Wednesday, June 29, 2011

Sewa rumah PM, TPM RM18,000 sehari


Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 28 Jun: Jika dibahagikan, secara mudahnya kos sewa bagi kediaman rasmi perdana menteri dan timbalannya lebih RM18,000 untuk sehari.

Kos baik pulih pula mencecah RM60,000 sebulan, bil elektrik RM5,704 sehari dan bil air RM1,092 sehari.

"Dari satu sudut, rakyat disuruh berjimat, agensi kerajaan disuruh berjimat, tiba-tiba untuk dua pemimpin negara ini, wang rakyat diguna sebanyak itu", kata Siti Zailah Mohd Yusof (PAS-Rantau Panjang) pada sidang media di Parlimen hari ini.

Turut serta pada sidang media itu, Dr Siti Mariah Mahmood (PAS-Kota Raja) dan Anthony Loke (DAP-Rasah).

Beliau yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS sebelum ini menanyakan kepada kerajaan berhubung jumlah pembiayaan kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri setiap tahun bermula tahun 2006 hingga 2010.

Dalam jawapan bertulis semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz menjelaskan kerajaan membelanjakan RM48,789,115.03 setahun untuk membiayai kos kediaman rasmi kedua-dua pemimpin negara itu.

Dalam perincian jawapan yang diberikan itu, Nazri menjelaskan kos sewa untuk dua kediaman rasmi itu adalah berjumlah RM32,972,115.55, kos baik pulih RM3,581,744.78, bil elektrik RM10,267,868.15 dan bil air RM1,967,386.55 untuk satu tahun.

Untuk rekod, kedua-dua rumah kediaman rasmi itu adalah disewa oleh kerajaan daripada Perbadanan Putrajaya.

"Rumah bernilai berjuta-juta, kita tak tahu apa yang dibaik pulih setiap bulan," katanya lagi sambil mendakwa ia satu pemborosan melampau.

Tak rasa kesusahan rakyat

Anthony Loke dalam pada itu berkata, tidak hairanlah jika pemimpin negara ini memotong subsidi rakyat dengan menaikkan harga barangan seperti gula dan petrol.

Ia kerana, pemimpin negara tidak pernah merasai kesusahan rakyat kerana tenggelam dalam kehidupan mewah dan boros mereka.

"Saya tinggal dengan ibu bapa saya di rumah, maksimum bil elektrik saya RM150 sebulan. Bil setahun elektrik rumah rasmi PM dan TPM boleh bayar boleh bayar untuk 100 tahun bil elektrik saya.

"Kalau bil air, di Selangor subsidi 20 meter padu iaitu RM11, cukup untuk dua orang guna satu bulan.

"Kalau RM32,789 sebulan di kediaman rasmi PM dan TPM, bermakna ia diguna lebih kurang 5961 orang.

"Ini satu angka yang memeranjatkan," katanya.(HARAKAH DAILY)

------------------------------------------------------------------------------------------------

Bayangkan kemewahan dan pembaziran melampau yang dilakukan oleh PM dan TPM...

Ayuh rakyat...sedarlah penipuan yang mereka lalukan...rakyat diseru berjimat cermat,sedang mereka hidup dengan kemewahan terlampau...dan rakyat kena sedar, semua sewa dan bayaran bil bukanlah dibayar dari gaji mereka...tapi semuanya ditanggung dengan wang rakyat...bukan seperti kita, dari gaji yang sedikit itulah yang hendak dibayar segala-galanya..........


LAWATAN KE KELANTAN


Sempena KelCheff di Bazar Tok Guru, Dewan Muslimat PAS Negeri Perak akan menganjurkan lawatan ke Kelantan pada 22 - 24 Julai 2011 ini. Tambang RM 85.00 sahaja.

Kepada sesiapa yang berminat, sila hubungi Puan Salmah Abdul Latif di talian 013 2727126.

Tempat terhad

Tuesday, June 28, 2011

BLOG KUNING


SEBAGAI MENYATAKAN SOKONGAN PADU DEWAN MUSLIMAT PAS NEGERI PERAK TERHADAP PROGRAM BERSIH PADA 9 JULAI 2011 INI
MAKA BLOG DEWAN MUSLIMAT PAS NEGERI PERAK
AKAN BERWARNA KUNING SEHINGGA TARIKH BERKENAAN.


MUSLIMAT PERAK :

JOM RAMAI-RAMAI PAKAT PI BERSIH...


