TUESDAY, MAY 17, 2011
IPOH (17.5.11): Majlis perasmian Muktamar Tahunan Muslimat Pas Negeri Perak kali ke-48 telah dijayakan oleh YB Dr Mariah Mahmud dengan penuh gemilang.
IPOH (17.5.11): Majlis perasmian Muktamar Tahunan Muslimat Pas Negeri Perak kali ke-48 telah dijayakan oleh YB Dr Mariah Mahmud dengan penuh gemilang.
PKR hari ini mendedahkan satu dokumen yang mendakwa Umno berkonspirasi menukar status pemastautin tetap rakyat asing bagi membolehkan mereka memperoleh kerakyatan bertaraf penuh, yang jumlahnya melibatkan 2,000, bagi membantu kemenangan Barisan Nasional (BN) di Hulu Selangor pada pilihan raya umum ke-13. Timbalan ketua PKR Selangor Zuraida Kamaruddin memberitahu sidang media hari ini bahawa satu permohonan bertarikh 23 Mac 2011 telah dihantar ke pejabat Datuk Seri Hishammuddin Hussein, untuk mendapatkan kelulusan Menteri Dalam Negeri itu bagi mengubah sttaus 2,000 pekerja asing yang kini memiliki status pemastautin tetap.
“Ia diserahkan kepada satu agensi pekerja asing bagi tujuan pemprosesan permohonan itu,” kata beliau.
Salinan permohonan itu, menurut Zuraida, yang diberikan kepada beliau oleh seorang kakitangan awam Jumaat lalu, diedarkan kepada wakil media pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini.
Permohonan itu, yang bertajuk “Pilihan Raya Umum ke-13 - Memerlukan Permohonan Mendapatkan Taraf Kerakyatan Bagi Kawasan Parlimen Hulu Selangor”, menggunakan kepala surat Umno Hulu Selangor Umno dan ditandatangani oleh ketuanya Datuk Idris Abu Bakar.
Dokumen itu mendedahkan bahawa parti tersebut telah mengenal pasti dan mengesahkan senarai bakal pengundi dengan status pemastautin tetap yang boleh membantu BN di Hulu Selangor dalam pilihan raya umum akan datang.
“Bersama ialah senarai nama mereka yang boleh menjadi pengundi di Hulu Selangor dan kami telah mengadakan tapisan ketat ke atas setiap individu bagi memastikan mereka bebas daripada sebarang tuduhan jenayah atau dadah atau mengikuti kumpulan bahaya atau ajaran sesat.
“Mereka terdiri daripada pelajar dan usahawan, dan mereka boleh membantu negara menjadi lebih maju, dan tambahan pula boleh membantu BN menang di setiap pilihan raya terutama dalam pilihan raya umum ke-13.
“Dengan ini, diharapkan Datuk Seri boleh memberikan kelulusan awam agar kami dapat meneruskan permohonan dengan lancar,” kata surat itu.
Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang berkata, surat itu satu bukti jelas BN sedia menggunakan “apa sahaja senjata” yang ada untuk merampas balik Selangor daripada Pakatan Rakyat.


DAP menolak laporan Utusan Malaysia yang mendakwa parti itu berkonspirasi dengan pemimpin-pemimpin Kristian untuk mengambil alih Putrajaya dan menggugurkan status Islam sebagai agama rasmi negara ini.
Parti komponen Pakatan Rakyat itu juga mendakwa laporan akhbar milik Umno itu satu pembohongan yang bahaya kepada negara.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng (gambar) menegaskan, pembohongan sedemikian bercanggah dengan konsep 1 Malaysia yang dibawa oleh Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri dan Presiden Umno.
“Utusan mahu meletakkan (gagasan) 1 Malaysia di atas api... ia elemen paling jahat dan bahaya di negara kita pada masa sekarang,” kata beliau hari ini.
Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata, beliau telah meminta pemimpin-pemimpin partinya agar membuat aduan polis berhubung laporan tersebut.
Difahamkan Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng akan membuat laporan polis di Kuala Lumpur esok.
“Bagaimana satu pembohongan macam ini boleh tersiar di muka depan akhbar (Utusan Malaysia)?” kata Lim lagi.
“Ini adalah permainan politik pihak-pihak yang sudah terdesak,” kata beliau sambil menambah, dalam usaha mahu meningkatkan sokongan, “mereka (Umno) bersedia untuk melakukan apa sahaja.”
***Inilah jadinya apabila merasakan diri dah diambang kejatuhan,sanggup membuat cerita2 yang menggugat sensiviti agama lain,apa nak jadi dengan utusan ni.......kepada yang suka sangat membaca cerita2 bohong utusan tu dah tentu le termakan kisah fitnah dan propaganda utusan.Kalau tak de utusan ni juga barisan nasional memang dah lama 'dibungkus' dan'dipenyek' masuk pusat pelupusan sampah.

Datuk Seri Najib Razak meneruskan usahanya dengan hari ini sekali lagi mempelawa PAS agar menyertai BN sambil berkata, sudah tiba masanya PAS meninggalkan DAP atas alasan ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam.“Hadi (Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang), cukup-cukuplah dengan DAP, tinggalkan DAP, masuk BN,” kata Perdana Menteri ketika berucap pada majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Manir di Kampung Pulau Bahagia dekat sini.
