Thursday, May 12, 2011

EH EH..TERASA LE PULAK....

Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail 'hairan' mengapa Utusan Malaysia dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak begitu 'melenting' dengan perkataan 'pandi kutty' yang disebut suaminya pada ceramah di Kelang, Sabtu lalu.

NONE"Kalaulah Perdana Menteri Najib kata Anwar kata dia 'pandi kutty', Anwar tak kata dia. Anwar kata siapa yang rasuah, siapa yang buat fitnah, siapa yang bunuh, itulah perangai 'pandi kutty'.

“Yang mereka nak terasa kenapa? Siapa makan cili dia yang terasa pedasnya," kata Azizah dalam siri ceramah Jelajah Selangor di Meru di Klang, malam semalam kepada TV Selangor.

Akhbar Utusan Malaysia milik Umno semalam melaporkan kononnya Anwar menggunakan ungkapan bahasa Tamil itu yang bermaksud anak babi terhadap Najib.

Berasaskan laporan Utusan itu, perdana menteri dan juak-juak Umno membidas Anwar tanpa usul periksa mengenai kesahihan laporan berkenaan.

Melemahkan Melayu

Najib juga menuduh Anwar sebagai mengamalkan politik tak beretika kerana kononnya menggunakan perkataan kesat itu terhadap beliau.

azlanTV Selangor dalam laporannya semalam berkata rakaman penuh yang dibuat menunjukkan Anwar tidak menggunakan perkataan itu terhadap Najib tetapi terhadap taktik-taktik jijik yang digunakan, khususnya video lucah untuk menjatuhkannya.

"Maknanya kalau kita lawan dengan parti yang terdesak, mereka menjurus kearah perbuatan terdesak termasuk video. Azizah kata sekarang jangan makan banyak sebab nanti sama dengan dalam video. Ini betul-betul "pandi kutti.

"Ada orang kata Anwar cakap kasar. Macam mana tidak kasar. Ini kerja gila. Anda tahu sejarah India, Cina, Melayu Arab, adakah anda lawan politik begitu kotor macam Datuk Najib buat? Tidak ada," kata Anwar di Dewan Hamzah Kelang, Sabtu lalu.

NONEAzizah juga berkata Utusan gagal menurut tujuannya iaitu membina wacana orang Melayu sebaliknya melemahkan lagi pemikiran dengan isu remeh.

Merujuk berita muka hadapan Utusan 9 Mei lalu, katanya, akhbar itu menyiarkan permintaan bekas ahli PKR Aminah Abdullah yang mahu beliau bercerai dengan Anwar kerana video seks yang diuar-uarkan itu.

"Apa hal 'pandi kutty' pun nak jadik berita besar? Cik Aminah (Abdullah), orang Meru pun tak kenal Cik Min, boleh jadi muka depan suruh (saya) cerai. Ini pun jadi berita. Apa jadi dengan Utusan Malaysia? Sepatutnya menjana pemikiran orang Melayu. Apa orang Melayu tak ada pemikiran? Apa beginikah cara menjamu pemikiran orang Melayu?" soal Azizah.

Beliau juga kesal kerana media arus perdana termasuk Utusan cuba mengalihkan rakyat daripada masalah-masalah yang mencengkam kehidupan harian seperti kenaikan harga gula dan ketirisan kewangan di bawah pentadbiran Umno-BN.

No comments:

Post a Comment