Wednesday, March 6, 2013

Lahad Datu: Operasi mungkin sehingga malam ini


 Serangan Ofensif oleh pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Tentera bagi menangani kerisis pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, akan diteruskan sehingga malam ini.

Ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar pada sidang akhbar pagi ini berkata, biarpun polis dan tentera mencapai objektif yang ditetapkan namun mereka masih menerima tentangan musuh yang melepaskan tembakan ke arah pasukan keselamatan negara.

Tinadakan ofensif di kawasan Kampung Tanduo, Lahad Datu pagi ini bermula jam 7 pagi tadi menggunakan jet pejuang.

ATM menggunakan tiga unit pesawat pejuang F-18, lima unit pesawat pejuang Hawks dalam melakukan serangan bersama dengan pihak polis di darat dan anggota tentera.

Ismail juga berkata tiada kehilangan nyawa di pihak pasukan keselamatan manakala setakat ini jumlah kematian dan kecederaan di pihak musuh belum dapat disahkan.

Pasukan keselamatan Malaysia kini juga katanya sedang menjalankan operasi pembersihan.

Bagaimanapun, laman The Philippine Inquirer pula menyiarkan laporan jurucakap kesultanan Sulu Abraham Idjirani memberitahu satu stesen radio bahawa bom yang dilepaskan jet Malaysia jatuh ke kawasan berkenan tetapi tidak mengenai kumpulan bersenjata Sulu.

Idjirani berkata, maklumat itu disampaikan ketua kumpulan itu Azzimudie Kiram yang menghubunginya melalui telefon.

Sementara itu, bernama melaporkan beberapa ambulan bergerak di sekitar pekan Chenderawasih yang terletak kira-kira tujuh kilometer dari Felda Sahabat 16, tempat kumpulan penceroboh didakwa berkampung.

Selepas serangan ofensif pada pukul 7 pagi ini, sekitar kawasan itu kini tenang dan terdapat banyak sekatan jalan raya di sepanjang jalan ke pekan dan menuju ke Kampung Tanduo.

Bagaimanapun, bunyi deruan helikopter masih kedengaran di ruang udara kawasan itu dan di perairan pula kelihatan kapal-kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Polis Marin dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) membuat rondaan.

1 comment:

  1. Ya Allah kau satukan hati2 kami demi mimikul anahmu, kau tabahkanlah hati mrka yg berjuang pertahan negara. Semg pahala syahid untuk mereka.

    ReplyDelete