Najib (gambar) mengadakan lawatan kerja ke Terengganu hari ini.
Laporan Utusan Online memetik Najib memberitahu masa depan Malaysia sebenarnya lebih terjamin menerusi kepimpinan kerajaan BN dan Umno.
Kata Presiden Umno, parti itu yang akan menyambut ulang tahun penubuhan 11 Mei ini berkata ia lahir di istana dan bukannya lahir di jalanan seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Katanya, rakyat telah bijak untuk menilai kepimpinan yang benar-benar dapat memperjuangkan agenda bangsa, agama dan negara.
Pelawaan BN-Umno hari ini bukan sesuatu yang baru khususnya sejak selepas pilihan raya umum ke-12 8 Mac 2008.
Ini termasuklah satu pertemuan membabitkan empat pemimpin kanan - masing-masing dua dari Umno dan PAS sempena majlis santapan bersama Yang di-Pertuan Agong di Istana Terengganu di Kuala Lumpur.
Bagaimanapun menjelaskan isu di sebalik pertemuan 24 Disember itu, Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 13 Januari lalu berkata, PAS telah mengulangi jaminan kepada rakan-rakannya dalam perikatan itu parti Islam itu tiada rancangan untuk menjalin kerjasama politik dengan Umno.
Anwar memberitahu, Hadi telah memberi penjelasan mengenai objektif pertemuan di Istana Terengganu.
“Kami berpuas hati dengan penjelasan. Sebagaimana dikatakan oleh (Mursyidul Am PAS Datuk) Nik Aziz (Nik Mat), PAS komited untuk bersama dengan Pakatan Rakyat.
“Tidak perlu untuk kita membangkitkan isu ini lagi atau meragui mereka,” kata beliau.
Bagaimanapun seminggu sebelum itu, Najib mengambil langkah untuk tidak mendedahkan hasil pertemuan bersama pemimpin 24 Disember lalu, yang dihadiri atas jemputan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Nik Aziz, yang tegas dengan pendirian menolak idea kerajaan campuran antara PAS-Umno, juga hadir pada pertemuan itu.
Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan, telah berulang kali menekankan bahawa PAS tidak akan kembali menjalin kerjasama politik dengan Umno atas alasan telah dikhianati pada akhir 1970-an.
PAS pernah menyertai BN pada 1974 atas jemputan perdana menteri ketika itu Tun Abdul Razak, yang juga bapa kepada Najib.
PAS membentuk kerjasama dengan DAP dan PKR untuk mewujudkan perikatan PR pada April 2008.
Justeru PAS mengetuai kerajaan negeri Kelantan dan Kedah sekarang, Pulau Pinang pula wakil dari DAP manakala Selangor pula pemimpin PKR.
Selain pemimpin Umno sendiri Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria juga pernah mengatakan kesediaan mahu menjadi orang tengah antara PAS-Umno.Pelawaan BN-Umno hari ini bukan sesuatu yang baru khususnya sejak selepas pilihan raya umum ke-12 8 Mac 2008.
Ini termasuklah satu pertemuan membabitkan empat pemimpin kanan - masing-masing dua dari Umno dan PAS sempena majlis santapan bersama Yang di-Pertuan Agong di Istana Terengganu di Kuala Lumpur.
Bagaimanapun menjelaskan isu di sebalik pertemuan 24 Disember itu, Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 13 Januari lalu berkata, PAS telah mengulangi jaminan kepada rakan-rakannya dalam perikatan itu parti Islam itu tiada rancangan untuk menjalin kerjasama politik dengan Umno.
Anwar memberitahu, Hadi telah memberi penjelasan mengenai objektif pertemuan di Istana Terengganu.
“Kami berpuas hati dengan penjelasan. Sebagaimana dikatakan oleh (Mursyidul Am PAS Datuk) Nik Aziz (Nik Mat), PAS komited untuk bersama dengan Pakatan Rakyat.
“Tidak perlu untuk kita membangkitkan isu ini lagi atau meragui mereka,” kata beliau.
Bagaimanapun seminggu sebelum itu, Najib mengambil langkah untuk tidak mendedahkan hasil pertemuan bersama pemimpin 24 Disember lalu, yang dihadiri atas jemputan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Nik Aziz, yang tegas dengan pendirian menolak idea kerajaan campuran antara PAS-Umno, juga hadir pada pertemuan itu.
Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan, telah berulang kali menekankan bahawa PAS tidak akan kembali menjalin kerjasama politik dengan Umno atas alasan telah dikhianati pada akhir 1970-an.
PAS pernah menyertai BN pada 1974 atas jemputan perdana menteri ketika itu Tun Abdul Razak, yang juga bapa kepada Najib.
PAS membentuk kerjasama dengan DAP dan PKR untuk mewujudkan perikatan PR pada April 2008.
Justeru PAS mengetuai kerajaan negeri Kelantan dan Kedah sekarang, Pulau Pinang pula wakil dari DAP manakala Selangor pula pemimpin PKR.
Selain pemimpin Umno sendiri Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria juga pernah mengatakan kesediaan mahu menjadi orang tengah antara PAS-Umno.