
Thursday, October 22, 2009
Sunday, September 13, 2009
Saturday, September 5, 2009
KENYATAAN MEDIA ISU KARTIKA
DMP Perak merasa terpanggil dan bertanggungjawab untuk memberi pandangan diatas isu ini. Isu ini hendaklah dilihat secara menyeluruh iaitu yang melibatkan hak individu, hak masyarakat serta perlaksanaan hukum syariah.
Oleh itu, DMP Perak mengambil ketetapan bahawa;
1. DMP Perak menyokong pendirian Tengku Mahkota Pahang yang menyerahkan kedudukan kes ini kepada Mahkamah Tinggi Syariah.
2. DMP Perak kesal Kerajaan Malaysia tidak serius dalam pelaksanaan undang-undang Islam selaras dengan status sebuah Negara Islam yang di isytiharkan.
3. DMP Perak menggesa semua pihak seharusnya memahami isu ini dari sudut pandangan Islam dan menghormati pendirian murni Kartika yang bertanggungjawab di atas kesalahannya serta mengkagumi azamnya yang kukuh untuk bertaubat seterusnya member perhatian kepada keluarga.
4. Objektif Syariah menjaga 5 perkara ; agama,nyawa,aqal, maruah dan aqal. Ternyata pengaruh arak akan mengendalakan kelima-lima objektif syariah. Harta benda terancam, nyawa terancam, maruah tiada harga. DMP Perak menyokong penuh kenyataan Presiden PAS, bahawa penjualan arak haruslah diharamkan terlebih dahulu kepada semua orang Islam.
5. Perlaksanaan undang-undang Islam mestilah didalam kerangka Islam. Namun sebelum ia kembali kepada kesempurnaan, DMP Perak memandang secara positif kepada kes Kartika sebagai permulaan kepada perjalanan proses yang tertunda sejak 1957
6. DMP Perak berpegang kepada ketetapan Islam bahawa semua pihak adalah sama disisi undang-undang tanpa mengira jantina. Dosa adalah sama tanpa mengira jantina. Dengan hukuman ini diharap peminum arak dikalangan orang Islam akan berkurang dan terhapus.
Sekian. Terima kasih.
Yang Benar,
Hajjah Bariah Binti Alang Sapri
Ketua Dewan Muslimat PAS Perak
Wednesday, August 26, 2009
UCAPAN TAHNIAH DARI PJ PAS PERAK DIATAS KEMENANGAN PRK PERMATANG PASIR

Saya selaku Pesuruhjaya PAS negeri Perak ingin melahirkan rasa kesyukuran dan gembira atas kemenangan YB Ustaz Salleh Man ( Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang) atas kemenangan cemerlang yang dicapai dalam pilihanraya kecil N11 pada 25 Ogos 2009 yang lalu.
• Saya bersama-sama seluruh pimpinan dan ahli-ahli PAS negeri Perak mengucapkan syabas dan tahniah kepada YB Ustaz Salleh Man ( Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang) dan seluruh saf pimpinan PAS Pulau Pinang serta seluruh ahli PAS dan pengundi Permatang Pasir Pulau Pinang yang mencapai kemenangan cemerlang pada pilihanraya kecil ini sekaligus membuktikan pengundi-pengundi di Permatang Pasir tidak boleh digula-gulakan dan dijanjikan dengan pembangunan oleh Umno Barisan Nasional, akhirnya mereka dapat memilih antara hak dan kebatilan.
• Diharapkan dengan kemenangan di Permatang Pasir iini, akan menjadi isyarat bahawa PAS bersama dengan Pakatan Rakyat dapat diterima rakyat Malaysia seluruhnya dari berbagai-bagai keturunan dan pegangan agama dan seterusnya akan melebarkan kemenangan tersebut ke seluruh negara.
• Bagi PAS negeri Perak saya mengharapkan dengan kemenangan tersebut akan memberi suntikan dan semangat baru pada ahli dan pemimpin PAS di semua peringkat untuk bekerja keras mulai dari sekarang bagi memastikan kemenangan PAS dalam pembubaran DUN Perak yang dijangka akan berlaku tidak lama lagi dan Pilihanraya Umum ke 13 akan datang.
• Saya juga mengucapkan jutaan terima kasih, jazakumullahu khairan kathira kepada semua petugas-petugas pilihanraya daripada PAS negeri Perak daripada semua peringkat, daripada JPN, Kawasan dan Cawangan, Dewan Ulamak, Pemuda dan Muslimat yang telah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan komitmen.
• Semoga usaha mulia kita dalam memastikan Islam terus memimpin perubahan buat rakyat Malaysia mendapat keredhaan dan bantuan dari Allah SWT.
