Thursday, April 12, 2012

Program GTP Ke 2 Di Kg Gajah 8 April 2012

Dr Najihah bersama Ketua Muslimat PAS Kawasan Pasir Salak menziarahi penduduk kg Gajah
Diskusi mengenai isu semasa
memberi rawatan percuma
walaupun hujan lebat namun tugas terus dilaksanakan

Pada 8 April 2012 , Gerak Tawan Perak (GTP) siri yang kedua di teruskan lagi di DUN Pasir Salak. Antara pimpinan negeri yang hadir ialah Dr Najihahtussoleh Ahmad, Ketua Dewan Muslimat PAS Perak, Ustaz Nuri Al-Amin Ketua Penerangan PAS Perak, Tn. Hj. Razman Zakaria, Timbalan iii Pesuruhjaya PAS Perak serta ketua muslimat kawasan Pasir Salak, Pn Jamaliah Sudin. Program bermula dengan diskusi isu semasa yang menguraikan pelbagai persoalan politik semasa di negara kita. Dr Najihah menjelaskan konsep negara berkebajikan yang merangkumi politik pendidikan, keadilan sosial serta ekonomi. beliau menyarankan rakyat supaya memahami konsep negara kebajikan ini yang membawa keuntungan kepada rakyat. Tn Hj. Razman menjawab persoalan tentang pemansuhan PTPTN yang di warwarkan oleh Ketua Pembangkang, YB Anuar Ibrahim. Beliau berkata kiraan yang dibuat oleh AnuarIbrahim, menyatakan Malaysia masih mampu menanggung hutang PTPTN yang bakal menyediakan peluang kepada para pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi . Selepas diskusi, Dr Najihah serta tetamu yang lain turut serta dalam program ziarah di sekitar Kg. Gajah. Dr Najihah berpeluang beramah mesra bersama penduduk kampung disamping memberi rawatan kepada mereka. Semoga mereka diberi kekuatan untuk terus berjuang menegakkan agama islam. Program berakhir pada jam 7.00 Petang.

Friday, March 30, 2012

SALAM TAKZIAH KEPADA KERABAT DIRAJA PERAK

Assalamualaikum.

Dewan Muslimat PAS Negeri Perak mengucapkan takziah kepada seluruh kerabat Diraja Negeri perak diatas kemangkatan Raja Kecil Sulong Perak, Raja Dato' Seri Ashman Shah ibni Sultan Azlan Shah yang telah kembali kerahmatullah pada jam 6.30 pagi tadi.

Dewan Muslimat turut merasa dukacita diatas pemergian Allahyarham, kami panjatkan doa semoga roh Allahyarham ditempatkan dikalangan hamba yang diredhai oleh Allah SWT.


.

Marilah sama-sama kita sedekahkan Al Fatihah buat Allahyarham.

Sekian. Wassalam.

Monday, March 26, 2012

Himpunan muslimat PAS Perak berjaya!

