Monday, September 26, 2011

YB Siti Zailah Ke PERAK : Tingkatkan Taqwa, Menangkan Islam









Ipoh (22.09.11): Kehadiran Ketua Muslimat PAS Pusat, YB Hajjah Siti Zailah Mohd Yusuff yang juga merupakan ahli parlimen Rantau Panjang telah memberi semangat buat semua ahli jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Negeri (DMPN) Perak untuk memperkasakan jentera dalam persiapan menuju pilihanraya umum ke 13 yang akan berlaku bila-bila masa sahaja lagi. YB Hajjah Siti Zailah turut ditemani oleh tiga pimpinan dari Dewan Muslimat Pas Pusat (DMPP) iaitu Al Ukht. Che Azlina Che Harun , Hjh. Aida Yusof Rawa dan Pn Norhayati Bachok bagi memantau gerakkerja dan perkongsian dua hala dalam memastikan Negeri Perak dapat dikembalikan semula ke Pakatan Rakyat (PR). Seramai lebih dari 60 orang ahli jawatankuasa hadir yang terdiri daripada AJK harian DMPN, AJK HalWa JPN, Pengarah Pilihanraya DMPK dan ketua HalWa MTD yang telah diadakan di Pejabat Badan Perhubungan PAS Ipoh pada jam 3.00 petang.

Dalam Ucapan YB Hajjah Siti Zailah, beliau menegaskan bahawa hanya kekuatan Taqwa kepada ALLAH, memperbanyakkan ibadah dan berusaha dengan bersungguh-sungguh adalah tugas utama dalam memastikan Islam dapat ditegakkan. Cabaran yang dihadapi oleh para Anbiya’ sebelum ini dan Ulama’ terdahulu dalam mempertahankan Islam patut dijadikan teladan oleh muslimat dalam menghadapi ujian yang boleh melemahkan semangat dalam perjuangan. Matlamat yang sebenar adalah mendapatkan keredhaan ALLAH sebagai bekalan sebelum menuju alam akhirat. Beliau juga mengingatkan agar muslimat dapat menjalankan tugas dengan amanah dan ikhlas serta memperbanyakkan aktiviti bersama masyarakat baik bersama Cina, India atau kaum lain.

“Jangan meletakkan halangan jawatan, masa, keluarga dan anak-anak untuk tidak terlibat dengan PAS. Ianya terletak atas keikhlasan diri kita”.

“Buat kerja dengan penuh kasih sayang. Jika buat kerja dengan terpaksa, hasilnya berbeza. Jika buat kerja dengan ikhlas, hasilnya sangat luar biasa”, tambahnya lagi.

Pertemuan dua mata antara DMPP dan DMPN telah memberi impak yang baik kepada kedua belah pihak dan ianya berakhir pada pukul 5.30 petang. Setelah itu DMPP dan wakil dari DMPN telah membuat lawatan ke bilik gerakan DUN Manjoi yang diketuai oleh Dr Najihatussalehah Ahmad selaku ketua DMPN.




Sunday, September 25, 2011

Pakatan kesal Umno peralat hudud demi politik

Pakatan Rakyat kesal Umno-BN memperalatkan isu hudud sebagai permainan politik, sedangkan pemimpin mereka tidak pernah berhasrat membincangkan isu ini secara tuntas dan serius, kata Ketua Pembangkang Daruk Seri Anwar Ibrahim.

NONEMenurutnya, lebih malang lagi, apabila media yang dikuasai pemerintah pula mencanangkan kononnya undang-undang syariah sebagai suatu warisan zaman primitif.

“Harus diingat, pandangan beberapa kerat pimpinan Umno yang mempersenda hukum Islam ini sesungguhnya tidaklah mewakili umat.

“Waima mutakhir ini beberapa pimpinan Umno memperlihatkan diri sebagai jagoan memperjuangkan Islam, manakala seringkali pula mereka menuduh pimpinan Pakatan Rakyat sebagai pengkhianat agama dan bangsa, sedangkan yang sering dilaung-laungkan oleh pimpinan Umno-BN sekadar retorika membakar sentimen serta sering tersasar dari kehendak syariah yang mahukan kemaslahatan untuk rakyat,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Menurut Anwar, yang juga adalah ketua umum PKR, perlaksanaan hukum Islam sewajarnya mengambil kira keberkesanan pentadbiran mahkamah syariah negara ini memastikan keadilan untuk semua.

