang sakti ini nampaknya bijak mengambil peluang menonjolkan diri manalah tahu boleh jadi calon PRU 13 nanti. Apa yang lucunya, beliau mencabar perempuan untuk berdebat kah kah kah...

ReJaM© "Woi AC Mizal, Najib kata debat bukan budaya kitalah kah kah kah... "

Wednesday, July 11, 2012

SEKRETARIAT WANITA PAKATAN RAKYAT : PROGRAM MESRA RAKYAT

Sekretariat Wanita Pakatan Rakyat Perak mengorak langkah menghadapi PRU13 dengan mengadakan program-program mesra rakyat di mana ia merangkumi aktiviti-aktiviti seperti ceramah kelompok, lawatan rumah ke rumah dan juga aktiviti prihatin dengan menghulurkan sumbangan barangan keperluan harian bagi warga emas dan yang memerlukan.

Program ini diadakan di peringkat Negeri di DUN dan Parlimen Negeri Perak untuk membantu gerak kerja menghadapi PRU 13 yang akan diadakan tak lama lagi.

Program Mesra Rakyat telah diadakan pada 28hb Jun 2012 di Taman Perpaduan, Dun Hulu Kinta. Wanita Pakatan yang terdiri daripada Wanita Keadilan, Wanita DAP dan Muslimat PAS telah turun kelapangan berjumpa dengan penduduk tempatan.

Aktiviti lawatan rumah ke rumah, bertemu penduduk sekitar Taman Perpaduan ini telah diberikan sambutan yang sangat baik oleh penduduk-penduduk tempatan. Mereka menerima penjelasan dan bahan bacaan mengenai isu-isu semasa tempatan dan nasional yang kami berikan.

Pada 10hb Julai 2012 pula, Sekretariat Wanita Pakatan Rakyat telah menjelajahi kawasan tempatan DUN Bota dan DUN Belanja, Parlimen Parit.

Di samping mengunjungi penduduk tempatan, Sekretariat Wanita Pakatan Rakyat juga memberi sumbangan kepada warga emas dan yang juga keluarga yang dikenalpasti sebagai miskin yang memerlukan bantuan. Sumbangan yang diberikan adalah merupakan barangan keperluan harian.

Sekretariat Wanita Pakatan Rakyat sangat prihatin dengan keadaan rakyat yang memerlukan perhatian dan bantuan kerana kesempitan hidup dengan pendapatan kecil dengan kenaikan harga barang keperluan harian.

Sekretariat Wanita Pakatan Rakyat Perak akan meneruskan program sebegini, kerana dengan cara ini mewujudkan kesempatan untuk bertemu langsung dengan rakyat dan mendengar masalah yang mereka hadapi, selain daripada menjalinkan tali silaturrahim dengan penduduk setempat.

Di kala ini, Sekretariat Wanita Pakatan Rakyat Perak mengucapkan terima kasih kepada semua wanita dan pimpinan parti dari kawasan-kawasan ini yang membantu menjayakan aktiviti-aktiviti program mesra rakyat ini.

Wanita Pakatan Rakyat Perak akan meneruskan gerakkerja ini Demi Rakyat.