Wednesday, November 30, 2011
Kenyataan Media Tuan Ibrahim: RUU Himpunan Aman, Ikutilah Saranan Umar bin Abdul Aziz
PAS mengingatkan kerajaan Umno-BN bahawa transformasi yang dicanang oleh PM mestilah ke arah lebih baik, bukan undur ke belakang. Jangan sesekali cuba memperkenalkan transformasi palsu yang berlindung di sebalik akta atau rang undang-undang (RUU) bagi menghalalkan tindakan zalim pemerintah.
PAS menegaskan pendirian bahawa RUU Himpunan Aman (RUUHA) 2011 mesti ditarik balik kerana mempunyai kecacatan melampau dan ianya tidak langsung memberi gambaran “aman” sebagaimana dicanangkan.
Rakyat melihat RUU ini adalah gambaran kecelaruan dan kebimbangan parti Umno-BN yang kini berhadapan dengan kebangkitan rakyat. Apakah Umno tidak belajar daripada pelbagai akta zalim yang dilaksanakan di Timur Tengah sehingga menyebabkan kemarahan rakyat? Bahkan, mereka bangkit bukan sahaja medesak undang-undang dipinda tetapi menumbang terus kerajaan yang zalim itu.
RUUHA merupakan kebimbangan pemerintah terhadap keputusan yang akan dibuat oleh rakyat dalam PRU13 akan datang, bagi membolehkan kerajaan bertindak menangkap dan menghukum sesiapa sahaja yang berhimpun menunjuk perasaan tidak puashati terhadap tindakan kerajaan.
Rakyat umum perlu disedarkan tentang implikasi RUUHA ini, kerana seandainya ia diluluskan, maka rakyat sudah pasti hampir tidak boleh langsung berhimpun bagi meluahkan bantahan terhadap sebarang isu-isu yang tidak berpihak pada kerajaan Umno-BN walaupun ia jelas menindas mereka.
Ingatlah, kemarahan rakyat tidak akan dapat disekat dengan undang-undang. Ambillah pengajaran daripada sepucuk surat yang dihantar oleh Saidina Umar bin Abdul Aziz tatkala beliau menerima permohonan peruntukan kewangan bagi membuat benteng untuk menyekat sekumpulan golongan pemberontak.
Kata Umar bin Abdul Aziz: "Bentenglah kemarahan rakyat kamu dengan keadilanmu, payungi rakyatmu dengan kasih sayangmu, kerana itu lebih baik dari kamu membina benteng besi menyekat kemarahan rakyatmu.”
Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat
Friday, November 25, 2011
SALAM TAKZIAH
Kereta berpusing-pusing
am@hmetro.com.my
TUTUP...mayat mangsa di tempat kejadian, semalam. Gambar kecil, Samsudin, maut.
REMUK...treler yang terbabit kemalangan, semalam.
KAMPUNG GAJAH: “Arwah ayah gemar membawa cucu bersiar-siar terutama ketika cuti sekolah. Tak sangka kali ini yang terakhir buat mereka,” kata Mohd Tarmizi, 26, anak pasangan warga emas, Samsudin Itam, 65, dan Daimah Lun, 52, yang maut dalam kemalangan ngeri, petang semalam.
Tragedi itu turut meragut nyawa cucu pasangan warga emas berkenaan, Qurratul Ayuni Mohd Halimi, 6, apabila Proton Saga dinaiki bersama tiga yang lain bertembung sebuah treler ketika dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Pulau Tiga, Padang Gertak di sini, jam 4 petang.
Dalam kejadian itu, kereta dipandu Samsudin hilang kawalan ketika melalui satu selekoh sebelum bertembung treler tanpa muatan di laluan bertentangan menyebabkan kereta mangsa berpusing beberapa kali.
Kejadian turut mencederakan anak pasangan warga emas itu, Nurul Ayuni, 14, dan dua lagi cucu mereka, Mohammad Danial Halimi, 5, dan Nurul Izzati Mohd Rudy, 3. Mohd Tarmizi ketika ditemui di perkarangan Bilik Forensik, Hospital Changkat Melintang (HCM), di sini, semalam, berkata, arwah bapanya memaklumkan pergi ke Sungai Manik untuk mengambil Nurul Ayuni di Sekolah Menengah Agama Maahad Al-Islah, Sungai Lampam.
Menurutnya, arwah bapa dan ibunya membawa bersama tiga cucu mereka bagi mengambil Nurul Ayuni di sekolah berkenaan.
“Mereka keluar rumah jam 2.45 petang sebelum kami sekeluarga dikejutkan dengan nahas itu jam 4.30 petang.
“Kami tidak menyangka jarak nahas dengan rumah hanya beberapa kilometer. Sebaik tiba di tempat kejadian, saya rebah apabila melihat arwah ayah dan ibu kaku tidak bernyawa di tempat duduk depan kereta,” katanya.
Sementara itu, ibu arwah Qurratul Ayuni, Jawiriah, 31, berkata dia terkilan kerana anak sulungnya itu tidak sempat menjamah kuih pau yang dipesan.
Menurutnya, dia tiada di rumah sejak pagi kerana menjaga kakaknya yang menunggu masa bersalin di HCM.
“Saya sudah berpesan kepada kedua-dua anak, Qurratul Ayuni dan Mohd Danial supaya tinggal di rumah dan jangan keluar ke mana-mana sementara menunggu saya pulang dari hospital.
“Namun, mereka keluar rumah kerana mengikut arwah ayah dan ibu mengambil adik saya, Nurul Ayuni yang selesai menghadapi peperiksaan akhir tahun di sekolahnya,” katanya ketika ditemui di perkarangan HCM.
