Nazri Abdullah |
KUALA LUMPUR, 28 Jun: Jika dibahagikan, secara mudahnya kos sewa bagi kediaman rasmi perdana menteri dan timbalannya lebih RM18,000 untuk sehari. Kos baik pulih pula mencecah RM60,000 sebulan, bil elektrik RM5,704 sehari dan bil air RM1,092 sehari. "Dari satu sudut, rakyat disuruh berjimat, agensi kerajaan disuruh berjimat, tiba-tiba untuk dua pemimpin negara ini, wang rakyat diguna sebanyak itu", kata Siti Zailah Mohd Yusof (PAS-Rantau Panjang) pada sidang media di Parlimen hari ini. Turut serta pada sidang media itu, Dr Siti Mariah Mahmood (PAS-Kota Raja) dan Anthony Loke (DAP-Rasah). Beliau yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS sebelum ini menanyakan kepada kerajaan berhubung jumlah pembiayaan kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri setiap tahun bermula tahun 2006 hingga 2010. Dalam jawapan bertulis semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz menjelaskan kerajaan membelanjakan RM48,789,115.03 setahun untuk membiayai kos kediaman rasmi kedua-dua pemimpin negara itu. Dalam perincian jawapan yang diberikan itu, Nazri menjelaskan kos sewa untuk dua kediaman rasmi itu adalah berjumlah RM32,972,115.55, kos baik pulih RM3,581,744.78, bil elektrik RM10,267,868.15 dan bil air RM1,967,386.55 untuk satu tahun. Untuk rekod, kedua-dua rumah kediaman rasmi itu adalah disewa oleh kerajaan daripada Perbadanan Putrajaya. "Rumah bernilai berjuta-juta, kita tak tahu apa yang dibaik pulih setiap bulan," katanya lagi sambil mendakwa ia satu pemborosan melampau. Tak rasa kesusahan rakyat Anthony Loke dalam pada itu berkata, tidak hairanlah jika pemimpin negara ini memotong subsidi rakyat dengan menaikkan harga barangan seperti gula dan petrol. Ia kerana, pemimpin negara tidak pernah merasai kesusahan rakyat kerana tenggelam dalam kehidupan mewah dan boros mereka. "Saya tinggal dengan ibu bapa saya di rumah, maksimum bil elektrik saya RM150 sebulan. Bil setahun elektrik rumah rasmi PM dan TPM boleh bayar boleh bayar untuk 100 tahun bil elektrik saya. "Kalau bil air, di Selangor subsidi 20 meter padu iaitu RM11, cukup untuk dua orang guna satu bulan. "Kalau RM32,789 sebulan di kediaman rasmi PM dan TPM, bermakna ia diguna lebih kurang 5961 orang. "Ini satu angka yang memeranjatkan," katanya.(HARAKAH DAILY) ------------------------------------------------------------------------------------------------ Bayangkan kemewahan dan pembaziran melampau yang dilakukan oleh PM dan TPM... Ayuh rakyat...sedarlah penipuan yang mereka lalukan...rakyat diseru berjimat cermat,sedang mereka hidup dengan kemewahan terlampau...dan rakyat kena sedar, semua sewa dan bayaran bil bukanlah dibayar dari gaji mereka...tapi semuanya ditanggung dengan wang rakyat...bukan seperti kita, dari gaji yang sedikit itulah yang hendak dibayar segala-galanya.......... |
Wednesday, June 29, 2011
Sewa rumah PM, TPM RM18,000 sehari
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment