| Harakahdaily |
"PAS dimaklumkan bahawa majlis ini tidak melibatkan parti-parti politik, maka PAS mengambil pendirian untuk tidak terlibat dalam himpunan tersebut sebagai menghormati kehendak penganjur program," ujar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) dalam satu kenyataan selepas mesyuarat itu, sebentar tadi. Berikut kenyataan penuh beliau. PAS yang mengadakan mesyuarat lajnah politik pada malam ini telah membincangkan isu Himpunan Sejuta Umat (Himpun) Mempertahankan Aqidah yang dijadualkan pada 22hb Oktober 2011 ini. PAS dimaklumkan bahawa majlis ini tidak melibatkan parti-parti politik, maka PAS mengambil pendirian untuk tidak terlibat dalam himpunan tersebut sebagai menghormati kehendak penganjur program. |
Wednesday, October 19, 2011
Himpun: PAS tidak terlibat
Tuesday, October 18, 2011
Himpun: Pakatan tunggu keputusan PAS
| Nazri Abdullah Harakah Daily |
KUALA LUMPUR, 18 Okt: Pakatan Rakyat akan menunggu keputusan mesyuarat PAS malam ini sebelum membuat pendirian berhubung Himpunan Sejuta Umat (Himpun) yang akan diadakan 22 Oktober ini. |
Friday, October 14, 2011
Cukai 6% kepada pelanggan Unifi dan Streamyx mulai 2012
Wednesday, October 12, 2011
Unit cari jodoh dicadang guna Facebook
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, Wan Ubaidah Omar berkata, kaedah mengisi borang cara konvensional kurang mendapat sambutan menyebabkan berlaku masaalah kekurangan calon lelaki.
“Mungkin kaedah lama itu membuatkan golongan lelaki begitu malas sebab kena pergi ambil borang, isi borang kemudian hantar.
“Akibatnya hanya calon wanita sahaja mengisi borang, sedangkan calon lelaki kurang mengambil perhatian,”ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis perasmian Majlis Graduasi Pusat Pembangunan Wanita Kelantan (PPWK) kali ke-6 di Balai Islam, di sini.
Katanya, memandangkan zaman kini segalanya telah berubah kepada internet, ada baiknya ‘mencari jodoh’ juga digunakan dengan kaedah berkenaan.
Namun, tambahnya pihak penganjur perlu memantau dan setiap para ahli yang telah bertemu pasangan mereka perlu dilaporkan pada pihak penganjur terlebih dahulu.
Tegasnya, ia tidak bermakna penganjur akan mengambil mudah mengenai hak rahsia peribadi calon dan akan membuat tapisan ketat bagi memastikan hanya yang layak dan serius sahaja diberi perhatian.
Sambungnya, apa yang dilakukan itu bertujuan untuk mengelak sesuatu perkara yang tidak diingin berlaku memandangkan laman social ini mudah terdedah pada keburukan selain kebaikkan.
“Semoga usaha murni ini tidak disalah ertikan serta mendapat hasil yang baik,”ujarnya.
Beliau bagaimanapun berkata, beberapa ahli telah bertemu jodoh masing-masing sejak ianya ditubuhkan 2007 lalu dan ianya akan diaktifkan semula untuk mencapai hasrat tersebut.
Mahligai Sakinah yang diwujudkan kerajaan negeri sejak 2007, mendapat sambutan menggalakkan daripada wanita bujang tetapi bilangan calon lelaki yang sedikit menyukarkan pihaknya membuat padanan.
Tuesday, October 11, 2011
Bajet 2012 : Tiada jaminan kesejahteraan wanita muda
KUALA LUMPUR, 11 Okt: Isu-isu utama berkaitan golongan wanita muda seperti isu keselamatan dan perkahwinan tidak dibincangkan secara serius dalam Bajet 2012.
Pengerusi Ameerah Dewan Muslimat PAS Pusat, Fareedah Samad berkata, kelangsungan generasi amat penting.
Justeru, katanya usaha dan langkah-langkah yang dapat membantu generasi muda membina rumahtangga adalah langkah bijak memandangkan masalah kebejatan sosial yang semakin meruncing.
“Bahkan penekanan kepada kehidupan berkeluarga akan mengembalikan dan memartabatkan institusi kekeluargaan yang sepatutnya menjadi tunjang utama kepada masa depan negara,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Ini, ujarnya kerana institusi kekeluargaan merupakan agen sosialisasi yang paling efektif.
Selain itu juga, katanya kehidupan berkeluarga merupakan gaya hidup yang sihat melalui keseimbangan spiritual, emosi dan fizikal.
Menurutnya, statistik perceraian yang menunjukkan peningkatan saban tahun, di mana kajian menunjukkan setiap 15 minit terdapat satu pasangan bercerai di mana jumlah keseluruhan kadar perceraian pada akhir 2010 adalah melebihi 22,000 pasangan.
Hal ini, jelasnya sangat-sangat membimbangkan memandangkan faktor utama kebejatan sosial di negara kita disebabkan keruntuhan institusi kekeluargaan.
“Kami mencadangkan peruntukan diberikan agar yuran percuma untuk kursus perkahwinan dan silibus kursus perkahwinan perlu disemak semula dengan memasukkan elemen kemahiran keibubapaan dan perancangan kewangan,” ujarnya.
Secara keseluruhannya, kata beliau Bajet 2012 dilihat hanya melayan kehendak golongan tertentu tanpa mempertimbangkan masalah yang lebih besar dan lebih utama.
Menurutnya, banyak lagi persoalan anak muda yang tidak dijawab seperti masalah pengangguran dan pinjaman PTPTN yang tidak berkesudahan.
Tambahnya, usaha serius kerajaan untuk mengekang defisit juga tidak diperinci dengan jelas.
Justeru, katanya Ameerah yang tentunya fokus kepada kebajikan dan keselamatan golongan wanita muda di negara ini, menyeru kerajaan agar mengambil pendekatan yang lebih holistik dalam merangka perbelanjaan negara.
