Wednesday, March 9, 2011

WANITA BELUM DAPAT HAK MEREKA YANG SEBENARNYA

Masih sukar bagi wanita untuk mendapatkan perlindungan yang penuh dan sewajarnya di bawah undang-undang utama Persekutuan, apatah lagi di bawah undang-undang lain.


PETALING JAYA: Wanita PKR mendakwa hak wanita di Malaysia belum menikmati hak mereka berbanding negara maju.

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berkata, adalah masih sukar bagi wanita untuk mendapatkan perlindungan yang penuh dan sewajarnya di bawah undang-undang utama Persekutuan, apatah lagi di bawah undang-undang lain.

Selain itu, katanya, masih terdapat beberapa aspek undang-undang di mana wanita masih mengalami diskriminasi, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung, ataupun di mana hak dan kepentingan wanita gagal dilindungi sepenuhnya.

“Contoh undang-undang sedemikian termasuk Kanun Keseksaan, Akta Keganasan Rumahtangga dan ketiadaan undang-undang sedia ada untuk masalah gangguan seksua.

“Penindasan yang dihadapi wanita Penan adalah salah satu contoh terbaik sebagai bukti. Gadis Penan telah dieksploitasi sebagai bahan dagangan dan pemuas nafsu pihak berkuasa dan berpengaruh benar-benar sesuatu yang amat menyedihkan.

” Ibubapa Penan terpaksa berdiam diri, takut dek tekanan pentadbiran kuku besi pemerintah.

“Inikah erti sebuah suasana masyarakat yang kerajaan BN-Umno anjurkan? ” katanya dalam satu kenyataan media hari ini sempena sambutan 100 tahun hari wanita dunia.

Zuraida yang juga ahli Parlimen Ampang berkata, kesaksamaan hak wanita di Malaysia hanya boleh dikatakan sekadar mendapat pengiktirafan secara formal melalui penambahan perkataan “jantina”dalam Perkara 8(2) Perlembagaan Persekutuan sahaja kerana pada hakikatnya, tafsiran peruntukan ini masih terhad.

Beliau menggesa agar tafsiran Perkara 8(2) Perlembagaan Persekutuan diperluaskan dan tidak terlalu terhad, kerana ini membolehkan manipulasi dan penindasan hak kepada wanita secara keras.

“Wanita PKR memandang serius perkara ini dan melabelkannya sebagai jenayah disriminasi,” tambahnya..

Beliau juga menggesa pihak berkuasa segera menguatkuasakan sepenuhnya peruntukan-peruntukan berkaitan gender yang telah diluluskan;

Selain itu, katanya kerajaan perlu segera memasukkan dalam undang-undang akan takrif diskriminasi secara langsung dan tidak langsung.

Kerajaan, beliau menambah hendaklah mewujudkan dan menguatkuasakan undang-undang kesaksamaan gender secara bersepadu dan menyeluruh dengan melibatkan setiap peringkat.

No comments:

Post a Comment