NONEMenyentuh persoalan keadilan untuk semua, katanya. perlaksanaan undang-undang syariah semestinya menjamin hak bukan Islam tidak dicerobohi serta dizalimi.

Justeru, Pakatan akan berpegang pada pemuafakatan yang tertera dalam Buku Jingga.

Maqasid al Syariah

"Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153," katanya lagi.

Menurut Anwar lagi, meskipun beliau menghormati keputusan kerajaan negeri Kelantan yang mahu melaksanakan hudud, namun ia mesti tertakluk kepada beberapa perkara.

NONE“Pertamanya persoalan Maqasid al Syariah, Matlamat Utama Syariah, iaitu menjamin keadilan untuk semua.

“Malah dalam karya saya yang berjudul Gelombang Kebangkitan Asia, tuntas saya ungkapkan keutamaan Maqasid al Shariah demi menjamin keadilan untuk semua.

“Justeru adalah baik untuk kita merenung beberapa aspek perundangan syariah yang berjaya dilaksanakan di Kelantan, maka tidak wajar buat saya menempelak atau meremehkan langkah tersebut,” katnya.

Anwar berkata Pakatan Rakyat merupakan suatu muafakat utuh dan berlandaskan kejujuran mahukan perubahan buat rakyat negara Malaysia dan oleh itu, isu yang menyentuh kepentingan rakyat pastinya dibincangkan bersama semua wakil dari parti komponen.

azlanManakala keputusan yang dibuat merupakan pendirian bersama.

“Pun demikian Pakatan Rakyat berpendirian, setiap dari parti komponen sewajarnya mempunyai ruang untuk mengungkapkan keyakinan, faham serta ideologi terutamanya kepada pendokong mereka,” katanya.

Wednesday, September 21, 2011

SALAM TAKZIAH

Saf kepimpinan Dewan Muslimat PAS Negeri Perak, mengucapkan takziah kepada keluarga Setiausaha Dewan Muslimat Negeri Perak, Puan Hanisah Hassan kerana ibu mertuanya telah kembali mengadap Illahi jam 11.00 malam pada 20 September 2011 di rumahnya. Jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Pengkalan Pegoh. Semoga roh arwah dicucuri rahmat.

Tuesday, September 20, 2011

Akta ganti ISA lebih zalim

22 Syawal 1432H.

Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM) Dewan Pemuda PAS Malaysia menyambut baik langkah Perdana Menteri untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (“ISA”). Langkah tersebut mendapat pujian semua pihak khususnya parti pembangkang dan badan-badan bukan kerajaan.


Tetapi masih timbul tanda tanya kerana pemansuhan ISA itu bukanlah pemansuhan mutlak tanpa bersyarat malah berikutan pemansuhan itu, Kerajaan bakal memperkenalkan dua lagi akta baru bagi menggantikan ISA tersebut. Menteri Dalam Negeri pula mendedahkan bahawa dua akta baru yang akan diperkenalkan oleh Kerajaan tersebut adalah berasaskan kepada Patriot Act di Amerika Syarikat dan Anti-Terrorism Act di United Kingdom.


USA Patriot Act atau lebih dikenali sebagai Patriot Act adalah singkatan kepada Uniting (and) Strengthening America (by) Providing Appropriate Tools Required (to) Intercept (and) Obstruct Terrorism Act of 2001 dan telah diperkenalkan oleh Presiden George W. Bush pada 6 Oktober 2001. Akta ini diperkenalkan selepas Amerika mengalami serangan September 11, 2001.


Akta ini telah memberikan lebih kuasa kepada agensi penguatkuasa undang-undang untuk menyiasat rekod panggilan telefon, emel, perubatan, kewangan dan mengurangkan halangan undang-undang kepada agensi berkenaan untuk menjalankan aktiviti risikan khususnya ke atas warga dan entiti asing. Akta ini juga meluaskan kuasa agensi itu berkaitan budi bicara menahan atau menghantar pulang mana-mana warga asing yang menjadi suspek dalam aktiviti keganasan.


Perlaksanaan akta ini telah mendapat tentangan daripada badan hak asasi manusia kerana sifat akta ini yang zalim khususnya penahanan tanpa had masa ke atas suspek, kuasa menggeledah sesebuah premis tanpa kehadiran atau pengetahuan pemilik dan kuasa untuk memintas komunikasi telefon, emel atau rekod kewangan tanpa waran mahkamah. Harus dinyatakan di sini bahawa Mahkamah Persekutuan telah beberapa kali membuat keputusan bahawa tindakan yang dibuat oleh agensi berkenaan adalah salah dan bercanggah dengan perlembagaan.