Menurutnya lagi, sehingga 19 Mei 2011, kejadian rogol di Malaysia boleh dikatakan 1 kes setiap 2.5 jam di mana purata 10 wanita menjadi mangsa rogol setiap hari.
Katanya, peningkatan kes rogol diperlihat saban tahun sehingga akhir 2010 sebanyak 3,595 kes dicatatkan.
“Hal yang lebih membimbangkan, 70% daripada mangsa adalah gadis di bawah umur 18 tahun,” ujarnya.
Beliau berkata, menurut Nationmaster yang mengkaji kes rogol di seluruh dunia, Malaysia masih lemah dalam menangani kes-kes rogol yang berlaku dalam negara kita.
Ujar belau, mungkin sebagai sebuah negara Islam yang kita bangga, berada pada tangga 38 bukanlah sesuatu yang boleh kita banggakan. 0.0505156 per 1,000 rakyat bermakna dalam 1 juta rakyat malaysia 50 – 51 orang yang dirogol dicatatkan.
“Perangkaan ini diikut rapat dengan statistik kes ragut dan bunuh di mana lebih 52% melibatkan golongan wanita,” katanya lagi.
Stesen bas Gopeng macam zaman 60-an
Stesen bas utama di Medan Gopeng, Bandaraya Ipoh, Perak bukan sahaja nampak usang tetapi persekitarannya yang agak kotor dan tidak begitu terurus dengan baiknya sedangkan orang awam bersesak-sesak dengan bunyi bising hingar bingar masih tertumpu untuk mendapatkan pengangkutan awam di sana dari seawal pagi hingga ke malam. Begitu juga medan selera yang berdekatan di mana diperhatikan bukan sahaja persekitaranya juga daif tetapi kebersihan juga seolah-olah tidak layak lagi ditempatkan di sebuah bandaraya yang besar saperti Ipoh,ibu negeri Perak ini. Gerai-gerai di sini pun diperhatikan tidak mempamerkan harga setiap menu makanan yang dijualkan. Sudah sampai masanya Bandaraya Ipoh perlukan perubahan terutama sekali tempat-tempat tumpuan awam saperti stesen bas utama yang ketinggalan zaman itu dibinakan terminal bas yang moden dan canggih saperti canggihnya stesen bas Puduraya Kuala Lumpur.Ini termasuklah juga membina medan selera yang bersih dan moden. Begitu juga perkhidmatan bas untuk laluan disekitar kawasan perbandarannya juga banyak yang sudah ketinggalan zaman dengan kepulan asap yang pekat dan hitam itu bolih mencemarkan suasana sekelilingnya. Perubahan bandaraya Ipoh begitu ketara dengan warga kotanya semakin bertambah dan padat serta juga Ipoh adalah sebuah destinasi tumpuan pelancungan luar dan tempatan dimana hotel-hotelnya sentiasa penuh setiap masa. Oleh yang demikian Bandaraya Ipoh perlukan suntikan perubahan ketara secara fizikalnya dan infratrukturnya juga perlu diubahsuaikan untuk mengindahkan lagi ibu Negeri Perak Darul Ridzuan ini. Suasana distesen bas Gopeng seperti kita berada di zaman tahun 60-an ini perlu diubahkan segera dan jika boleh kita mahu melihat terminal stesen bas jika dapat dibina dan menjadi kenyataan kelak seolah-olah kita sedang berada di Bandaraya Ipoh pada tahun 2050. Hiruk pikuk bunyi bising memengitkan telinga kerana dipusat Bandaraya Ipoh masih lagi terletaknya kem askar,sekolah-sekolah dan pusat pengajian tinggi yang mana sepatutnya dipindahkan ke kawasan jauh daripada bandar untuk mengelakkan kesesakan yang melampau. Aliran trafik yang agak kelam kabut juga menjadikan punca kesesakan diwaktu puncak. Dalam pada itu pula Masjid Negeri di tengah-tengah Bandaraya Ipoh juga perlukan pembesarannya kerana tidak lagi mampu jemaah yang semakin meningkat dan Masjid itu sendiri nampaknya kekurangan tempat letak kereta bagi jemaah untuk menunaikan solat. |
Friday, October 7, 2011
Raja Perempuan Perak, Raja Muzwin, mangkat
Jurucakap Istana Iskandariah berkata bonda kepada isteri Sultan Johor, Raja Zarith Sofiah itu mangkat pada pukul 4.20 petang.
Jenazah Almarhumah dibawa ke Istana Riswin di Jalan Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak malam semalam dan akan disemadikan di Makam Diraja Kuala Kangsar, Perak selepas solat Jumaat hari ini. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin.
Tuesday, October 4, 2011
Friday, September 30, 2011
Sambutan 6O Tahun PAS mengenang sejarah perjuangan Para Ulama
| (Kanan: Padang Bandaran Butterworth.) Ahli PAS terutamanya generasi muda harus tahu sejarah perjuangan ulamak terdahulu yang keluar dari Umno lalu menubuhkan sebuah parti berteraskan Islam bukan main-main sebagaimana yang menjadi amalan kepimpinan Umno dari dulu sehinggalah sekarang.
(Kiri: Rumah almarhum Ustaz Fuad di Bukit Mertajam.) Apabila datang ke sini nanti para tetamu usah membuang masa mundar mandir mencari barangan untuk dibawa balik sebagai cenderahati sahaja bahkan mesti mengambil langkah lebih kehadapan pergi meninjau sendiri tempat yang dikatakan tempat lahir PAS, rumah Yang Dipertua PAS pertama di Bukit Mertajam begitu juga Madrasah Al Masriyah yang pernah menjadi medan PAS membina kepimpinan dan lebih penting lokasi inilah juga merupakan catatan sejarah bertukarnya kepimpinan Datuk Asri Muda kepada Ustaz Yusof Rawa yang membawa kepada lakaran sejarah kepimpinan ulamak. (Kiri: Sekolah agama bersebelahan Masjid Al Jamiul Badawi merupakan pusat tarbiyah pertama PAS.) |
Tuesday, September 27, 2011
KURSUS CERAMAH KELOMPOK ZON 2
Alhamdulilah...penjelajahan Lajnah Penerangan & Dakwah DMPN seterusnya untuk Kursus Ceramah Kelompok di Zon 2 yang melibatkan DMPK Parit, Lumut, Beruas & Pasir Salak.Kursus telah diadakan pada 24 september 2011 bertempat di Bota.