Friday, June 24, 2011



AHLI DEWAN MUSLIMAT PAS NEGERI PERAK

DIMINTA UNTUK TURUT HADIR KE DEMO

MEMBANTAH UTUSAN MALAYSIA

YANG AKAN DIADAKAN DIMASJID NEGERI IPOH

SELEPAS SOLAT JUMAAT HARI INI (24/6/11)


AYUH...

NYATAKAN KECINTAAN ANDA KEPADA ISLAM...


Monday, June 20, 2011

Kenyataan Media : Himpunan Bersih 2 Dewan Muslimat PAS Negeri Perak

Seluruh ahli muslimat Pas negeri Perak digesa untuk menyahut seruan untuk berhimpun secara aman di Kuala Lumpur pada 9 Julai 2011.Himpunan yang dikenali sebagai Bersiadalah anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil kearah menuntut pihak SPR mengadakan satu pilihanraya yang lebih adil dan telus pada PilihanRaya Umum yang ke 13 . Bersih 2 dianjurkan bagi menuntut lapan tuntutan, iaitu membersihkan senarai daftar pengundi , mereformasikan undi pos, penggunaan dakwat kekal, akses media bebas dan adil, tempoh minimum 21 hari berkempen, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.Pada himpunan Bersih yang pernah diadakan sebelumPRU 12 iaitu pada 10 November 2007 yang lalu, rakyat Malaysia telah sama-sama meledakkan kebangkitan bagi menuntut sebuah demokrasi yang bersih dalam satu himpunan yang berjaya menghimpunlan hampir 100,000 rakyat Malaysia dari pelbagai latarbelakang. Jika selama in kerajaan Umno-BN melaungkan slogan “rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”, maka sewajarnyalah tidak menghalang himpunan aman “Bersih” ini,kerana himpunan ini adalah himpunan rakyat yang prihatin terhadap kepincangan pentadbiran negara khususnya dalam sistem PilihanRaya. Pihak pemerintah khusunya Kementerian Dalam Negeri sewajarnya mengarahkan anggota keselamatan menjaga keamanan serta mengawal lalulintas bagi memastikan himpunan ini diadakan dalam keadaan yang terkawal tanpa provokasi mana-mana pihak.Kuasa polis untuk mengawalselia sebarang himpunan,atau perjumpaan serta perarakan sangat jelas dinyatakan dalam perkara 27,akta Polis,maka sewajarnyalah rakyat atau orang ramai diberikan kebebasan untuk bersuara bagi menuntut sebuah Pilihan Raya yang lebih adil dan telus. PilihanRaya yang diadakan 4 atau 5 tahun sekali adalah penting bagi rakyat Malaysia kerana daripada keputusan pilihan raya umum atau negeri itulah yang bakal menyaksikan corak pemerintahan yang akan dirasai oleh rakyat Malaysia samada memberi kesejahteraan atau membebankan rakyat Malaysia. Dengan ini, Dewan Muslimat PAS Negeri Perak memandang perkara ini sangat penting dan perlu diperjuangkan untuk menyedarkan pihak-pihak berwajib tentang tanggungjawab dan amanah mereka serta untuk meneruskan kelangsungan perjuangan menegakkan negara berkebajikan di bumi Malaysia di bawah Pakatan Rakyat.


Dr Najihatussalehah bt Ahmad

Ketua Dewan Muslimat Pas Negeri Perak.

Wednesday, June 15, 2011

Bersih 2.0: Polis patut kerjasama, bukan tangkap


Aziz Muda
KUALA LUMPUR, 15 Jun: Pakatan Rakyat amat kesal dengan tindakan pihak polis yang akan melakukan tangkapan awal atau tangkapan pencegahan terhadap penganjur Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini, memandangkan ia jelas merupakan salahguna kuasa yang dilakukan oleh pihak polis di negara ini.

Tindakan seperti itu tidak sepatutnya dilakukan oleh pihak polis kerana tangkapan yang dilakukan itu bukan sekadar bercanggah dengan amalan demokrasi, tetapi juga melakukan tangkapan terhadap orang yang belum terbukti bersalah.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, Himpunan Bersih 2.0 diadakan atas tujuan yang murni bagi mendesak kerajaan melaksanakan pilihan raya yang bersih dan adil di negara ini.

Menurut beliau, pihak polis perlu faham perkara itu dan sepatutnya memberikan kerjasama yang baik kepada pihak penganjur, bukannya dengan menangkap individu yang belum terbukti bersalah bagi menghalang perhimpunan itu.

