Nazri Abdullah |
KUALA LUMPUR, 28 Jun: Jika dibahagikan, secara mudahnya kos sewa bagi kediaman rasmi perdana menteri dan timbalannya lebih RM18,000 untuk sehari.
"Dari satu sudut, rakyat disuruh berjimat, agensi kerajaan disuruh berjimat, tiba-tiba untuk dua pemimpin negara ini, wang rakyat diguna sebanyak itu", kata Siti Zailah Mohd Yusof (PAS-Rantau Panjang) pada sidang media di Parlimen hari ini. Turut serta pada sidang media itu, Dr Siti Mariah Mahmood (PAS-Kota Raja) dan Anthony Loke (DAP-Rasah). Beliau yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS sebelum ini menanyakan kepada kerajaan berhubung jumlah pembiayaan kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri setiap tahun bermula tahun 2006 hingga 2010. Dalam jawapan bertulis semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz menjelaskan kerajaan membelanjakan RM48,789,115.03 setahun untuk membiayai kos kediaman rasmi kedua-dua pemimpin negara itu. Dalam perincian jawapan yang diberikan itu, Nazri menjelaskan kos sewa untuk dua kediaman rasmi itu adalah berjumlah RM32,972,115.55, kos baik pulih RM3,581,744.78, bil elektrik RM10,267,868.15 dan bil air RM1,967,386.55 untuk satu tahun. Untuk rekod, kedua-dua rumah kediaman rasmi itu adalah disewa oleh kerajaan daripada Perbadanan Putrajaya. "Rumah bernilai berjuta-juta, kita tak tahu apa yang dibaik pulih setiap bulan," katanya lagi sambil mendakwa ia satu pemborosan melampau. Tak rasa kesusahan rakyat Anthony Loke dalam pada itu berkata, tidak hairanlah jika pemimpin negara ini memotong subsidi rakyat dengan menaikkan harga barangan seperti gula dan petrol. Ia kerana, pemimpin negara tidak pernah merasai kesusahan rakyat kerana tenggelam dalam kehidupan mewah dan boros mereka. "Saya tinggal dengan ibu bapa saya di rumah, maksimum bil elektrik saya RM150 sebulan. Bil setahun elektrik rumah rasmi PM dan TPM boleh bayar boleh bayar untuk 100 tahun bil elektrik saya. "Kalau bil air, di Selangor subsidi 20 meter padu iaitu RM11, cukup untuk dua orang guna satu bulan. "Kalau RM32,789 sebulan di kediaman rasmi PM dan TPM, bermakna ia diguna lebih kurang 5961 orang. "Ini satu angka yang memeranjatkan," katanya.(HARAKAH DAILY) ------------------------------------------------------------------------------------------------ Bayangkan kemewahan dan pembaziran melampau yang dilakukan oleh PM dan TPM... Ayuh rakyat...sedarlah penipuan yang mereka lalukan...rakyat diseru berjimat cermat,sedang mereka hidup dengan kemewahan terlampau...dan rakyat kena sedar, semua sewa dan bayaran bil bukanlah dibayar dari gaji mereka...tapi semuanya ditanggung dengan wang rakyat...bukan seperti kita, dari gaji yang sedikit itulah yang hendak dibayar segala-galanya.......... |
Wednesday, June 29, 2011
Sewa rumah PM, TPM RM18,000 sehari
LAWATAN KE KELANTAN
Kepada sesiapa yang berminat, sila hubungi Puan Salmah Abdul Latif di talian 013 2727126.
Tempat terhad
Tuesday, June 28, 2011
BLOG KUNING
SEBAGAI MENYATAKAN SOKONGAN PADU DEWAN MUSLIMAT PAS NEGERI PERAK TERHADAP PROGRAM BERSIH PADA 9 JULAI 2011 INI
MAKA BLOG DEWAN MUSLIMAT PAS NEGERI PERAK
AKAN BERWARNA KUNING SEHINGGA TARIKH BERKENAAN.
MUSLIMAT PERAK :
JOM RAMAI-RAMAI PAKAT PI BERSIH...
Friday, June 24, 2011
Monday, June 20, 2011
Kenyataan Media : Himpunan Bersih 2 Dewan Muslimat PAS Negeri Perak
Seluruh ahli muslimat Pas negeri Perak digesa untuk menyahut seruan untuk berhimpun secara aman di Kuala Lumpur pada 9 Julai 2011.Himpunan yang dikenali sebagai Bersiadalah anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil kearah menuntut pihak SPR mengadakan satu pilihanraya yang lebih adil dan telus pada PilihanRaya Umum yang ke 13 . Bersih 2 dianjurkan bagi menuntut lapan tuntutan, iaitu membersihkan senarai daftar pengundi , mereformasikan undi pos, penggunaan dakwat kekal, akses media bebas dan adil, tempoh minimum 21 hari berkempen, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.Pada himpunan Bersih yang pernah diadakan sebelumPRU 12 iaitu pada 10 November 2007 yang lalu, rakyat Malaysia telah sama-sama meledakkan kebangkitan bagi menuntut sebuah demokrasi yang bersih dalam satu himpunan yang berjaya menghimpunlan hampir 100,000 rakyat Malaysia dari pelbagai latarbelakang. Jika selama in kerajaan Umno-BN melaungkan slogan “rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”, maka sewajarnyalah tidak menghalang himpunan aman “Bersih” ini,kerana himpunan ini adalah himpunan rakyat yang prihatin terhadap kepincangan pentadbiran negara khususnya dalam sistem PilihanRaya. Pihak pemerintah khusunya Kementerian Dalam Negeri sewajarnya mengarahkan anggota keselamatan menjaga keamanan serta mengawal lalulintas bagi memastikan himpunan ini diadakan dalam keadaan yang terkawal tanpa provokasi mana-mana pihak.Kuasa polis untuk mengawalselia sebarang himpunan,atau perjumpaan serta perarakan sangat jelas dinyatakan dalam perkara 27,akta Polis,maka sewajarnyalah rakyat atau orang ramai diberikan kebebasan untuk bersuara bagi menuntut sebuah Pilihan Raya yang lebih adil dan telus. PilihanRaya yang diadakan 4 atau 5 tahun sekali adalah penting bagi rakyat Malaysia kerana daripada keputusan pilihan raya umum atau negeri itulah yang bakal menyaksikan corak pemerintahan yang akan dirasai oleh rakyat Malaysia samada memberi kesejahteraan atau membebankan rakyat Malaysia. Dengan ini, Dewan Muslimat PAS Negeri Perak memandang perkara ini sangat penting dan perlu diperjuangkan untuk menyedarkan pihak-pihak berwajib tentang tanggungjawab dan amanah mereka serta untuk meneruskan kelangsungan perjuangan menegakkan negara berkebajikan di bumi Malaysia di bawah Pakatan Rakyat.
Dr Najihatussalehah bt Ahmad
Ketua Dewan Muslimat Pas Negeri Perak.