Tahniah & terima kasih kepada semua AJK LPD & peserta yang hadir.....moga kita bersedia menghadapi PRU-13.
KURSUS CERAMAH KELOMPOK ZON 1
Alhamdulilah..16 september yang lalu, Lajnah Penerangan & Dakwah DMPN telah berjaya mengadakan Kursus Ceramah Kelompok yang melibatkan Zon 1 ( DMPK Gopeng, Kampar, Ipoh Timur, Ipoh Barat, Batu Gajah & Tambun)
Modul yang telah disampaikan oleh Cikgu Khairul dari JPN Perak amatlah membantu para muslimat dalam menghadapi PRU ke-13 akan datang. Tahniah & terima kasih kepada semua AJK & peserta yang hadir....
Monday, September 26, 2011
YB Siti Zailah Ke PERAK : Tingkatkan Taqwa, Menangkan Islam
Ipoh (22.09.11): Kehadiran Ketua Muslimat PAS Pusat, YB Hajjah Siti Zailah Mohd Yusuff yang juga merupakan ahli parlimen Rantau Panjang telah memberi semangat buat semua ahli jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Negeri (DMPN) Perak untuk memperkasakan jentera dalam persiapan menuju pilihanraya umum ke 13 yang akan berlaku bila-bila masa sahaja lagi. YB Hajjah Siti Zailah turut ditemani oleh tiga pimpinan dari Dewan Muslimat Pas Pusat (DMPP) iaitu Al Ukht. Che Azlina Che Harun , Hjh. Aida Yusof Rawa dan Pn Norhayati Bachok bagi memantau gerakkerja dan perkongsian dua hala dalam memastikan Negeri Perak dapat dikembalikan semula ke Pakatan Rakyat (PR). Seramai lebih dari 60 orang ahli jawatankuasa hadir yang terdiri daripada AJK harian DMPN, AJK HalWa JPN, Pengarah Pilihanraya DMPK dan ketua HalWa MTD yang telah diadakan di Pejabat Badan Perhubungan PAS Ipoh pada jam 3.00 petang.
Dalam Ucapan YB Hajjah Siti Zailah, beliau menegaskan bahawa hanya kekuatan Taqwa kepada ALLAH, memperbanyakkan ibadah dan berusaha dengan bersungguh-sungguh adalah tugas utama dalam memastikan Islam dapat ditegakkan. Cabaran yang dihadapi oleh para Anbiya’ sebelum ini dan Ulama’ terdahulu dalam mempertahankan Islam patut dijadikan teladan oleh muslimat dalam menghadapi ujian yang boleh melemahkan semangat dalam perjuangan. Matlamat yang sebenar adalah mendapatkan keredhaan ALLAH sebagai bekalan sebelum menuju alam akhirat. Beliau juga mengingatkan agar muslimat dapat menjalankan tugas dengan amanah dan ikhlas serta memperbanyakkan aktiviti bersama masyarakat baik bersama Cina, India atau kaum lain.
“Jangan meletakkan halangan jawatan, masa, keluarga dan anak-anak untuk tidak terlibat dengan PAS. Ianya terletak atas keikhlasan diri kita”.
“Buat kerja dengan penuh kasih sayang. Jika buat kerja dengan terpaksa, hasilnya berbeza. Jika buat kerja dengan ikhlas, hasilnya sangat luar biasa”, tambahnya lagi.
Pertemuan dua mata antara DMPP dan DMPN telah memberi impak yang baik kepada kedua belah pihak dan ianya berakhir pada pukul 5.30 petang. Setelah itu DMPP dan wakil dari DMPN telah membuat lawatan ke bilik gerakan DUN Manjoi yang diketuai oleh Dr Najihatussalehah Ahmad selaku ketua DMPN.
Sunday, September 25, 2011
Pakatan kesal Umno peralat hudud demi politik
“Harus diingat, pandangan beberapa kerat pimpinan Umno yang mempersenda hukum Islam ini sesungguhnya tidaklah mewakili umat.
“Waima mutakhir ini beberapa pimpinan Umno memperlihatkan diri sebagai jagoan memperjuangkan Islam, manakala seringkali pula mereka menuduh pimpinan Pakatan Rakyat sebagai pengkhianat agama dan bangsa, sedangkan yang sering dilaung-laungkan oleh pimpinan Umno-BN sekadar retorika membakar sentimen serta sering tersasar dari kehendak syariah yang mahukan kemaslahatan untuk rakyat,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.
Menurut Anwar, yang juga adalah ketua umum PKR, perlaksanaan hukum Islam sewajarnya mengambil kira keberkesanan pentadbiran mahkamah syariah negara ini memastikan keadilan untuk semua.
Justeru, Pakatan akan berpegang pada pemuafakatan yang tertera dalam Buku Jingga.
Maqasid al Syariah
"Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153," katanya lagi.
Menurut Anwar lagi, meskipun beliau menghormati keputusan kerajaan negeri Kelantan yang mahu melaksanakan hudud, namun ia mesti tertakluk kepada beberapa perkara. “Pertamanya persoalan Maqasid al Syariah, Matlamat Utama Syariah, iaitu menjamin keadilan untuk semua.
“Malah dalam karya saya yang berjudul Gelombang Kebangkitan Asia, tuntas saya ungkapkan keutamaan Maqasid al Shariah demi menjamin keadilan untuk semua.