Katanya, sekiranya tindakan itu dilakukan, rakyat pasti akan menjadi lebih marah kepada kerajaan dan ia dibimbangi akan mencetuskan suasana lebih buruk di tanah air.

"Himpunan itu akan diadakan atas tuntutan rakyat. Kita nak mendesak kerajaan melaksanakan pilihanraya yang bersih dan adil. Kenapa pula polis nak melakukan tangkapan awal? Itu salah dari segi undang-undang," katanya ketika ditemui di lobi bangunan Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar, seperti yang dilaporkan media tempatan hari ini.

Dalam laporan itu, Khalid berkata, pihak polis akan melakukan tangkapan awal terhadap pemimpin penganjur Himpunan Bersih 2.0 yang dijadualkan diadakan 9 Julai ini sebagai tangkapan pencegahan.

Menurut Mahfuz, tindakan tersebut jika dilakukan pasti akan turut membangkitkan kemarahan rakyat terhadap pihak polis, sedangkan pihak pembangkang atau Pakatan Rakyat tidak pernah berhasrat untuk bermusuhan dengan pihak polis.

Sementara Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR, Datuk Johari Abdul ketika ditemui berkata, tindakan tersebut tidak sepatutnya dilakukan oleh pihak polis kerana Himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan oleh Gabungan Pilihanraya Adil dan Bersih itu adalah himpunan aman.

"Tujuan himpunan itu diadakan adalah untuk mendesak SPR mengadakan pilihanraya yang bersih dan adil di negara ini dan ia amat perlu didengar oleh SPR dan kerajaan.

"Kalau polis nak lakukan tangkapan awal, siapa yang nak ditangkap? Berapa orang yang nak ditangkap? Apa kesalahan mereka? Mana boleh polis tangkap begitu saja tanpa terbukti orang itu bersalah," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani berharap agar tindakan itu tidak akan dilakukan, tetapi menyarankan pihak polis mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan pihak penganjur bagi memberikan kerjasama agar himpunan tersebut dapat diadakan dengan sempurna.

Manakala Ahli Parlimen Jelutong dari DAP, Jeff Ooi pula berkata, apa pun alasan yang digunakan oleh pihak polis bagi mengadakan tangkapan itu sama ada tangkapan awal atau tangkapan pencegahan, kedua-duanya adalah kesilapan besar jika dilakukan oleh pihak polis.

Menurut beliau, tindakan tersebut jika dilakukan jelas bersalahan dengan amalan demokrasi dan lebih menyerlahkan lagi amalan pemerintahan kuku besi di negara ini oleh kerajaan BN.

"Polis perlu peka perkara itu bukannya melakukan tangkapan awal atau tangkapan pencegahan. Himpunan itu diadakan lanjutan himpunan pertama yang diadakan pada tahun 2007 lalu.

"Menerusi Himpunan Bersih 1.0 tahun 2007 lalu, Bersih menuntut SPR dan kerajaan melaksanakan 4 perkara.

"Antara perkara yang dituntut dilaksanakan oleh SPR adalah penggunaan dakwat dalam pilihanrya, bersihkan daftar pilihanraya dan mansuhkan undi pos.

"Sehingga kini SPR masih tidak melayan tuntutan Bersih itu. Jadi jika himpunan Bersih 2.0 hendak diadakan, kenapa polis pula yang hendak menghalangnya?" tanyanya hairan

Wednesday, May 25, 2011

SALAM TAKZIAH



DEWAN MUSLIMAT PAS NEGERI PERAK
MERAKAMKAN UCAPAN TAKZIAH KEPADA
SELURUH MANGSA DAN WARIS MANGSA TANAH RUNTUH DI
RUMAH ANAK YATIM DAN ANAK-ANAK HIDAYAH MADRASAH AT TAQWA
BARU BARU INI

DEWAN MUSLIMAT PAS NEGERI PERAK MENDOAKAN SEMOGA
ALLAH SWT MEMBERIKAN KESABARAN DAN GANJARAN
KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT.


Tuesday, May 24, 2011

Majlis Perasmian Muktamar Dewan Muslimat PAS Perak Kali Ke 48


TUESDAY, MAY 17, 2011


IPOH (17.5.11): Majlis perasmian Muktamar Tahunan Muslimat Pas Negeri Perak kali ke-48 telah dijayakan oleh YB Dr Mariah Mahmud dengan penuh gemilang.

