Saturday, May 8, 2010

MUKTAMAR DEWAN MUSLIMAT PAS PERAK KE 47

Banner muktamar ,mengalu-alukanpada kehadiran para tetamu,perwakilan dan pemerhati diseluruh negeri perak pada tahun ini.


Ucap Utama dari Ketua Dewan Muslimat Pas Perak,Ustazah Hajah Bariah bt Alang Sapri dengan tajuk 'Memimpin Perjuangan Yakini Janji Allah'

Alunan Wahyu dari adik comel ini,Adik Amirah Hj Alias.

Ucapan Pesuruhjaya PAS Perak,Al Fadhil Ustaz Abu Bakar Hussain,mengharapkan muslimat Perak mencontohi perjuangan Asma' Abu Bakar seorang wanita muda yang berani.Muslimat mesti memiliki kreativiti,kemahiran,kekuatan mental dan fizikal .Muslimah baru mesti dilatih ,digarap dan dibina dalam meneruskan perjuangan ini.

Ucapan Perasmian YB Senator Hajah Mumtaz Md Nawi,mengharapkan muslimat Perak membuat persiapan dari segala segi terutama suara dan minda,menjaga Allah iaitu aqidah,hidupkan Allah dihati.Personaliti mesti meyakinkan,cara dengan masyarakat,berdoa kepada Allah dan yang penting 4 tips penting SENYUM,SALAM,SENTUH DAN SAYANG.

Pemerhati dari DMP Pusat Puan Mariam menerima cenderahati dari Ketua Muslimat Perak.

Ketua Muslimat Tambun,Puan Zuhairah menerima cenderahati penghargaan iaitu cawangan muslimat yang terbanyak dan mempunyai AJK cawangan yang penuh.

Datin Seri Fatimah Taat ,penaung Sekretariat Wanita Pakatan Rakyat menerima cenderahati .

Ustaz Abu Bakar menerima cenderhati dari Ustazah Bariah.

Antara pemerhati2 yang datang untuk mendengar dan melihat perjalanan muktamar.

Barisan kepimpinan DMP Perak bersama para tetamu khas di atas pentas utama.
Pentas dihias cantik dengan rona batik dan warna kebanggaan hijau,serta para AJK bertudung putih serta blazer hijau tua,yang menyerlahkan lagi suasana muktamar.
Para perwakilan yang memenuhi ruang dewan untuk mendengar amanat2 dari pimpinan negeri dan Pusat.

Tetamu jemputan dari PKR dan dari JIM turut bersama dalam acara perasmian muktamar.



Diharapkan gambar2 yang disiarkan diatas dapat menaikkan lagi semangat perjuangan muslimat,khususnya muslimat Perak,dan semoga kita dapat terus beristiqamah dan beriltizam untuk merampas kembali negeri yang kita cintai ini dari perampas2 yang gila kuasa dan biadap itu.

Saya mohon maaf diatas kelewatan untuk menyiarkan gambar2 ini disebabkan beberapa masalah yang diluar kawalan.Gangguan internet yang hampir seminggu lebih ini amat menggangu kerja2 saya untuk posting gambar2 muktamar.

Jika berkesempatan lagi saya akan menyiarkan gambar2 yang telah diambil minggu lepas,sebarang kesulitan dan kelewatan,sekali lagi saya mohon maaf.

No comments:

Post a Comment