Di United Kingdom, langkah yang sama telah diambil oleh Kerajaan kira-kira dua bulan selepas serangan September 11, 2001, Kerajaan telah memperkenalkan Anti-Terrorism, Crime and Security Act 2001. Ciri penting akta ini adalah kuasa untuk menahan warga asing yang menjadi suspek dalang pengganas untuk ditahan tanpa bicara tanpa had masa. Namun, suspek itu boleh dibebaskan dengan syarat beliau meninggalkan United Kingdom. Pihak Kerajaan mendakwa bahawa kebanyakan bukti yang ada ke atas suspek ini tidak dapat digunakan di mahkamah kerana factor-faktor keselamatan.


JUHAM menegaskan bahawa penggunaan akta ini telah dicabar di Mahkamah dan House of Lords pernah memutuskan bahawa penahanan suspek tanpa bicara adalah bertentangan dengan Human Rights Act 1998 kerana bersifat diskriminasi memandangkan akta ini membezakan tindakan ke atas warga asing dan warga UK sendiri. Oleh itu, Kerajaan telah memperkenalkan satu akta baru iaitu, Prevention of Terrorism Act 2005 bagi meremedikan masalah diskriminasi itu. Di bawah akta baru ini, tiada perbezaan antara tahanan warga asing atau warga tempatan. Namun, akta baru ini juga tidak sunyi daripada dicabar di mahkamah.


Umpamanya, pada tahun 2006 penggunaan akta baru ini juga telah dicabar di mahkamah dan mahkamah telah memutuskan bahawa peruntukan seksyen 3 akta baru ini bertentangan dengan hak untuk mendapatkan perbicaraan yang adil di bawah Art. 6 European Convention on Human Rights. Ini kerana hak orang yang ditahan ini bukan ditentukan oleh sebuah mahkamah yang bebas tetapi di bawah keputusan pihak eksekutif, yang mempunyai kuasa melebihi kuasa pemutus mahkamah. Walaupun sebahagian keputusan ini akhirnya diubah oleh Mahkamah Rayuan namun hakikatnya perlaksanaan akta ini telah diimbangi dengan kewujudan Human Rights Act 1998. Human Rights Act 1998 adalah sebuah akta yang sangat berkuasa kerana akta ini menjadikan sesuatu tindakan sebuah badan awam sebagai tidak sah jika tindakan tersebut bertentangan dengan European Convention of Human Rights. Malah, jika pihak litigan tidak berpuas hati, mereka masih boleh membawa kes mereka ke mahkamah hak asasi di Strasbourg.


Sungguhpun langkah Perdana Menteri yang ingin memansuhkan ISA adalah dialu-alukan, namun, pengumuman Kerajaan untuk menggantikan ISA ini dengan dua model iaitu Patriot Act di USA dan Anti-Terrorism Act di UK adalah sangat tidak tepat. Seharusnya Kerajaan tidak meniru akta yang dilaksanakan di USA dan UK itu kerana ternyata keadaan di negara tersebut tidak sama dengan di Malaysia. Jika Kerajaan ingin juga meniru kedua-dua akta tersebut seharusnya Kerajaan juga mesti memperkenalkan undang-undang yang boleh mengimbangi sifat arbitrari kedua-dua akta itu dengan prinsip-prinsip hak asasi manusia sejagat.


Sekiranya, prinsip hak asasi tidak diperkukuhkan maka tiada guna ISA itu dihapuskan dan digantikan dengan dua akta baru yang lebih menekan dan bersifat opresif, ibarat pepatah Melayu “Keluar mulut buaya, masuk mulut singa”. Di samping itu, sayugia juga dimaklumkan bahawa beberapa pindaan telahpun dibuat ke atas Kanun Kesiksaan dan beberapa akta lain berhubung dengan kesalahan berkaitan terorisme ini.


Sehubungan dengan ini juga, JUHAM berpandangan adalah wajar kerajaan mempelajari falsafah perundangan Islam yang tidak membenarkan kebebasan seseorang itu disekat melainkan dengan bukti yang nyata. Penahanan seseorang tanpa bicara adalah zalim dan telah terbukti semenjak beberapa dekad bahawa ISA telah digunakan untuk menahan tahanan semata-mata kerana perbezaan fahaman politik. Penahanan atas dasar perbezaan politik adalah amat kejam dan melainkan terdapat unsur-unsur terorisme dalam perjuangan politik itu maka barulah tindakan penahanan dan pendakwaan patut dibuat. Selagi penyebaran fahaman politik itu masih dalam batasan demokrasi, tidak seharusnya kerajaan berasa terancam. Semoga demokrasi terus subur di Malaysia.


