Justeru itu, katanya PAS menggesa masyarakat agar mengambil langkah-langkah bagi melaksanakan perintah amar maaruf dan nahi mungkar dengan sebaiknya dan menggesa rakyat, khususnya umat Islam menunaikan amanah dengan memilih kerajaan yang jujur dalam menegakkan kesejahteraan dan keadilan rakyat. “Perlu diingatkan bahawa undang-undang Islam dan feqah Islam mampu bagi menangani isu-isu sebegini,” ujarnya yang juga Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat dalam satu kenyataan hari ini. Beliau juga mempersoalkan di mana kejujuran mereka yang memimpin negara dan ulama dalam kerajaan yang mengabaikan keperluan menyelesaikan masalah secara Islam. Abu Bakar menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang mahu menubuhkan sekolah untuk pelajar hamil. “Kenyataan ini menunjukkan betapa sangat seriusnya isu pelajar perempuan mengandung disebabkan perzinaan dan pengguguran bayi berlaku secara berleluasa di negara ini,” katanya. Mengulas lanjut, beliau menambah, jarang berlaku pertembungan kenyataan di antara menteri atau timbalan di peringkat pusat dengan menteri besar atau ketua menteri. “Tetapi dalam kes ini, Ketua Menteri Melaka bertegas untuk menubuhkan sekolah khas walaupun disanggah oleh Timbalan Menteri Pelajaran,” katanya. Menurutnya lagi, adalah amat malang bagi umat Islam apabila berhadapan dengan isu pembuangan bayi dan mengandung kerana perzinaan tidak ditangani sewajarnya berdasarkan sebab-sebab asal berlakunya masalah ini; seperti pergaulan bebas, hiburan liar dan wujudnya pusat-pusat maksiat di segenap pelusuk negara. Beliau menambah, alangkah baiknya jika langkah-langkah pencegahan dilakukan di samping langkah pemulihan dilakukan. |
Wednesday, July 28, 2010
HAMIL:DIMANA KEJUJURAN PEMIMPIM,ULAMA KERAJAAN
BENARKAN SEMUA PEGAWAI KERAJAAN BERPOLITIK.
KUALA LUMPUR, 28 Julai: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) berpandangan sepatutnya semua pegawai kerajaan dibenarkan aktif berpolitik tanpa kawalan yang ketat.
Justeru, ketua penerangannya, Fadhil Osman berpendapat kebenaran kerajaan terhadap pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 untuk terlibat politik adalah permulaan yang baik namun ia belum memadai.
Katanya, kenyataan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan semalam bahawa kerajaan membenarkan pegawai siswazah untuk aktif dalam politik sebenarnya adalah tindakan yang agak lambat bagi sebuah negara membangun seperti Malaysia.
Sepatutnya, kata beliau pegawai kerajaan telah lama diberi kebenaran untuk aktif berpolitik dan memegang mana-mana jawatan politik sebagaimana yang diamalkan oleh negara-negara maju.
“Hak mengundi dan memilih parti politik mana yang mereka sukai adalah hak individu sejak mereka berusia 21 tahun. Ini adalah hak rakyat Malaysia yang kerajaan tidak boleh nafikan,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily
Beliau menambah, berpolitik bukanlah suatu jenayah dan ia tidak menyekat keharmonian dan perpaduan kaum di Malaysia.
Menurutnya, menyertai parti-parti politik adalah amalan biasa bagi negara yang mengamalkan demokrasi sihat seperti Malaysia.
Baginya, berpolitik boleh menyuburkan sifat kepemimpinan, sensitif serta peka terhadap isu dan meningkatkan semangat berorganisasi dikalangan pekerja-pekerja.
“Menyertai parti politik tidak akan menjejaskan prestasi kerja dan menimbulkan sikap ekstrem terhadap masyarakat Malaysia,” ujarnya lagi.
Katanya, DPPWP merasakan tindakan untuk meminta kebenaran bertulis daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran terlebih dahulu adalah suatu tindakan yang tidak wajar.
“Kebenaran ini seolah-olah menyukarkan pegawai kerajaan kerana harus melalui pelbagai peringkat birokrasi,” katanya.
Beliau mempersoalkan bagaimana sekiranya surat permohonan kebenaran pegawai-pegawai kerajaan untuk berpolitik tidak diluluskan.
“Apakah jaminan kerajaan sekiranya permohonan ini ramainya yang datang dari pegawai yang menyokong Pakatan Rakyat?” soalnya.
Justeru, katanya kerajaan tidak perlu meletakkan apa-apa prasyarat pegawai kerajaan menyertai parti politik.
Tambahnya, tindakan boleh diambil sekiranya pegawai tersebut mengabaikan tugasnya namun bukan menyekat rakyat dari menyertai mana-mana parti politik.