“Justeru adalah baik untuk kita merenung beberapa aspek perundangan syariah yang berjaya dilaksanakan di Kelantan, maka tidak wajar buat saya menempelak atau meremehkan langkah tersebut,” katnya.
Anwar berkata Pakatan Rakyat merupakan suatu muafakat utuh dan berlandaskan kejujuran mahukan perubahan buat rakyat negara Malaysia dan oleh itu, isu yang menyentuh kepentingan rakyat pastinya dibincangkan bersama semua wakil dari parti komponen.
“Pun demikian Pakatan Rakyat berpendirian, setiap dari parti komponen sewajarnya mempunyai ruang untuk mengungkapkan keyakinan, faham serta ideologi terutamanya kepada pendokong mereka,” katanya.
Thursday, September 22, 2011
Wednesday, September 21, 2011
SALAM TAKZIAH
Tuesday, September 20, 2011
Akta ganti ISA lebih zalim
22 Syawal 1432H.Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM) Dewan Pemuda PAS Malaysia menyambut baik langkah Perdana Menteri untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (“ISA”). Langkah tersebut mendapat pujian semua pihak khususnya parti pembangkang dan badan-badan bukan kerajaan.
Tetapi masih timbul tanda tanya kerana pemansuhan ISA itu bukanlah pemansuhan mutlak tanpa bersyarat malah berikutan pemansuhan itu, Kerajaan bakal memperkenalkan dua lagi akta baru bagi menggantikan ISA tersebut. Menteri Dalam Negeri pula mendedahkan bahawa dua akta baru yang akan diperkenalkan oleh Kerajaan tersebut adalah berasaskan kepada Patriot Act di Amerika Syarikat dan Anti-Terrorism Act di United Kingdom.
USA Patriot Act atau lebih dikenali sebagai Patriot Act adalah singkatan kepada Uniting (and) Strengthening America (by) Providing Appropriate Tools Required (to) Intercept (and) Obstruct Terrorism Act of 2001 dan telah diperkenalkan oleh Presiden George W. Bush pada 6 Oktober 2001. Akta ini diperkenalkan selepas Amerika mengalami serangan September 11, 2001.
Akta ini telah memberikan lebih kuasa kepada agensi penguatkuasa undang-undang untuk menyiasat rekod panggilan telefon, emel, perubatan, kewangan dan mengurangkan halangan undang-undang kepada agensi berkenaan untuk menjalankan aktiviti risikan khususnya ke atas warga dan entiti asing. Akta ini juga meluaskan kuasa agensi itu berkaitan budi bicara menahan atau menghantar pulang mana-mana warga asing yang menjadi suspek dalam aktiviti keganasan.
Perlaksanaan akta ini telah mendapat tentangan daripada badan hak asasi manusia kerana sifat akta ini yang zalim khususnya penahanan tanpa had masa ke atas suspek, kuasa menggeledah sesebuah premis tanpa kehadiran atau pengetahuan pemilik dan kuasa untuk memintas komunikasi telefon, emel atau rekod kewangan tanpa waran mahkamah. Harus dinyatakan di sini bahawa Mahkamah Persekutuan telah beberapa kali membuat keputusan bahawa tindakan yang dibuat oleh agensi berkenaan adalah salah dan bercanggah dengan perlembagaan.
Di United Kingdom, langkah yang sama telah diambil oleh Kerajaan kira-kira dua bulan selepas serangan September 11, 2001, Kerajaan telah memperkenalkan Anti-Terrorism, Crime and Security Act 2001. Ciri penting akta ini adalah kuasa untuk menahan warga asing yang menjadi suspek dalang pengganas untuk ditahan tanpa bicara tanpa had masa. Namun, suspek itu boleh dibebaskan dengan syarat beliau meninggalkan United Kingdom. Pihak Kerajaan mendakwa bahawa kebanyakan bukti yang ada ke atas suspek ini tidak dapat digunakan di mahkamah kerana factor-faktor keselamatan.
JUHAM menegaskan bahawa penggunaan akta ini telah dicabar di Mahkamah dan House of Lords pernah memutuskan bahawa penahanan suspek tanpa bicara adalah bertentangan dengan Human Rights Act 1998 kerana bersifat diskriminasi memandangkan akta ini membezakan tindakan ke atas warga asing dan warga UK sendiri. Oleh itu, Kerajaan telah memperkenalkan satu akta baru iaitu, Prevention of Terrorism Act 2005 bagi meremedikan masalah diskriminasi itu. Di bawah akta baru ini, tiada perbezaan antara tahanan warga asing atau warga tempatan. Namun, akta baru ini juga tidak sunyi daripada dicabar di mahkamah.
Umpamanya, pada tahun 2006 penggunaan akta baru ini juga telah dicabar di mahkamah dan mahkamah telah memutuskan bahawa peruntukan seksyen 3 akta baru ini bertentangan dengan hak untuk mendapatkan perbicaraan yang adil di bawah Art. 6 European Convention on Human Rights. Ini kerana hak orang yang ditahan ini bukan ditentukan oleh sebuah mahkamah yang bebas tetapi di bawah keputusan pihak eksekutif, yang mempunyai kuasa melebihi kuasa pemutus mahkamah. Walaupun sebahagian keputusan ini akhirnya diubah oleh Mahkamah Rayuan namun hakikatnya perlaksanaan akta ini telah diimbangi dengan kewujudan Human Rights Act 1998. Human Rights Act 1998 adalah sebuah akta yang sangat berkuasa kerana akta ini menjadikan sesuatu tindakan sebuah badan awam sebagai tidak sah jika tindakan tersebut bertentangan dengan European Convention of Human Rights. Malah, jika pihak litigan tidak berpuas hati, mereka masih boleh membawa kes mereka ke mahkamah hak asasi di Strasbourg.
