Wednesday, March 20, 2013

DS NIZAR DIUMUMKAN SEBAGAI CALON DUN CANGKAT JERING


IPOH – Teka-teki siapa calon Dun Changkat Jering bagi PRU13 terjawab apabila diumumkan Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Dato’ Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin bertanding di kerusi ‘kontroversi’ itu.

Pengisytiharan tersebut dibuat oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain dalam satu program ceramah di Kg Air Kuning, Changkat Jering, dekat sini semalam.

Ustaz Abu Bakar ketika ditemui berkata, ianya adalah keputusan Badan Perhubungan PAS Perak dan telah dimaklumkan kepada PAS Pusat.

Katanya, pilihan Mohammad Nizar  yang juga Mantan Menteri Besar Perak adalah keputusan yang terbaik memandang beliau sudah lama berkhidmat di kawasan tersebut.

“Mohammad Nizar sudah dikenali dan karektornya telah diterima baik oleh pelbagai lapisan masyarakat yang kebetulannya beliau ketika ini menyandang jawatan Parlimen Bukit Gantang.

“Saya yakin keputusan yang dibuat ini adalah tepat,” katanya ketika ditemui Harakah selepas selesai program ceramah tersebut.

Ketika ditanya berkenaan Dun Pasir Panjang yang ketika ini disandang oleh Mohammad Nizar, Ustaz Abu Bakar menjelaskan, PAS Perak telah mengenalpasti calon yang sesuai dan akan diumumkan dalam masa yang terdekat.

“Ya, PAS Perak sudah kenalpasti calon yang sesuai, Insyallah dalam masa yang terdekat kami akan mengumumkan,” jelasnya.

Sebelum itu, Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss dengan secara tegas mengumumkan Mohammad Nizar sebagai calon PAS di kawasan Dun itu dalam ceramah Suara Anak Muda di Batu 6, Changkat Jering, Bukit Gantang.

Sebelum ini, kerusi tersebut disandang oleh Kapten (B) Osman Jailu daripada PKR namun beliau mengambil tindakan melompat parti bersama-sama bersama-sama Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan Adun Jelapang, Datuk Hee Yit Foong hingga menyebabkan Kerajaan Pakatan Rakyat yang diberi mandat oleh rakyat dalam PRU12 lalu tumbang.

Ini bermakna PAS akan bertanding 22 kerusi manakala 20 PKR dan DAP 18 kerusi dalam PRU13 nanti.

Hadir sama dalam pengunguman tersebut ialah Timbalan Pesuruhjaya, Razman Zakaria; Setiausaha PAS Negeri, Dr Muhaimin Sulam; Ketua Pemuda PAS Negeri, Ustaz Zawawi Hassan; Timbalan Ketua Muslimat Negeri, Rohaya Abu Bakar; wakil Dewan Ulama’ PAS Negeri, Ustaz Sidek Noor dan Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Negeri, Beh Heng Kin

No comments:

Post a Comment