Thursday, July 22, 2010
DEMAM PANAS UMNO MAKIN TERUK
Drs. Khalil Idham Lim |
Kenyataan Ketua Dewan pemuda PAS Pusat, Ust. Nasrudin Hassan yang telah diputar belit oleh media pro Umno terus mendapat ulasan yang bukan-bukan dari pemimpin Umno. Ulasan yang disifatkan jauh dari kenyataan sebenar bila kononnya dilaporkan Ust Nasrudin dikatakan mengeluarkan kenyataan Umno dan PAS perlu segera menamatkan persengketaan melalui satu pelan damai |
Wednesday, July 21, 2010
Perpaduan: Jangan terperangkap politik murahan Umno
KUALA LUMPUR, 21 Julai: PAS menyeru seluruh umat Islam dan orang Melayu supaya tidak terperangkap dengan agenda politik murahan Umno yang memukul gendang perpaduan. “Inilah agenda Umno pada setiap kali sesak nafas mereka akan meminta 'oksigen' dari PAS,” ujar Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
Katanya, kenyataan mufti itu menambahkan lagi keyakinan bahawa PAS mengambil tempat Umno dan memberi harapan baru kepada umat Islam dan bangsa Melayu. Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menegaskan bahawa tanpa Umno umat Islam dan bangsa Melayu mampu berdiri megah dan gagah untuk muncul dengan kuasa baru politik bersama semua kaum di bawah payung Pakatan Rakyat. “PAS menyeru seluruh umat Islam dan orang Melayu untuk bersama menyertai PAS bagi memikul tugas baru untuk meletakkan kembali Melayu dan Bumiputera pada landasan yang betul dan membangunkan Malaysia bersama semua kaum sebagai warganegara Malaysia yang bertanggungjawab,” ujarnya. Beliau sekali lagi menegaskan bahawa PAS tidak akan bekerjasama dengan Umno yang menjadi sekutu zionis Yahudi. Menurutnya, Umno secara jelas melalui pemimpin utamanya yang menguasai Kerajaan Malaysia telah melantik syarikat perunding APCO Worldwide yang merupakan proksi kepada gerakan zionis antarabangsa yang menjaga kepentingan politik Israel dan Amerika sebagai penasihat Kerajaan Umno Barisan Nasional (BN). “Perbuatan ini satu pengkhianatan kepada perjuangan umat Islam dan rakyat Palestin,” tegasnya. Katanya lagi, Kerajaan Umno BN juga menjalinkan hubungan perdagangan secara rahsia dengan negara haram Israel dan membantu memperkukuhkan ekonomi rejim zionis Israel. Ini, ujarnya dibuktikan dengan berlabuhnya kapal dagang milik Israel di Pelabuhan Klang baru-baru ini serta keputusan kabinet yang membenarkan hubungan dagang dengan Israel dibuat secara rahsia. PAS, tegasnya sekali-kali tidak akan mengkhianati perjuangan umat Islam dan rakyat Palestin. Beliau menambah, PAS kesal dengan tindakan kerajaan Umno BN yang menikam dari belakang ke atas umat Islam dan rakyat Palestin. Baginya, bantuan dihulur untuk rakyat Palestin tetapi dalam masa yang sama membantu pengukuhan ekonomi negara haram Israel. “PAS akan terus memperkukuhkan hubungan dan kerjasama dalam Pakatan Rakyat bagi membina Malaysia baru dan terus melindungi Islam dan apa sahaja yang berkaitan dengan Melayu dan Bumiputera yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan, di samping menjamin hak semua kaum turut dilindungi dengan menjadikan prinsip keadilan sebagai teras pembangunan sesuai dengan Islam sebagai agama pembawa rahmat seluruh alam,” katanya. |
Tuesday, July 6, 2010
KDN juga perlu faham peranan Harakah
KUALA LUMPUR, 6 Julai: Pemangku Ketua Pengarang Harakah, Taufek Yahya menafikan beliau pernah menyatakan bahawa Harakah akan mematuhi apa sahaja perkara yang terkandung dalam akta penerbitan seperti dilapor laman web Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini. Sebaliknya kata beliau, dalam pertemuan dengan KDN semalam, beliau hanya memberitahu menghormati fungsi KDN dan meminta KDN juga menghormati peranan Harakah sebagai salah satu suara alternatif. "Saya cuma kata kami menghormati peranan KDN sebagai agensi kerajaan, dalam masa yang sama saya juga minta KDN faham peranan Harakah sebagai akhbar oposisi dan juga penyalur suara alternatif," katanya ketika dihubungi. Menjelas lanjut Taufek berkata, pertemuan hampir setengah jam di pejabat KDN semalam lebih tertumpu kepada penghantaran 8 naskhah Harakah ke kementerian itu sebaik selesai dicetak dan sebelum diedarkan. KDN juga katanya bersedia mengambil sendiri naskhah berkenaan di pejabat Harakah. Selain isu 8 naskhah tersebut, KDN juga katanya meminta pihak Harakah lebih "berhati-hati" dalam melaporkan isu yang diklasifikasikan sebagai sensitif seperti isu judi bola, isu Felda dan Jemaah Islamiah (JI). Bagaimanapun katanya, terserah kepada Harakah menetukan batas laporan tersebut. "Saya juga minta KDN benar-benar memisahkan antara perkara berkaitan keselamatan negara dengan hal keselamatan parti pemerintah. "Kita tidak mahu isu-isu yang kita bagkitkan berhubung keselamatan Umno BN dianggap sebagai menjejaskan keselamatan negara," katanya lagi. "Sama juga akhbar arus perdana yang memburukkan Pakatan Rakyat, kanapa tidak diklasifikasikan sebagai mengancam keselamatan negara?" soalnya. Pertemuan semalam dipengerusikan Pemangku Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN, Datuk Abd. Rahim Mohd Radzi. Turut hadir ialah Datuk Zaitun Ab Samad, Setiausaha Bahagian, Bahagian Penerbitan dan Teks Al Quran. Taufek turut memberitahu, KDN ada memaklumkan bahawa pertemuan semalam bukan untuk berdebat, tetapi untuk saling faham memahami dan sekadar berbincang perkara berkaitan penerbitan Harakah. Pertemuan itu juga katanya tidak menyentuh soal permit penerbitan akhbar tersebut. |