Jawiriah yang menetap di Pandan Perdana, Kuala Lumpur berkata, dia bersama dua anaknya itu pulang ke kampung sempena cuti sekolah bermula minggu lalu.
“Saya tidak menyangka percutian kami anak-beranak berakhir tragedi kerana anak perempuan saya yang keletah dan cerdik sudah meninggal dunia, manakala adiknya, Mohd Danial patah tulang bahu.
“Saya bersyukur kerana Mohd Danial terselamat dalam kejadian itu, namun reda dengan pemergian arwah Qurratul Ayuni,” katanya
MAKAN MALAM DAN PENTAS WANITA


Thursday, November 24, 2011
PAS Perak tubuh Bilik Gerakan Banjir
PAS Perak tubuh Bilik Gerakan Banjir | | Print | |
|
IPOH, 24 Nov: Badan Perhubungan PAS Negeri Perak mengambil perhatian serius mengenai ramalan kaji cuaca yang menjangkakan berlaku hujan lebat berterusan yang akan mengakibatkan banjir di sebelah Utara Perak pada pertengahan atau akhir bulan November ini. Ketua penerangannya, Ahmad Nuri Al-Amin berkata, langkah pertama yang telah diputuskan oleh pimpinan parti ialah menubuhkan satu Bilik Gerakan Banjir di peringkat negeri dan PAS kawasan yang terbabit di bawah pemantauan dan seliaan, Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Mohd Misbahul Munir Masduki. Menurutnya, PAS Perak juga telah menyusun beberapa langkah persediaan awal bagi menghadapi suasana banjir di Utara Perak pada kali ini termasuk persediaan keselamatan. Malah, ujarnya PAS negeri yang memperjuangkan konsep Negara Berkebajikan juga akan menawarkan bantuan yang sesuai seperti membersihkan rumah selepas banjir surut kelak. Bagi persediaan itu juga, katanya Jabatan Amal Negeri Perak yang dikendalikan oleh Dewan Pemuda PAS negeri akan menyiapkan anggota mereka membentuk satu pasukan bantuan banjir bagi menghadapi sebarang kemungkinan musibah banjir kali ini. “Kami juga mengalu-alukan bantu orang ramai dalam semua aspek keperluan bagi membantu mangsa banjir kelak dan berharap persediaan awal ini nanti akan melicinkan gerak kerja bantuan yang akan disalurkan kelak. “Kami juga mendoakan agar Allah SWT dapat melindungi kita dari segala malapetaka dan memberi kita kekuatan untuk bersabar dalam menghadapi segala ujian-Nya,” ujarnya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini. Untuk sebarang pertanyaan, maklumat dan sumbangan, bolehlah menghubungi talian 05-3136377. |
Thursday, November 10, 2011
Royalti: Harap PM terbuka hati lepas tunai haji
|
|
Tuesday, November 1, 2011
PALESTIN DI HATIKU BERSAMA MUSLIMAT HAMAS DI PERAK
Oleh: Yasmin Amran

Bagan Serai, 30 Okt: Kunjungan wakil Muslimat Hamas dari Palestin ke Majlis Sambutan 60 Tahun PAS Peringkat Negeri Perak di Masjid Tinggi membuka lembaran baru buat Dewan Muslimat PAS Perak. Pertemuan dalam menjalinkan usahasama antara dua parti politik dari negara yang berbeza membuahkan natijah yang positif ketika membincangkan pergerakan Parti Hamas yang telah berjaya meraih sokongan padu dari rakyat di negara Palestin.
Dalam program sambutan tersebut, wakil Muslimat Hamas iaitu Nura Abu Musa selaku Pengerusi Pertubuhan Pembelaan Wanita dan Kanak-kanak di bawah NGO Hamas yang ditemani oleh sahabatnya, Tahrir telah dijemput menjadi panel dalam slot “Palestin di Hatiku”. Hadir sama, Dr Najihahtussalehah Ahmad selaku Ketua Dewan Muslimat PAS Perak turut dijemput menjadi panel pada hari itu.
Forum yang dianjurkan telah memberi gambaran betapa perit dan tertekannya rakyat Palestin yang ditindas oleh Rejim Zionis sehingga bekalan utama seperti elektrik dan air disekat. Jelas kelihatan di mata muslimat Hamas berkaca-kaca menakung air mata yang tertahan tapi masih mengukir senyuman. Mereka memohon kepada semua umat Islam mendoakan keselamatan negara Palestin di mana semua umat Islam wajib bangun dan membebaskan tanah Palestin walau dengan apa cara sekalipun dari Regim Zionis laknatullah. Harapan beliau itu menimbulkan rasa kesedaran terhadap tanggungjawab membebaskan Baitul Maqdis bukan tergalas di bahu rakyat Palestin sahaja malahan seluruh umat Islam.
Tenang melihat kelibat muslimat Hamas yang tidak pernah letih melaksanakan tugas dan ternyata mereka amat rindukan syahid memberikan semangat buat pengunjung yang hadir mendengar perkongsian dari mereka.
Walaupun tidak banyak dihuraikan, namun masa yang diberi memberi kepuasan buat kami di Perak dalam mendapatkan input dari segi pergerakan pertubuhan mereka. Di akhir perbualan, beliau mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga atas jemputan yang diberi. Di samping itu, kami juga telah memberikan sumbangan duit buat rakyat Palestin hasil dari kutipan pengunjung yang hadir. Sebelum beredar, kami memberikan cenderahati buat mereka sebagai kenang- kenangan.