doa wehdah beramai-ramai

Agihan Vest ERAT

Doa wehdah

Kutipan Dana PRU 13

Penyerahan Deklarasi

Nyanyian lagu PAS

Gimik Perasmian IMPAK 13

Antara AJK DMPN yang hadir

Para tetamu jemputan

Penyerahan Deklarasi Kepada YB Zailah


25 Mac 2012, Alhamdulillah Himpunan Muslimat PAS Negeri Perak (IMPAK 13) telah berjaya mencapai objektifnya untuk menubuhkan Skuad Kebajikan Muslimat PAS Perak skuad (ERAT) selain untuk mengumpul tabung dana untuk PRU KE 13, di Hotel Hillcity. Himpunan ini telah dirasmikan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Yang Berhormat Puan Hajah Siti Zailah Bt Yusuf , manakala Yang Berhormat Puan Hajah Wan Ubaidah Bt Omar diundang khas sebagai pembentang kertas kerja, "Muslimat Penggerak Negara Berkebajikan". Kehadiran para peserta amat memberangsangkan dengan berpakaian hijau dan bertudung putih menunjukkan para muslimat telah bersedia untuk menghadapi Piliharaya Umum ke 13. Antara tetamu yang hadir ialah Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Husain, Pengarah Pilihan raya PAS Perak Tn. Hj. Asmuni Alwi, Ketua Pemuda PAS Perak, Ustaz Hj. Zawawi Hassan, serta turut hadir suami AJK-AJK Dewan Muslimat PAS Perak.
Himpunan ini juga telah menyaksikan penyerahan Deklarasi Dewan Muslimat PAS Perak kepada Dewan Muslimat PAS Pusat, dan Pesuruhjaya PAS Perak yang menyatakan Dewan Muslimat PAS Perak berterusan memberi sokongan kepada Yang Berhormat Dato’ Seri Ir Mohd. Nizar Jamaluddin sebagai MENTERI BESAR Perak atas kepercayaan dan penghormatan berdasarkan prestasi beliau yang amat baik ketika menerajui Kerajaan PAKATAN RAKYAT Perak sebelum rampasan kuasa berlaku.
Skuad ERAT pula yang ditubuhkan bakal menyaingi skuad Sayang UMNO yang semakin giat menarik masyarakat untuk terus menerima mereka. Menurut Naib Ketua Muslimat PAS Perak merangkap Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan, Pn. Zuhairah Mohd Ghazali, skuad ERAT akan menjadi wadah dalam melakukan kerja-kerja kebajikan bagi mencapai hasrat Negara Berkebajikan. Selain itu ia menjadi penggerak utama bertemu masyarakat, meliputi golongan MOSWA iaitu : Orang Kurang Upaya, Warga Emas, Ibu Tunggal dan Golongan Miskin. ERAT juga akan menyebarluaskan program kemasyarakatan dan kebajikan kepada seluruh lapisan masyarakat tanpa mengira warna kulit, bangsa dan fahaman politik. Himpunan berakhir dengan bacaan doa wehdah dan doa rabithah yang begitu syahdu oleh Pn Hasna' Timbalan Ketua Lajnah Tarbiyyah Dan Perkadiran Dewan Muslimat PAS Perak.

1.

Friday, March 23, 2012

PAS PERAK UCAP TAHNIAH KEPADA SELURUH GRADUAN ILHAM




PAS Perak mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh 146 graduan Institut Latihan Kepimpinan dan Perkaderan Dakwah Islamiyah (ILHAM) yang telah berjaya menerima Diploma Tasawur Islam dalam majlis istiadat Konvokesyen Ilham kali ke-11, di Dewan Dato' Haji Fadhil Mohd Noor Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) baru-baru ini.

PAS Perak mengucakan tahniah kepada seluruh graduan ILHAM dari Negeri Perak kerana menjadi negeri yang paling ramai melahirkan graduan Ilham iaitu seramai 77 orang.

PAS Perak juga mengucapkan tahniah kepada Ketua Muslimat PAS Perak Dr Najihatussalehah Ahmad kerana telah berjaya merangkul Anugerah Presiden di mana kriteria dilihat berdasarkan permarkahan akdemik, komitmen dengan parti, masyarakat dan keluarga beliau.

PAS Perak, melihat kecemerlangan di dalam pelajaran sebagai satu kemestian bagi mereka yang ingin membawa risalah dakwah Rasulullah SAW ini, selain itu tribulasi di Malaysia yang semakin mencabar memerlukan kepada persediaan yang mapan dan latihan yang mencukupi bagi graduan baik dalam bidang dakwah.

PAS Perak, berharap agar graduan ILHAM mampu menjadi individu yang kompeten dan mempunyai daya saing yang tinggi sebagai modal insan untuk negara yang kita cintai.

Kepada mereka yang masih belum mengecapi kejayaan tersebut, PAS Perak mendoakan kejayaan mereka serta mengharapkan mereka dapat melipat-gandakan usaha pada tahun hadapan.