AHMAD ZAMRI BIN ASA’AD KHUZAIMI
Pengarah
Jabatan Undang-Undang Dan Hak Asasi Manusia (JUHAM)
Dewan pemuda PAS Malaysia


H/daily

Thursday, September 15, 2011

SALAM TAKZIAH

Saff Kepimpian Dewan Muslimat PAS Negeri Perak Mengucapkan Takziah kepada keluarga AJK Muslimat PAS Pusat, Ustazah Azizah Khatib Mat, kerana telah kehilangan putera sulungnya sebelum subuh awal hari ini di Hospital Sultan Ahmad Shah Temerloh di sisi keluarga terdekat.

Mohd Faiq Mohd Alwi, 40, sebelum itu dimasukkan ke hospital berkenaan akibat komplikasi daripada kanser darah yang dideritainya sejak lebih setahun lalu.

Beliau juga anak kepada bekas Pesuruhjaya PAS Pahang, Allahyarham Ustaz Mohd Alwi Abdul Hamid.
Faiq merupakan seorang pegawai di Takaful Malaysia Temerloh. Beliau sudah berumahtangga dan mempunyai seorang cahaya mata. Isterinya masih menyambung pelajaran di Australia.

Menurut seorang AJK PAS Kawasan Maran, Ramli Abdul Rahman, jenazahnya dijangka akan disembahyangkan selepas Solat Zohor hari ini di Darul Hijrah, Paya Pasir di sini.
Didoakan keluarganya tabah menerima dugaan dan semga roh Allahyarham dicucuri rahmat.



Monday, September 12, 2011

Najib bentang cukai kerajaan 6% pra bayar

KUALA LUMPUR, 12 Sept: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didakwa berpura-pura lupa atau sememangnya tidak tahu apa-apa dengan cukai enam peratus cukai pra bayar kerana ia telah dimasukkan dalam Bajet 2011 lalu oleh beliau.

"Pihak Telco hanya melaksanakan Bajet yang telah dibentangkan oleh Najib menjelang tahun 2011 lalu dan telah diluluskan oleh kerajaan.

"Kini apabila mereka hanya ingin melaksanakannya, Najib menyalahkan Telco pula, seolah-olah beliau pemimpin yang prihatin menjelang pilihan raya ini," kata Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) , Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS (PPP).

Baru-baru ini, syarikat telekomunikai di Malaysia telah mengumumkan akan mengenakan cukai kerajaan sebanyak enam peratus dalam semua jualan kad pra bayarnya mulai 15 September ini.

Ini bermakna, setiap RM10 nilai kad pra bayar, harganya akan menjadi RM10.60 di mana 60 sen adalah cukai yang dikenakan kerajaan melalui Telco kepada penggunanya.

Jumlah 60 sen setiap RM10 ini akan dibayar oleh Telco kepada kerajaan.

Kerajaan dijangka akan memperolehi pendapatan sebanyak RM750 juta hasil melalui cukai ini untuk tahun ini sahaja.

Namun begitu, jumlah ini tidak sebanyak mana jika dibandingkan dengan pendapatan yang akan diperolehi kerajaan jika menarik balik subsidi kepada enam Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) iaitu sebanyak RM17 bilion setahun.

"Persoalan ini membuat kita tertanya-tanya, siapa sebenarnya yang ditakuti dan disayangi oleh Najib?" soal Dr Dzulkefly yang juga AJK PAS Pusat dan anggota Parlimen Kuala Selangor.

Kesan teruk

Langkah mengenakan cukai ini memberikan tekanan teruk kepada golongan berpendapatan rendah terutama remaja, pelajar dan pekerja kilang kerana mereka golongan paling banyak menggunakan perkhidmatan pra bayar ini.

Golongan yang mempunyai pekerjaan tetap dan berada biasanya menggunakan khidmat post paid atau menggunakan bil penggunaan.

Harakahdaily difahamkan, terdapat 26 juta nombor prepaid yang dikeluarkan oleh Telco di negara ini.