Ustaz Abu Bakar Hussain
(Pesuruhjaya PAS Perak)
Friday, August 14, 2009
MUNAQASYAH UCAPAN DASAR
MAJLIS PELANCARAN BULAN KEBAJIKAN DAN KEMASYARAKATAN PAS PERAK
Thursday, August 6, 2009
Program-Program Dewan Muslimat PAS Negeri Perak
LAJNAH KEBAJIKAN DAN KEMASYARAKATAN DMPPERAK
Tarikh:
15 Ogos 2009 (Sabtu)
Masa:
3.00 petang – 5.00petang
Tempat :
Markaz Tarbiyyah PAS Kawasan Gopeng (Pejabat ILHAM Perak)
23A Persiaran Sepakat 3
Taman Indah Jaya, IPOH
Peserta :
Ketua Dan Setiausaha Lajnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan DMP Kawasan
Pendaftaran :
RM 3.00 seorang
------------------------------------------------------------------------------
PROGRAM GROUP BINDING NISA’ PERAK
Tarikh :
15 Ogos 2009 (Sabtu) @ 4.00 petang – 16 Ogos 2009 (Ahad)@ 12.00 tgh
Tempat :
Amer Chalet
Kg Baru Ayer Tawar, Sitiawan
Peserta:
5 orang setiap kawasan (Ketua Dan Setiausaha Nisa’ Kawasan diwajibkan hadir)
Pendaftaran:
RM20.00 seorang
Wednesday, August 5, 2009
Kenyataan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Perak
Dengan ini saya, selaku Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Perak mewakili saf kepimpinan Dewan Muslimat PAS Negeri Perak, Dewan Muslimat PAS Kawasan-Kawasan dan muslimat PAS Negeri Perak keseluruhannya dengan ini melahirkan rasa kesal yang amat sangat dan mengutuk sekeras-kerasnya perkara perkara berikut :
1. Tindakan polis yang telah menggunakan kekerasan melampau kepada peserta Himpunan 100Ribu Rakyat Mansuh ISA pada 1 Ogos 2009 bertempat di Masjid Negara, Masjid Jamek Kuala Lumpur,Sogo dan kawasan sekitarnya. Rakyat Malaysia yang cuba berhimpun secara aman untuk menyatakan hasrat supaya ISA dimansuhkan telah diserang dengan semburan air kimia dan gas pemedih mata. - Sewajarnya polis mampu mengawal keamanan berdasarkan pengalaman mengawal perhimpunan-perhimpunan besar seperti perarakan Maulidur Rasul, Taipusam, Pesta Flora dan sebagainya.
2. Tindakan polis menangkap secara borong tanpa mengira jantina, warga tua dan kanak-kanak. - Penangkapan seawal 2.00 pagi, dan dengan jumlah OKT melebihi 600 orang membuktikan polis dan Kerajaan Malaysia sangat takut kepada kebangkitan suara rakyat.
3. Tindakan tidak berperi kemanusiaan polis yang menangkap Puan Norlaila Othman , anaknya Suhaib Mat Sah 16 tahun dan beberapa pimpinan muslimat/wanita termasuk seorang lagi kanak-kanak 13 tahun semasa sedang melakukan “window shopping” di Kompleks Pertama sebelum Perhimpunan Mansuh ISA bermula. - Puan Norlaila adalah mangsa kepada ISA. Suaminya Saudara Mat Sah telah ditahan hampir 8 tahun di Penjara Kamunting tanpa diberi peluang untuk membela diri. Apakah menjadi satu kesalahan bagi seorang isteri untuk memperjuangkan hak suami yang teraniaya? Dimanakan suara NGO-NGO Wanita umumnya dan Menteri yang menjaga hal ehwal wanita di Malaysia khasnya dalam isu ini? Apakah wanita-wanita ini dianggap sebagai warga kelas kedua yang tidak memerlukan pembelaan, dan tidak layak untuk dibela.?
4. Tindakan ganas polis yang mengakibatkan Persatuan Peniaga Kecil Lorong Tunku Abdul Rahman hendak menyaman Gerakan Mansuh ISA (GMI). - Seharusnya Persatuan Peniaga Pasar Malam tahu siapa sebenarnya yang merosakkan perniagaan mereka. Adakah peserta-peserta perhimpunan yang telah memecahkan peralatan dan barang-barang mereka? Adapun jawapan yang sahih lagi pasti ialah angkara tindakan biadap Polis Di Raja Malaysia yang telah bertindak “sesuka hati” dan “membabi buta” pada hari tersebut.
Sekian. Wassalam.
Yang Benar,
Hajjah Bariah Binti Alang Sapri
Ketua Dewan Muslimat PAS Perak
4 Ogos 2009
Tuesday, August 4, 2009
SUHAKAM SELAR SIKAP POLIS DI HIMPUNAN MANSUH ISA
Thursday, July 30, 2009
SPRM JANGAN JADI PERKAKAS BN
WEDNESDAY, 29 JULY 2009 08:07
KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilihat melakukan siasatan terpilih terhadap tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat Selangor dari DAP.Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh menyifatkan sikap SPRM itu gagal menggelakkan suruhanjaya tersebut dari dilihat sebagai perkakas Barisan Nasional (BN) untuk menggugat kestabilan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.
Jelasnya, SPRM memang tidak serius dalam menangani beberapa kes penyalahgunaan kuasa seperti yang dilakukan bekas Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Mohd Khir Toyo.Sikap berat sebelah SPRM juga makin jelas, apabila isu rumah agam ala Bali milik Khir Toyo yang bernilai RM24 juta tidak disiasat.Justeru, beliau mendesak agar SPRM lebih bersikap telus dalam melaksanakan tanggungjawab dan tidak hanya meletakkan pimpinan Pakatan Rakyat sebagai sasaran siasatan dengan mengenepikan kes penyelewengan yang lebih berat.
