Tuesday, December 15, 2009

PROGRAM TAUTAN UKHWAH


Assalamualaikum wrt.wbt.

Lajnah Tarbiyyah Dan Kepimpinan Dewan Muslimat PAS Negeri Perak telah berjaya menganjurkan Program Tautan Ukhwah pada 1&2 Disember 2009 bertempat di Bukit MerahLake Town. Program yang dihadiri oleh barisan kepimpinan Dewan Muslimat PAS Negeri dan AJK Lajnah Tarbiyyah DMPN telah diisi dengan berbagai2 pengisian seperti majlis taaruf, solat berjamaah, qiamullail, kuliah maghrib dan subuh, dan senamrobik. Diakhir program Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Hussin telah sudi meluangkan masa untuk memberi suntikan semangat serta mendengar permasalahan muslimat.


Ustazah Bariah memberikan kuliah subuh

Pandang apa tu kak mizan???




Senamrobik lepas kuliah subuh..semuanya bersemangat

tak taulah siapa yang tersalah langkah ni....?

Tunduk tunduk..geleng geleng....

Guru senamrobik...kak erry....

Kak Maheran mesti dah mati langkah tu....


pegang tangan...buat bulatan...

Ustaz Abu Bakar menyempurnakan majlis penutup
Tautan Ukhwah dengan memberi suntikan semangat
buat kepimpinan muslimat.


Sekian.Wassalam

No comments:

Post a Comment