Ekoran pengumuman Telco untuk melaksanakan cukai ini, pelbagai pihak khasnya golongan remaja membuat bantahan terhadapnya melalui laman sosial dan media baru yang kebanyakannya dikuasai mereka.

Ekoran itu, Perdana Menteri Najib menyalahkan Telco kerana mengenakan cukai ini padahal ia telah dikemukakan beliau melalui Bajet 2011 dan pihak Telco hanya melaksanakan keputusan itu sahaja.

Harakahdaily difahamkan, selama ini cukai hanya diserap oleh Telco melalui keuntungan jualan pre paid mereka namun ia tidak mampu lagi berbuat demikian sedangkan duit itu dibayarkan kepada kerajaan dan bukannya diperolehi mereka.

Ekoran itu, semua Telco, terutama tiga yang utama iaitu Celcom, Digi dan Mexis akan mula mengenakannya kepada pengguna pra bayar.

Difahamkan, pengguna terbesar pra bayar adalah pengguna Digi.

Najib baru-baru ini mengarahkan syarikat-syarikat telekomunikasi mengkaji semula langkah mengenakan cukai perkhidmatan enam peratus ke atas kad prabayar sambil menegaskan ia sukar untuk diterima dalam situasi kenaikan kos sara hidup sekarang.

Perdana Menteri menegaskan cukai itu dikuatkuasakan ketika kerajaan pula sedang berusaha untuk mengurangkan beban di sebalik kenaikan kadar inflasi sejak beberapa bulan yang lalu.

“Reaksi dan maklum balas daripada orang awam ialah langkah Telco, tidak popular dan sukar untuk diterima,” kata beliau.

“Jadi, saya berharap Telco akan mengkaji semula langkah ini memandangkan kita sedang cuba mengurangkan beban ke atas orang ramai yang perlu menanggung kenaikan kos harga barang,” kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

Najib juga menafikan Telco telah menerima kelulusan Kementerian Kewangan, sebaliknya menjelaskan keputusan itu dibuat oleh syarikat-syarikat telekomunikasi sendiri.

Pelbagai parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan sejak semalam berkata pihaknya kesal dengan keputusan syarikat telekomunikasi yang mengumumkan pengenalan cukai perkhidmatan enam peratus ke atas pembelian tambah nilai prabayar dan pek atau kad SIM berkuat kuasa pada 15 September ini.

HarakahDaily

Friday, September 9, 2011

Kajian: Mat Indera bukan komunis

|
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 8 Sept: Satu kajian yang dilakukan oleh Ayub @ Uiop Kassim pada tahun 1973 menyimpulkan Mat Indera bukan berfahaman komunis.

Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Dr Ahmad Zuhdi Marzuki berkata, kajian tersebut adalah Latihan Ilmiah untuk memenuhi keperluan pengijazahan Sarjana Muda Sastera di Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, bertajuk “Peristiwa Berdarah Tahun 1950 di Bukit Kepong, Muar: Satu Post-Mortem”.

Tambahnya, tujuan kajian tersebut adalah untuk mengkaji keterlibatan golongan elit agama di Muar dalam perjuangan gerila bersenjata untuk menentang penjajah dengan tumpuan khusus terhadap Mat Indera dan peristiwa berdarah Bukit Kepong, Muar.

Menurutnya, meskipun kajian tersebut adalah dilakukan di peringkat ijazah pertama, pengkaji telah berjaya melakukan wawancara dengan mereka yang terlibat secara langsung dengan peristiwa tersebut termasuklah Haji Nawi Idrus, Ketua Pengawal Kampung (Home Guard) dan rakan-rakan Mat Indera yang menyertainya masuk ke hutan.

“Kaedah wawancara ini adalah yang paling sesuai bagi mendapat maklumat sebenar disebabkan kebanyakan maklumat rasmi berkaitan dengan peristiwa Bukit Kepong ini disediakan oleh penjajah British melalui perisikan mereka.

“Setakat kajian PPP, mungkin inilah satu-satunya kajian ilmiah yang paling awal tentang Mat Indera,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Di dalam kajian tersebut, ujarnya pengkaji telah menyimpulkan Mat Indera sebagai golongan elit agama sebagai:

“Islam pada agamanya, demokrasi pada prinsipnya, nasionalis pada fahamannya, radikal dalam perjuangannya dan militant mengikut tindakannya.”

Selain daripada itu, tambah beliau Ayub Kassim juga pada mukasurat 71 menyimpulkan bahawa Mat Indera adalah seorang nasionalis bukannya komunis, yang bergerila bersama komunis.

