Wednesday, July 11, 2012

SEKRETARIAT WANITA PAKATAN RAKYAT : PROGRAM MESRA RAKYAT

Sekretariat Wanita Pakatan Rakyat Perak mengorak langkah menghadapi PRU13 dengan mengadakan program-program mesra rakyat di mana ia merangkumi aktiviti-aktiviti seperti ceramah kelompok, lawatan rumah ke rumah dan juga aktiviti prihatin dengan menghulurkan sumbangan barangan keperluan harian bagi warga emas dan yang memerlukan.

Program ini diadakan di peringkat Negeri di DUN dan Parlimen Negeri Perak untuk membantu gerak kerja menghadapi PRU 13 yang akan diadakan tak lama lagi.

Program Mesra Rakyat telah diadakan pada 28hb Jun 2012 di Taman Perpaduan, Dun Hulu Kinta. Wanita Pakatan yang terdiri daripada Wanita Keadilan, Wanita DAP dan Muslimat PAS telah turun kelapangan berjumpa dengan penduduk tempatan.

Aktiviti lawatan rumah ke rumah, bertemu penduduk sekitar Taman Perpaduan ini telah diberikan sambutan yang sangat baik oleh penduduk-penduduk tempatan. Mereka menerima penjelasan dan bahan bacaan mengenai isu-isu semasa tempatan dan nasional yang kami berikan.

Pada 10hb Julai 2012 pula, Sekretariat Wanita Pakatan Rakyat telah menjelajahi kawasan tempatan DUN Bota dan DUN Belanja, Parlimen Parit.

Di samping mengunjungi penduduk tempatan, Sekretariat Wanita Pakatan Rakyat juga memberi sumbangan kepada warga emas dan yang juga keluarga yang dikenalpasti sebagai miskin yang memerlukan bantuan. Sumbangan yang diberikan adalah merupakan barangan keperluan harian.

Sekretariat Wanita Pakatan Rakyat sangat prihatin dengan keadaan rakyat yang memerlukan perhatian dan bantuan kerana kesempitan hidup dengan pendapatan kecil dengan kenaikan harga barang keperluan harian.

Sekretariat Wanita Pakatan Rakyat Perak akan meneruskan program sebegini, kerana dengan cara ini mewujudkan kesempatan untuk bertemu langsung dengan rakyat dan mendengar masalah yang mereka hadapi, selain daripada menjalinkan tali silaturrahim dengan penduduk setempat.

Di kala ini, Sekretariat Wanita Pakatan Rakyat Perak mengucapkan terima kasih kepada semua wanita dan pimpinan parti dari kawasan-kawasan ini yang membantu menjayakan aktiviti-aktiviti program mesra rakyat ini.

Wanita Pakatan Rakyat Perak akan meneruskan gerakkerja ini Demi Rakyat.

No comments:

Post a Comment