IPOH: Jelajah Perakite anjuran PAS Negeri Perak yang diadakan semalam berlangsung dengan penuh meriah dan berjaya.Program bersama masyarakat itu menaiki bas menjelajah ke seluruh dun dan parlimen yang ditandingi oleh PAS.Jelajah yang bertujuan untuk meneruskan momentum perubahan rakyat dalam suasana PRU13 yang semakin hampir ini bermula sejak awal pagi dan dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu ke utara dan selatan.Jelajah Perakite ini disertai oleh pimpinan PAS Perak yang diketuai oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussien dan Mantan Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Nizar Jamaludddin. Beberapa pimpinan PAS Pusat turut menyertai jelajah ini termasuklah Ustazah Nuridah dan Dr Hatta Ramli. Pelbagai program diadakan sepanjang perjalan seperti sarapan pagi bersama rakyat, edaran risalah, santuni rakyat, kenduri rakyat. Dikemuncaknya ialah Ceramah Perdana Perakite di Jalan Pemimpin, Gugusan Manjoi. Sebelum itu pimpinan PAS yang diketui Dr Hatta Ramli.
Monday, October 22, 2012
Wednesday, October 17, 2012
Saya istiqamah bersama PAS, ulama – Shahnon

Malah, beliau sangat yakin menerusi tahaaluf siyasi (kerjasama politik) yang merupakan persefahaman antara tiga parti iaitu PAS, PKR dan DAP yang insya Allah mampu menumbangkan kerajaan Barisan Nasional dalam PRU13 nanti.
"Saya istiqamah bersama dengan PAS menerusi kepimpinan ulama. Saya sangat yakin, Insya Allah menerusi tahaaluf siyaasi yang merupakan persefahaman bersama antara tiga parti; PAS, PKR dan DAP, kita bakal menumbangkan kerajaan Barisan Nasional yang telah banyak melakukan kezaliman terhadap rakyat, malah tidak yakin dengan penyelesaian al-Quran dan al-Sunnah.
"Umno tak yakin dengan al-Quran dan Sunnah, berbeza dengan PAS yang berpegang teguh dengan al-Quran dan Sunnah. Kerana dasar yang dipegang oleh PAS itulah saya masuk PAS,” ujar beliau lagi.
Malah beliau mengajak seluruh rakyat Malaysia merujuk kepada artikel beliau yang menjelaskan kenapa bersama PAS dalam buku tulisan bertajuk "Perjalananku Sejauh Ini: Sebuah Autobiografi" yang dikeluarkan pada tahun 2006 selepas beliau tidak lagi menjadi ahli Parlimen Sik.
Artikel beliau bertajuk "Penglibatan Ku dalam Jema'ah PAS" dalam buku tersebut, menjelaskan secara terperinci sebab beliau bersama dengan PAS, iaitu menegakkan yang maaruf dan mencegah kemungkaran.
Antaranya beliau menulis: "paling pokok yang mendorongku memilih jemaah PAS ialah kepimpinan para ulamanya yang menjadi dasarnya kerana sudah pasti ulama-ulama ini adalah pewaris para Nabi yang pastinya mempunyai sifat-sifat ulama yang tulen dan 'amil dan bukan ulama-ulama "Suk" yang tak boleh diharapkan”.
Shahnon turut melahirkan kebimbangan terhadap akhbar dan media perdana yang mempergunakan wawancara dengan beliau untuk menggambarkan seolah-olah beliau tidak lagi bersama dengan PAS.
Selain Dr. Khairuddin, ziarah mahabbah tersebut juga diiringi oleh Ustaz Fauzi Yusof, Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Pulau Pinang merangkap Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pulau Pinang.