Sungguhpun langkah Perdana Menteri yang ingin memansuhkan ISA adalah dialu-alukan, namun, pengumuman Kerajaan untuk menggantikan ISA ini dengan dua model iaitu Patriot Act di USA dan Anti-Terrorism Act di UK adalah sangat tidak tepat. Seharusnya Kerajaan tidak meniru akta yang dilaksanakan di USA dan UK itu kerana ternyata keadaan di negara tersebut tidak sama dengan di Malaysia. Jika Kerajaan ingin juga meniru kedua-dua akta tersebut seharusnya Kerajaan juga mesti memperkenalkan undang-undang yang boleh mengimbangi sifat arbitrari kedua-dua akta itu dengan prinsip-prinsip hak asasi manusia sejagat.
Sekiranya, prinsip hak asasi tidak diperkukuhkan maka tiada guna ISA itu dihapuskan dan digantikan dengan dua akta baru yang lebih menekan dan bersifat opresif, ibarat pepatah Melayu “Keluar mulut buaya, masuk mulut singa”. Di samping itu, sayugia juga dimaklumkan bahawa beberapa pindaan telahpun dibuat ke atas Kanun Kesiksaan dan beberapa akta lain berhubung dengan kesalahan berkaitan terorisme ini.
Sehubungan dengan ini juga, JUHAM berpandangan adalah wajar kerajaan mempelajari falsafah perundangan Islam yang tidak membenarkan kebebasan seseorang itu disekat melainkan dengan bukti yang nyata. Penahanan seseorang tanpa bicara adalah zalim dan telah terbukti semenjak beberapa dekad bahawa ISA telah digunakan untuk menahan tahanan semata-mata kerana perbezaan fahaman politik. Penahanan atas dasar perbezaan politik adalah amat kejam dan melainkan terdapat unsur-unsur terorisme dalam perjuangan politik itu maka barulah tindakan penahanan dan pendakwaan patut dibuat. Selagi penyebaran fahaman politik itu masih dalam batasan demokrasi, tidak seharusnya kerajaan berasa terancam. Semoga demokrasi terus subur di Malaysia.
AHMAD ZAMRI BIN ASA’AD KHUZAIMI
Pengarah
Jabatan Undang-Undang Dan Hak Asasi Manusia (JUHAM)
Dewan pemuda PAS Malaysia
H/daily
Thursday, September 15, 2011
SALAM TAKZIAH
Mohd Faiq Mohd Alwi, 40, sebelum itu dimasukkan ke hospital berkenaan akibat komplikasi daripada kanser darah yang dideritainya sejak lebih setahun lalu.
Beliau juga anak kepada bekas Pesuruhjaya PAS Pahang, Allahyarham Ustaz Mohd Alwi Abdul Hamid.
Faiq merupakan seorang pegawai di Takaful Malaysia Temerloh. Beliau sudah berumahtangga dan mempunyai seorang cahaya mata. Isterinya masih menyambung pelajaran di Australia.
Menurut seorang AJK PAS Kawasan Maran, Ramli Abdul Rahman, jenazahnya dijangka akan disembahyangkan selepas Solat Zohor hari ini di Darul Hijrah, Paya Pasir di sini.
Didoakan keluarganya tabah menerima dugaan dan semga roh Allahyarham dicucuri rahmat.
Wednesday, September 14, 2011
SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN UPSR
Monday, September 12, 2011
Najib bentang cukai kerajaan 6% pra bayar
KUALA LUMPUR, 12 Sept: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didakwa berpura-pura lupa atau sememangnya tidak tahu apa-apa dengan cukai enam peratus cukai pra bayar kerana ia telah dimasukkan dalam Bajet 2011 lalu oleh beliau.
"Pihak Telco hanya melaksanakan Bajet yang telah dibentangkan oleh Najib menjelang tahun 2011 lalu dan telah diluluskan oleh kerajaan.
"Kini apabila mereka hanya ingin melaksanakannya, Najib menyalahkan Telco pula, seolah-olah beliau pemimpin yang prihatin menjelang pilihan raya ini," kata Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) , Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS (PPP).
Baru-baru ini, syarikat telekomunikai di Malaysia telah mengumumkan akan mengenakan cukai kerajaan sebanyak enam peratus dalam semua jualan kad pra bayarnya mulai 15 September ini.
Ini bermakna, setiap RM10 nilai kad pra bayar, harganya akan menjadi RM10.60 di mana 60 sen adalah cukai yang dikenakan kerajaan melalui Telco kepada penggunanya.
Jumlah 60 sen setiap RM10 ini akan dibayar oleh Telco kepada kerajaan.
Kerajaan dijangka akan memperolehi pendapatan sebanyak RM750 juta hasil melalui cukai ini untuk tahun ini sahaja.
Namun begitu, jumlah ini tidak sebanyak mana jika dibandingkan dengan pendapatan yang akan diperolehi kerajaan jika menarik balik subsidi kepada enam Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) iaitu sebanyak RM17 bilion setahun.
"Persoalan ini membuat kita tertanya-tanya, siapa sebenarnya yang ditakuti dan disayangi oleh Najib?" soal Dr Dzulkefly yang juga AJK PAS Pusat dan anggota Parlimen Kuala Selangor.
Kesan teruk
Langkah mengenakan cukai ini memberikan tekanan teruk kepada golongan berpendapatan rendah terutama remaja, pelajar dan pekerja kilang kerana mereka golongan paling banyak menggunakan perkhidmatan pra bayar ini.
Golongan yang mempunyai pekerjaan tetap dan berada biasanya menggunakan khidmat post paid atau menggunakan bil penggunaan.
Harakahdaily difahamkan, terdapat 26 juta nombor prepaid yang dikeluarkan oleh Telco di negara ini.
Ekoran pengumuman Telco untuk melaksanakan cukai ini, pelbagai pihak khasnya golongan remaja membuat bantahan terhadapnya melalui laman sosial dan media baru yang kebanyakannya dikuasai mereka.
Ekoran itu, Perdana Menteri Najib menyalahkan Telco kerana mengenakan cukai ini padahal ia telah dikemukakan beliau melalui Bajet 2011 dan pihak Telco hanya melaksanakan keputusan itu sahaja.