Biarpun tahun ini merupakan tahun pemilihan, namun semangat kerjasama dan ukhuwwah yang begitu erat jelas kelihatan sepanjang muktamar berlangsung.

Ucapan-ucapan yang telah disampaikan oleh Penyelaras Muktamar, Ketua Dewan Muslimat Pas Perak, Timbalan Pesuruhjaya I Pas Perak dan YB Dr Mariah sendiri padat berisi serta penuh bermakna kepada setiap perwakilan muslimat yang hadir.

Para perwakilan mengambil tempat

Perwakilan Gopeng

Dato Seri Nizar disambut Ust Zulkifli

Saf Dewan Pemuda Pas Perak

Ketua Pemuda Pas Perak, Ust Zawawi tersenyum mendengar perbualan Dato Seri Nizar

Pentas utama Muktamar

Para perwakilan memenuhi ruang dewan besar

YB Zainudin Yusof dan YB Husin Din antara tetamu kehormat, yang berbaju batik adalah suami kepada Dr Mariah

Saf kepimpinan Dewan Muslimat Pas Perak



Berdiri menyanyikan lagu Negaraku



Diikuti dengan nyanyian lagu PAS





Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran oleh Jannatul Adni



Para pemerhati yang terpaksa ditambah kerusi dibahagian belakang

Lagi pemerhati yang hadir

Pemandangan daripada tempat perwakilan yang dibelakang


Ucapan Penyelaras Muktamar

Dato Seri Nizar membuat catitan untuk ucapannya nanti

YB Dr Mariah Mahmud


Pemuda Pas Perak

Perwakilan tekun mendengar ucapan

Ada juga yang mencatit

Tetamu kehormat. Antaranya Puan Fatmawati, Ketua Wanita PKR dan Datin Seri Hajah Fatimah Taat


Ucapan oleh Ketua Dewan Muslimat Pas Perak, Ustazah Hajah Bariah Bt Alang Sapri

Ucapan panjang lebar yang penuh berisi nasihat. Antaranya mengajak muslimat negeri Perak turun kesetiap program-program parti untuk menyebarluaskan maklumat kepada kaum wanita

Dato Seri Ir Haji Nizar, Timbalan Pesuruhjaya I Pas Perak memberikan ucapan

Meminta setiap muslimat untuk berhati-hati dengan perangkap Umno yang mengikut telunjuk penasihat Yahudi dan membulatkan tekad untuk meneruskan perjuangan

Muslimat perlu pamerkan diri didalam semua urusan


Seronok mendengar ucapan Dato Seri Nizar







Kak Zaleha @ blogger anak muaallaf turut hadir membuat liputan

YB Dr Mariah Mahmud memberikan ucapan perasmian beliau

Antara inti ucapannya adalah mengenai muslimat yang perlu lebih berani kehadapan, juga keperluan untuk memegang jawatan bagi menjalankan tugas serta memerlukan lebih ramai calon daripada muslimat terutamanya yang muda

Ustaz Misbahul Munir, Sdr Khalilul Rahman dan Sdr Ismad Shahril ditugaskan sebagai penyelaras pengundian dimuktamar kali ini

Menghulurkan sumbangan


Tayangan multimedia muslimat

Acara seterusnya adalah penyampaian anugerah dan cenderamata

Anugerah Sumbangan Terbanyak didalam pilihanraya diberikan kepada wakil Muslimat Parit Buntar yang disampaikan oleh Ustazah Bariah


Anugerah Jasamu Dikenang

YB Dr Mariah menyampaikan Anugerah Jasamu di Kenang

Kepada mantan Ketua Dewan Muslimat Pas Perak, Ustazah Naqibah No'ma Abu Bakar

Sijil Penghargaan

Juga hadiah



Cenderamata buat Adik Jannatul Adni yang membacakan ayat al-Quran dipermulaan majlis

Cenderamata buat pemerhati dari DMP Pusat, Nurul Huda Yusuf Rawa



Cenderahati buat Dato Seri Nizar


Tidak ketinggalan juga Cenderahati buat perasmi muktamar, YB Dr Mariah



Bersalaman diakhir majlis




Datin Seri Hajah Fatimah dan Zaleha Mohd Said

Bergambar kenangan

Bersalam-salaman


Mengambil peluang bergambar bersama Dato Seri Nizar dan isteri