“Beliau menyatakan perumpaan Mat Indera sebagai nasionalis dengan gerombolan komunis seumpamanya tidak bercampur antara air dan minyak dalam satu bekas,” katanya.

Katanya lagi, kajian ilmiah itu juga menyebut bahawa pendirian agama Mat Indera banyak dipengaruhi oleh dua orang gurunya iaitu Haji Ibrahim Jubah dan Haji Muhammad Yassin Muhammad (bapa Tan Sri Muhyiddin).

Kedua-dua guru Mat Indera itu, tambahnya dikatakan seorang yang kritis terhadap perkembangan politik ketika itu.

Malah, katanya menurut pengkaji lagi pada mukasurat 30, Haji Muhammad Yassin bin Muhammad begitu kritis dengan perkembangan politik tanahair, dan kalaulah ucapan-ucapannya dilakukan di atas pentas politik nescaya ia akan dilihat berunsurkan subversif.

Menurut kajian ini juga, Mat Indera pernah dilantik sebagai Ketua Cucuk Tanam anjuran Jepun semasa Perang Dunia Kedua.

“Fakta ini sekaligus menafikan dakwaan banyak pihak yang bersumberkan Memoir Abdullah CD, bahawa Mat Indera telah menjadi komunis sejak Perang Dunia Kedua lagi,” ujarnya.

Menurutnya, semasa Perang Dunia Kedua ini komunis mengambil sikap berperang dengan Jepun melalui pertubuhan MPAJA, sedangkan golongan nasionalis Melayu terutama ahli-ahli Kesatuan Melayu Muda (KMM) mengambil sikap yang lebih lunak dengan Jepun.

Katanya, kecenderungan Mat Indera ini jelas bertentangan dengan dakwaan Abdullah C. D. dalam memoirnya.

“Berdasarkan kajian ilmiah tersebut, PPP berpandangan Mat Indera bukanlah komunis tetapi seorang nasionalis radikal,” ujarnya.

Ini, jelasnya sebagaimana yang pernah dinukilkan oleh veteran Umno sendiri, Tan Sri Abdul Samad Idris dalam bukunya “25 Tahun Merdeka” mukasurat 357-358:

“Kita melihat beberapa orang Melayu terlibat dalam gerakan Komunis selepas pengisytiharan Dharurat tahun 1948. Adakah mereka ini komunis atau didorong oleh semangat Nasionalisme yang meluap-luap? Perkara inilah menjadi teka-teki kepada kebanyakan pengkaji sejarah kita.

“Kalau kita mahu menganggap mereka berfahaman komunis disebabkan terlibat secara langsung dalam pemberontakan bersenjata komunis, bagaimanakah kita mahu memberi penilaian kepada tokoh-tokoh seperti Dato’ Bahaman, Mat Kilau dan To’ Gajah Imam Rasu? Atau kepada perjuangan Dato’ Dol Said di Naning, Dato’ Maharajalela di Pasir Salak, To’ Janggut di Pasir Puteh dan Rosli Dhobi di Sarawak? Mereka juga melakukan pemberontakan bersenjata menentang Inggeris yang menjadi kerajaan di Tanah Melayu”.

Justeru, tegas Ahmad Zuhdi, PPP melihat kenyataan Tan Sri Abdul Samad Idris itu hampir sama dengan intipati ucapan Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu dalam ceramahnya

Thursday, August 25, 2011

Mufti: Melayu berpecah kerana kerajaan rasuah




Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria mendedahkan, bagi memastikan perpaduan Melayu-Islam, beliau pernah mengingatkan Datuk Seri Najib Tun Razak tentang kerajaan yang "lemah, tidak amanah dan rasuah."

ulama politik forum at sinar harian 240811 harussani zakaria"Saya kata pada Najib, Datuk Seri, perpecahan Melayu sebab kerajaan ini cukup lemah, tak amanah dan rasuah," kata Harussani.

Bercakap dalam wacana "Ulama dan Politik" di Shah Alam hari ini, Harussani berkata sebagai orang yang tidak berparti, beliau telah mengambil pendekatan itu sejak zaman Tun Razak Hussein lagi.

Diminta menghuraikan tegurannya itu, Harussani bagaimanapun enggan melakukannya kerana berharap ia "habis di sini sahaja".

Bercakap dalam wacana "Ulama dan Politik" di Shah Alam hari ini, Harussani berkata sebagai orang yang tidak berparti, beliau mengambil pendekatan itu sejak zaman bapa Najib - Tun Razak Hussein - menjadi perdana menteri lagi.