Harakahdaily difahamkan, selama ini cukai hanya diserap oleh Telco melalui keuntungan jualan pre paid mereka namun ia tidak mampu lagi berbuat demikian sedangkan duit itu dibayarkan kepada kerajaan dan bukannya diperolehi mereka.
Ekoran itu, semua Telco, terutama tiga yang utama iaitu Celcom, Digi dan Mexis akan mula mengenakannya kepada pengguna pra bayar.
Difahamkan, pengguna terbesar pra bayar adalah pengguna Digi.
Najib baru-baru ini mengarahkan syarikat-syarikat telekomunikasi mengkaji semula langkah mengenakan cukai perkhidmatan enam peratus ke atas kad prabayar sambil menegaskan ia sukar untuk diterima dalam situasi kenaikan kos sara hidup sekarang.
Perdana Menteri menegaskan cukai itu dikuatkuasakan ketika kerajaan pula sedang berusaha untuk mengurangkan beban di sebalik kenaikan kadar inflasi sejak beberapa bulan yang lalu.
“Reaksi dan maklum balas daripada orang awam ialah langkah Telco, tidak popular dan sukar untuk diterima,” kata beliau.
“Jadi, saya berharap Telco akan mengkaji semula langkah ini memandangkan kita sedang cuba mengurangkan beban ke atas orang ramai yang perlu menanggung kenaikan kos harga barang,” kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.
Najib juga menafikan Telco telah menerima kelulusan Kementerian Kewangan, sebaliknya menjelaskan keputusan itu dibuat oleh syarikat-syarikat telekomunikasi sendiri.
Pelbagai parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan sejak semalam berkata pihaknya kesal dengan keputusan syarikat telekomunikasi yang mengumumkan pengenalan cukai perkhidmatan enam peratus ke atas pembelian tambah nilai prabayar dan pek atau kad SIM berkuat kuasa pada 15 September ini.
Friday, September 9, 2011
Kajian: Mat Indera bukan komunis
| | |
| Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 8 Sept: Satu kajian yang dilakukan oleh Ayub @ Uiop Kassim pada tahun 1973 menyimpulkan Mat Indera bukan berfahaman komunis. Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Dr Ahmad Zuhdi Marzuki berkata, kajian tersebut adalah Latihan Ilmiah untuk memenuhi keperluan pengijazahan Sarjana Muda Sastera di Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, bertajuk “Peristiwa Berdarah Tahun 1950 di Bukit Kepong, Muar: Satu Post-Mortem”. Tambahnya, tujuan kajian tersebut adalah untuk mengkaji keterlibatan golongan elit agama di Muar dalam perjuangan gerila bersenjata untuk menentang penjajah dengan tumpuan khusus terhadap Mat Indera dan peristiwa berdarah Bukit Kepong, Muar. Menurutnya, meskipun kajian tersebut adalah dilakukan di peringkat ijazah pertama, pengkaji telah berjaya melakukan wawancara dengan mereka yang terlibat secara langsung dengan peristiwa tersebut termasuklah Haji Nawi Idrus, Ketua Pengawal Kampung (Home Guard) dan rakan-rakan Mat Indera yang menyertainya masuk ke hutan. “Kaedah wawancara ini adalah yang paling sesuai bagi mendapat maklumat sebenar disebabkan kebanyakan maklumat rasmi berkaitan dengan peristiwa Bukit Kepong ini disediakan oleh penjajah British melalui perisikan mereka. “Setakat kajian PPP, mungkin inilah satu-satunya kajian ilmiah yang paling awal tentang Mat Indera,” jelasnya dalam satu kenyataan. Di dalam kajian tersebut, ujarnya pengkaji telah menyimpulkan Mat Indera sebagai golongan elit agama sebagai: “Islam pada agamanya, demokrasi pada prinsipnya, nasionalis pada fahamannya, radikal dalam perjuangannya dan militant mengikut tindakannya.” Selain daripada itu, tambah beliau Ayub Kassim juga pada mukasurat 71 menyimpulkan bahawa Mat Indera adalah seorang nasionalis bukannya komunis, yang bergerila bersama komunis. “Beliau menyatakan perumpaan Mat Indera sebagai nasionalis dengan gerombolan komunis seumpamanya tidak bercampur antara air dan minyak dalam satu bekas,” katanya. Katanya lagi, kajian ilmiah itu juga menyebut bahawa pendirian agama Mat Indera banyak dipengaruhi oleh dua orang gurunya iaitu Haji Ibrahim Jubah dan Haji Muhammad Yassin Muhammad (bapa Tan Sri Muhyiddin). Kedua-dua guru Mat Indera itu, tambahnya dikatakan seorang yang kritis terhadap perkembangan politik ketika itu. Malah, katanya menurut pengkaji lagi pada mukasurat 30, Haji Muhammad Yassin bin Muhammad begitu kritis dengan perkembangan politik tanahair, dan kalaulah ucapan-ucapannya dilakukan di atas pentas politik nescaya ia akan dilihat berunsurkan subversif. Menurut kajian ini juga, Mat Indera pernah dilantik sebagai Ketua Cucuk Tanam anjuran Jepun semasa Perang Dunia Kedua. “Fakta ini sekaligus menafikan dakwaan banyak pihak yang bersumberkan Memoir Abdullah CD, bahawa Mat Indera telah menjadi komunis sejak Perang Dunia Kedua lagi,” ujarnya. Menurutnya, semasa Perang Dunia Kedua ini komunis mengambil sikap berperang dengan Jepun melalui pertubuhan MPAJA, sedangkan golongan nasionalis Melayu terutama ahli-ahli Kesatuan Melayu Muda (KMM) mengambil sikap yang lebih lunak dengan Jepun. Katanya, kecenderungan