Friday, October 5, 2012

Muslimat PAS Perak menyokong kempen selamatkan penyu di Pantai Segari, Lumut



Lumut - Atas dasar keprihatinan terhadap alam flora dan fauna Dewan Muslimat PAS Perak, akan menyertai dan menyokong sepenuhnya kempen henti penyu menangis yang dianjurkan oleh NGO Sahabat Alam Malaysia (SAM) pada 6 Oktober 2012 di Pantai Segari, Lumut jam 8.00 pagi – 12 tgh.  Menurut ketuanya Dr Hjh. Najihatussalehah Ahmad,  kempen  ini diharap dapat membuka mata mereka yang bertanggungjawab terhadap projek yang telah diluluskan oleh kerajaan, iaitu Kilang Besi & Loji Simpanan GAS LNG di Segari. “ Projek ini bakal mengganggu ketenteraman Pusat Pengurusan penyu yang terdapat di situ Ianya merupakan salah satu Zon Pelancungan dan kawasan Sensitif Alam Sekitar yang mana merupakan laluan, pendaratan & penetasan penyu satu-satunya di Perak. Jelas ia melanggar perancangan fizikal Daerah Manjung sebagai Bandar Pelancongan & Maritim” ujarnya. Kumpulan Aktivis Sayang ALam (KUASA) bersama Sahabat Alam Malaysia (SAM) akan mededahkan serta memulakan siri membantah projek-projek berkenaan.

Penyu yang ada merupakan satu  Khazanah Negeri Perak yang perlu dijaga untuk generasi akan datang. Rekod dicatatkan hingga bulan Ogos 2012, hanya 38 induk yang mendarat bertelur di mana putara telurnya seekor ialah 100 biji. Bermakna hanya 3800 biji telur yang dapat digeram pada musim bertelur tahun 2012. 1000 anak penyu yang dilepaskan , hanya 1-3 ekor yang akan dapat mendarat bertelur pada masa 30 tahun waktu mereka matang. Ini bermakna.3800 telur . Kurang daripada 10 ekor penyu matang yang akan mendarat bertelur di Pantai Pasir Panjang Segari. Dewan Muslimat PAS Perak menyeru agar orang ramai menyertai kempen ini menunjukkan sifat keprihatianan kita terhadap isu ini yang bukan sahaja boleh menggungat ekosistem penyu tetapi bakal menggugat sumber ekonomi masyarakat disekitar Pulau Segari. Kita tidak perlulah berjalan jauh untuk melihat penyu di Terengganu, malah di Perak Pun ada.

DMPN 5/10/2012

No comments:

Post a Comment