Friday, October 5, 2012
Muslimat PAS Perak menyokong kempen selamatkan penyu di Pantai Segari, Lumut
Lumut - Atas dasar keprihatinan terhadap alam flora dan fauna Dewan
Muslimat PAS Perak, akan menyertai dan menyokong sepenuhnya kempen henti penyu
menangis yang dianjurkan oleh NGO Sahabat Alam Malaysia (SAM) pada 6 Oktober
2012 di Pantai Segari, Lumut jam 8.00 pagi – 12 tgh. Menurut ketuanya Dr Hjh. Najihatussalehah
Ahmad, kempen ini diharap dapat membuka mata mereka yang bertanggungjawab terhadap projek
yang telah diluluskan oleh kerajaan, iaitu Kilang Besi & Loji Simpanan GAS
LNG di Segari. “ Projek ini bakal mengganggu ketenteraman Pusat Pengurusan
penyu yang terdapat di situ Ianya merupakan salah satu Zon Pelancungan dan
kawasan Sensitif Alam Sekitar yang mana merupakan laluan, pendaratan
& penetasan penyu satu-satunya di Perak. Jelas ia melanggar perancangan fizikal Daerah Manjung sebagai Bandar
Pelancongan & Maritim” ujarnya. Kumpulan Aktivis Sayang ALam (KUASA)
bersama Sahabat Alam Malaysia (SAM) akan mededahkan serta memulakan siri
membantah projek-projek berkenaan.
Penyu yang ada merupakan
satu Khazanah Negeri Perak yang perlu
dijaga untuk generasi akan datang. Rekod dicatatkan hingga bulan Ogos 2012, hanya
38 induk yang mendarat bertelur di mana putara telurnya seekor ialah 100 biji. Bermakna hanya 3800 biji telur yang dapat
digeram pada musim bertelur tahun 2012. 1000 anak penyu yang dilepaskan , hanya
1-3 ekor yang akan dapat mendarat bertelur pada masa 30 tahun waktu mereka
matang. Ini bermakna.3800 telur . Kurang daripada 10 ekor penyu matang
yang akan mendarat bertelur di Pantai Pasir Panjang Segari. Dewan
Muslimat PAS Perak menyeru agar orang ramai menyertai kempen ini menunjukkan
sifat keprihatianan kita terhadap isu ini yang bukan sahaja boleh menggungat
ekosistem penyu tetapi bakal menggugat sumber ekonomi masyarakat disekitar
Pulau Segari. Kita tidak perlulah berjalan jauh untuk melihat penyu di Terengganu,
malah di Perak Pun ada.
DMPN 5/10/2012
Monday, October 1, 2012
Jual aset: PAS Perak tuntut penjelasan Zambry
IPOH: PAS Negeri Perak terkejut dikhabarkan bahawa beberapa aset penting negeri seperti Rumah Perak di Batu Ferringhi, Pulau Pinang telah dijual.
Koordinator Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Negeri, Salman Saleh berkata, PAS ingin mendapatkan kepastian daripada Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir tentang perkara tersebut.
“Adakah benar rumah tersebut telah dijual kepada ‘orang’ Datuk Seri Zambry?,” soal beliau ketika ditemui Harakahdaily di Pejabat PAS Perak, dekat sini.
Menurutnya, persoalan juga timbul jika ianya benar, kenapa Kerajaan Negeri menjual aset Perak itu dan apakah rasionalnya.
“Adakah Kerajaan Negeri Perak pimpinan Datuk Seri Zambry menghadapi masalah kewangan untuk menampung kos pentadbiran negeri sehingga terpaksa menjual rumah tersebut?
“Mungkinkah kerana Kerajaan Negeri Pulau Pinang kini dikuasai oleh Pakatan Rakyat? ,” soal beliau.
Beliau yang juga Setiausaha Pemuda PAS Negeri menyoal, adakah kerajaan negeri sudah membeli rumah yang baru bagi menggantikan rumah yang telah dijual itu.
Mengulas lanjut, beliau berkata, persoalan-persoalan ini menuntut penjelasan segera dari Zambry kerana ianya melibatkan maruah dan integriti kepimpinan kerajaan negeri.
Katanya, PAS Perak juga mahu penjelasan siapakah pembeli rumah tersebut dan apakah hubungannya dengan Zambry jika ianya telah dijual.
“Mengapakah tindakan untuk menjual Rumah Perak tersebut diambil dan apakah faktor sehingga memaksa penjualan rumah tersebut yang boleh dianggap amat bernilai dan berstrategik di Pulau Pinang," katanya.
sumber : harakah daily
Subscribe to:
Posts (Atom)