Mat Indera ini jelas bertentangan dengan dakwaan Abdullah C. D. dalam memoirnya. “Berdasarkan kajian ilmiah tersebut, PPP berpandangan Mat Indera bukanlah komunis tetapi seorang nasionalis radikal,” ujarnya. Ini, jelasnya sebagaimana yang pernah dinukilkan oleh veteran Umno sendiri, Tan Sri Abdul Samad Idris dalam bukunya “25 Tahun Merdeka” mukasurat 357-358: “Kita melihat beberapa orang Melayu terlibat dalam gerakan Komunis selepas pengisytiharan Dharurat tahun 1948. Adakah mereka ini komunis atau didorong oleh semangat Nasionalisme yang meluap-luap? Perkara inilah menjadi teka-teki kepada kebanyakan pengkaji sejarah kita. “Kalau kita mahu menganggap mereka berfahaman komunis disebabkan terlibat secara langsung dalam pemberontakan bersenjata komunis, bagaimanakah kita mahu memberi penilaian kepada tokoh-tokoh seperti Dato’ Bahaman, Mat Kilau dan To’ Gajah Imam Rasu? Atau kepada perjuangan Dato’ Dol Said di Naning, Dato’ Maharajalela di Pasir Salak, To’ Janggut di Pasir Puteh dan Rosli Dhobi di Sarawak? Mereka juga melakukan pemberontakan bersenjata menentang Inggeris yang menjadi kerajaan di Tanah Melayu”. Justeru, tegas Ahmad Zuhdi, PPP melihat kenyataan Tan Sri Abdul Samad Idris itu hampir sama dengan intipati ucapan Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu dalam ceramahnya |
Thursday, August 25, 2011
Mufti: Melayu berpecah kerana kerajaan rasuah
Bercakap dalam wacana "Ulama dan Politik" di Shah Alam hari ini, Harussani berkata sebagai orang yang tidak berparti, beliau telah mengambil pendekatan itu sejak zaman Tun Razak Hussein lagi.
Diminta menghuraikan tegurannya itu, Harussani bagaimanapun enggan melakukannya kerana berharap ia "habis di sini sahaja".
Bercakap dalam wacana "Ulama dan Politik" di Shah Alam hari ini, Harussani berkata sebagai orang yang tidak berparti, beliau mengambil pendekatan itu sejak zaman bapa Najib - Tun Razak Hussein - menjadi perdana menteri lagi.
Harussani turut berkata, beliau juga pernah cuba menasihati bekas perdana Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini berhubung pelbagai isu.
Harussani berkata, walaupun Dr Mahathir selalu mendengar nasihatnya, terdapat tiga perkara yang tidak dipedulikan.
Perkara itu menurutnya, nasihat yang cuba disampaikan supaya Dr Mahathir tidak memecat timbalannya ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Waktu nak pecat Anwar, saya pergi tapi tak boleh masuk (jumpa). Saya kata, kalau pecat dia, bukan sikit pengaruh dia (Anwar), berpecah orang Melayu... Kalau hendak buat tuduhan liwat, kalau tak ada saksi, buruk padahnya.
Tak ingat
"(Nasihat) kedua, kalau nak pecat, buat rombakan kabinet dulu. Letakkan dia (Anwar) sebagai menteri biasa (baru pecat).
"Satu lagi (nasihat) saya tidak ingat," kata Harussani.
Pada zaman Abdullah pula, mufti paling kanan di Malaysia itu berkata, beliau pernah tiga kali menasihatinya tetapi semuanya ditolak.
Beliau bagaimanapun tidak menyebutkan apa tiga nasihatnya kepada Abdullah itu.
Harussani tegas mengulangi pendiriannya bahawa Melayu-Islam bersatu-padu, termasuk melalui pembentukan kerajaan campuran antara Umno-PAS kerana dalam al-Quran umat Islam diperintah berkasih-kasihan antara satu sama lain dan bukannya dengan orang kafir.
"Dalam al-Quran disebut orang kafir zalim. Tak pernah lagi disebut orang Islam itu zalim," katanya merujuk kepada kerjasama politik parti Melayu dengan parti yang didokong bukan Islam.
Dua lagi anggota panel dalam wacana itu Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan ulama muda Umno Fathul Baru Mat Jahya. Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin bertindak sebagai moderator.
Sebagai respons kepada pendapat itu, Tuan Ibrahim (kiri) sebelum itu secara berseloroh mengusik Harussani dengan berkata:
"Kalau mufti hendak jumpa perdana menteri pun tak boleh, lu fikirlah sendiri."
Kata-kata itu nyata mengundang ketawa besar kira-kira 500 peserta yang hadir dalam majlis kira-kira dua jam itu.
Mengaitkan perkara itu tentang pengiktirafan terhadap ulama, Tuan Ibrahim mengambil kesempatan menyifatkan kerajaan dan Umno selama ini selama ini hanya menjadikan ulama seolah-olah 'terompah kayu' dan 'ricecooker' (periuk nasi).
Sementara itu, Fathul pula berkata, usaha dakwah memerlukan masa dan tempoh sebelum membuahkan hasil.
Sehubungan itu, beliau meminta umat Islam di negara ini mendoakan kebaikan kepada pemimpin supaya kesannya dirasai semua lapisan masyarakat.
"Ini tidak, doa minta mampuslah, pecah perutlah," katanya yang kesal kerana pernah digelar "ulama upahan".
Wednesday, August 24, 2011
Salam Aidil Fitri
Bismillahirahmanirahim..............
Assalamualaikum wrm wbt,
AllahuAkbar, AllahuAkbar, AllahuAkbar
Sekian , Wassalamualaikum wrm wbt
Dr Hjh Najihatussalehah bt Ahmad.
Ketua Dewan Muslimat Pas Negeri Perak
sessi 2011/2013
Friday, August 5, 2011
Lagi 52 'Kesilapan Teknikal' SPR dan JPN Didedahkan !!