Harussani turut berkata, beliau juga pernah cuba menasihati bekas perdana Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini berhubung pelbagai isu.

Harussani berkata, walaupun Dr Mahathir selalu mendengar nasihatnya, terdapat tiga perkara yang tidak dipedulikan.

azlanPerkara itu menurutnya, nasihat yang cuba disampaikan supaya Dr Mahathir tidak memecat timbalannya ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Waktu nak pecat Anwar, saya pergi tapi tak boleh masuk (jumpa). Saya kata, kalau pecat dia, bukan sikit pengaruh dia (Anwar), berpecah orang Melayu... Kalau hendak buat tuduhan liwat, kalau tak ada saksi, buruk padahnya.

Tak ingat

"(Nasihat) kedua, kalau nak pecat, buat rombakan kabinet dulu. Letakkan dia (Anwar) sebagai menteri biasa (baru pecat).

"Satu lagi (nasihat) saya tidak ingat," kata Harussani.

abdullah badawi leaving palacePada zaman Abdullah pula, mufti paling kanan di Malaysia itu berkata, beliau pernah tiga kali menasihatinya tetapi semuanya ditolak.

Beliau bagaimanapun tidak menyebutkan apa tiga nasihatnya kepada Abdullah itu.

Harussani tegas mengulangi pendiriannya bahawa Melayu-Islam bersatu-padu, termasuk melalui pembentukan kerajaan campuran antara Umno-PAS kerana dalam al-Quran umat Islam diperintah berkasih-kasihan antara satu sama lain dan bukannya dengan orang kafir.

"Dalam al-Quran disebut orang kafir zalim. Tak pernah lagi disebut orang Islam itu zalim," katanya merujuk kepada kerjasama politik parti Melayu dengan parti yang didokong bukan Islam.

NONEDua lagi anggota panel dalam wacana itu Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan ulama muda Umno Fathul Baru Mat Jahya. Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin bertindak sebagai moderator.

Sebagai respons kepada pendapat itu, Tuan Ibrahim (kiri) sebelum itu secara berseloroh mengusik Harussani dengan berkata:

"Kalau mufti hendak jumpa perdana menteri pun tak boleh, lu fikirlah sendiri."

Ketawa besar

Kata-kata itu nyata mengundang ketawa besar kira-kira 500 peserta yang hadir dalam majlis kira-kira dua jam itu.

Mengaitkan perkara itu tentang pengiktirafan terhadap ulama, Tuan Ibrahim mengambil kesempatan menyifatkan kerajaan dan Umno selama ini selama ini hanya menjadikan ulama seolah-olah 'terompah kayu' dan 'ricecooker' (periuk nasi).

NONE"Ia beri gambaran, bila perlu saja pakai ulama. Pandangan majlis fatwa ditolak, pandangan mufti diketepi. (Jadi ulama) nak pandu politik macam mana kalau pengiktirafan pun tak ada," katanya.

Sementara itu, Fathul pula berkata, usaha dakwah memerlukan masa dan tempoh sebelum membuahkan hasil.

Sehubungan itu, beliau meminta umat Islam di negara ini mendoakan kebaikan kepada pemimpin supaya kesannya dirasai semua lapisan masyarakat.

"Ini tidak, doa minta mampuslah, pecah perutlah," katanya yang kesal kerana pernah digelar "ulama upahan".

Wednesday, August 24, 2011

Salam Aidil Fitri

AllahuAkbar, AllahuAkbar, AllahuAkbar,AllahuAkbar, AllahuAkbar.

Bismillahirahmanirahim..............

Assalamualaikum wrm wbt,


Segala puji-pujian bagi Allah SWT. Tuhan yang menciptakan seluruh alam semesta, selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, keluarga, para sahabat baginda dan para pejuang agama Allah di sepanjang zaman.


Ramadhan Al Mubarak akan pergi meninggalkan kita, setelah kita berpuasa sebulan dalam bulan yang diberkati ini. Moga-moga Ramadhan yang bakal berlalu dapat mendidik diri kita menjadi orang-orang yang bertaqwa sebagaimana natijah serta hikmah puasa itu sendiri.