Semalam, seorang pemegang Kad Pengenalan Malaysia warna merah 'Pemastautin Tetap' didapati sebagai pengundi baru dalam sistem SPR. Berikutan pendedahan tersebut, pada sebelah petangnya nama pemegang kad pengenalan MyPR (Merah) iaitu Mismah telah diubah menjadi warganegara.
Pembongkaran Mismah bersama IC Merah pada sebelah pagi itu telah menerbitkan perasaan panik di kalangan mereka yang membuat kerja-kerja jahat memastikan kemenangan BN pada PRU akan datang. Oleh kerana panik, terus 'mereka' tukar status IC Merah kepada IC Biru sepertimana yang dipunyai oleh rakyat Malaysia secara mutlaknya. Dengan pertukaran ini, Mismah telah dibenarkan mengundi, dan ia berlaku sekelip mata! Nampaknya, program Pemutihan yang dilaksana kerajaan kononnya untuk sistem biometrik akhirnya menunjukkan tanda-tanda awal betapa ia satu muslihat yang besar!
Namun demikian, hari ini telah dijawab oleh SPR bahawa ini adalah kesilapan teknikal JPN kononnya sistem tersebut tidak dikemaskini sepenuhnya. Kita boleh saja terima jika kesilapan ini berlaku sekali, tetapi bagaimana jika 'kesilapan teknikal ini berlaku berkali-kali, berpuluh kali, beratus kali dan beribu kali ? Rakyat mahukan jawapan yang lebih detail, rakyat sekarang sudah bijak menafsir penipuan.
Hari ini juga telah didedahkan oleh Lujnah IT PAS bahawa lebih 52 kes telah dapat dikesan di seluruh Selangor. Ini kes-kes yang berjaya dikesan, di atas keterbatasan pastinya lebih banyak kes seperti Mismah yang tidak dapat dikesan. Tidak keterlaluan jika dikatakan telah banyak kes yang selesai 'urusniaga MoU' di antara warga asing yang diberi IC biru dan si penyangak SPR-JPN-UMNO supaya warga asing yang mendapat kewargenegaraan segera itu mengundi BN dalam PRU akan datang sebagai syarat asasnya.
Bayangkan jika setiap DUN yang jumlah majoriti kemenangan Pakatan Rakyat di bawah seribu, diletakkan pula pengundi warga asing seramai seribu setiap DUN tersebut, maka tewaslah Pakatan Rakyat mengikut perkiraan logik. Ini bermakna, pertembungan sebenar sudah menjadi di antara rakyat dan penggadai bangsa yang dibantu oleh warga asing. FAKOF!!
Di bawah ialah laporan kes pasca Mismah-gate !

Selepas heboh laporan menceritakan "kecekapan luar biasa" Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menukar taraf kewarganegaraan Mismah dalam masa empat jam, 52 lagi kes serupa ditemui PAS Titiwangsa.
Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini, Timbalan Yang Dipertua PAS Titiwangsa Khairul Anuar Manap mendedahkan perkara itu dikesan kira-kira jam 2.30 petang.
Menurutnya, kira- kira jam 9.15 pagi tadi, petugas IT PAS Wilayah Persekutuan dan Titiwangsa berjaya mengesan 52 orang pemilih yang berstatus penduduk tetap di dalam Rang Daftar Pemilih suku ke-2 bagi tahun 2011.
Kemudiannya senarai tersebut dikeluarkan dan disemak di dalam sistem semakan MyKad dan MyPR Jabatan Pendaftaran Negara di alamathttp://www.jpn.gov.my/semakic/ dan mendapati kesemua 52 orang tersebut berstatus Permastautin Tetap atau PR.
Senarai status penduduk tetap yang di kesan itu ialah, 28 nama di parlimen Titiwangsa, Segambut (5), Batu (8), Wangsa Maju (4), Bandar Tun Razak (1), dan Lembah pantai (6).
"Petugas IT PAS wilayah terus mencetak atau "print screen" semua gambar kad penduduk tetap tersebut daripada sistem semakan JPN dan menyertakan senarai nama dan dibawa ke pejabat Suruhanjaya Pendaftaran Negara (SPR) Wilayah Persekutuan di Bangunan Yayasan Selangor, Jalan Raja Muda Abd Aziz untuk tujuan bantahan.
"Kira-kira jam 2.30, iaitu sebelum mengisi borang bantahan senarai Rang Daftar Pemilih, pegawai SPR mengesahkan kesemua senarai 52 orang itu adalah warganegara melalui sistem semakan JPN.
"Petugas PAS cuba mengesahkan semula dan ternyata semua nama tersebut telah bertukar menjadi warganegara hanya selepas berberapa jam," ceritanya.
Lebih pelik katanya, bagaimana semua 52 nama itu boleh terlepas masuk dalam rang daftar pemilih sedangkan semuanya berstatus penduduk tetap atau soalnya, apakah ada suatu komplot antara SPR dan JPN dalam usaha memenangkan parti Umno BN.
Sehubungan itu, beliau berharap agar perkara ini tidak dipandang remeh oleh pihak berkuasa dalam negara dan dapat menyelesaikan dengan kadar segera sebelum tindakan yang lebih drastik diambil.
Petang tadi, negara digemparkan dengan seorang penduduk tetap (PR), Mismah yang memegang kad MyPR merah telah didaftarkan sebagai pengundi baru, bertukar menjadi warganegara dalam masa beberapa jam.
Dia kini mempunyai MyKad biru, berdasarkan semakan pada sistem dalam talian yang sama JPN di mana butiran identifikasi dirinya direkodkan.
Pendedahan dan penemuan terbaru itu bakal memberi tekanan baru kepada SPR yang selama ini mendakwa tiada manipulasi dalam daftar pemilih dan senarai pemilih sudah dibersihkan.
Menjelang PRU ke-13, dijangkan lebih banyak lagi pendedahan akan dibuat Pakatan Rakyat berhubung penyelewengan pihak tertentu dalam usaha memenangi pilihan raya dengan cara yang tidak demokratik.