Tanda orang bertaqwa, ialah menjadikan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w sebagai panduan yang hakiki dalam kita melayari bahtera kehidupan yang penuh dengan cabaran ini. Ianya merangkumi pelbagai cabaran kehidupan kita, bukan setakat makan, minum, pakaian yang halal semata-mata, tetapi juga cara untuk menguruskan rumahtangga, berhubung sesama manusia sebagai rumpun jiran tetangga dalam sebuah masyarakat.


Bersempena dengan kedatangan bulan Syawal yang bakal tiba, marilah sama-sama kita buktikan tarbiyah Ramadhan dengan kita terus istiqamah kepada panduan Al-Quran dan Sunnah, marilah kita menguatkan persaudaraan di kalangan umat islam, bermaafan dan berkasih sayang di antara satu sama lain, kunjung mengunjung dengan penuh tawadhuk dan berpandukan kepada akhlak islam yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. Dengan buah taqwa ini jugalah ianya mengajar kita untuk menyelesaikan semua masalah dan perkara yang menjadi perbalahan di kalangan umat islam khususnya dalam perkara politik yang menentukan dasar dan halatuju negara dengan panduan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.


Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan ucapan "Eid Mubarak" kepada seluruh ahli, dan penyokong serta saf kepimpinan parti islam SeMalaysia (PAS), dan juga seluruh rakyat beragama islam tanpa mengira fahaman politik mereka. Marilah kita sama-sama bermaaf-maafan dan menjadikan syawal ini sebagai titik tolak kepada keyakinan kita bahawa Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w adalah panduan kita yang hakiki dalam kehidupan kita.

AllahuAkbar, AllahuAkbar, AllahuAkbar

Sekian , Wassalamualaikum wrm wbt

Dr Hjh Najihatussalehah bt Ahmad.
Ketua Dewan Muslimat Pas Negeri Perak
sessi 2011/2013


Friday, August 5, 2011

Lagi 52 'Kesilapan Teknikal' SPR dan JPN Didedahkan !!

Setinggi-tinggi tahniah kepada pemuda PAS dan Lujnah IT PAS kerana langsung tidak leka dalam mendedahkan Komplot SPR-JPN-UMNO-BN !

Semalam, seorang pemegang Kad Pengenalan Malaysia warna merah 'Pemastautin Tetap' didapati sebagai pengundi baru dalam sistem SPR. Berikutan pendedahan tersebut, pada sebelah petangnya nama pemegang kad pengenalan MyPR (Merah) iaitu Mismah telah diubah menjadi warganegara.

Pembongkaran Mismah bersama IC Merah pada sebelah pagi itu telah menerbitkan perasaan panik di kalangan mereka yang membuat kerja-kerja jahat memastikan kemenangan BN pada PRU akan datang. Oleh kerana panik, terus 'mereka' tukar status IC Merah kepada IC Biru sepertimana yang dipunyai oleh rakyat Malaysia secara mutlaknya. Dengan pertukaran ini, Mismah telah dibenarkan mengundi, dan ia berlaku sekelip mata! Nampaknya, program Pemutihan yang dilaksana kerajaan kononnya untuk sistem biometrik akhirnya menunjukkan tanda-tanda awal betapa ia satu muslihat yang besar!

Namun demikian, hari ini telah dijawab oleh SPR bahawa ini adalah kesilapan teknikal JPN kononnya sistem tersebut tidak dikemaskini sepenuhnya. Kita boleh saja terima jika kesilapan ini berlaku sekali, tetapi bagaimana jika 'kesilapan teknikal ini berlaku berkali-kali, berpuluh kali, beratus kali dan beribu kali ? Rakyat mahukan jawapan yang lebih detail, rakyat sekarang sudah bijak menafsir penipuan.

Hari ini juga telah didedahkan oleh Lujnah IT PAS bahawa lebih 52 kes telah dapat dikesan di seluruh Selangor. Ini kes-kes yang berjaya dikesan, di atas keterbatasan pastinya lebih banyak kes seperti Mismah yang tidak dapat dikesan. Tidak keterlaluan jika dikatakan telah banyak kes yang selesai 'urusniaga MoU' di antara warga asing yang diberi IC biru dan si penyangak SPR-JPN-UMNO supaya warga asing yang mendapat kewargenegaraan segera itu mengundi BN dalam PRU akan datang sebagai syarat asasnya.

Bayangkan jika setiap DUN yang jumlah majoriti kemenangan Pakatan Rakyat di bawah seribu, diletakkan pula pengundi warga asing seramai seribu setiap DUN tersebut, maka tewaslah Pakatan Rakyat mengikut perkiraan logik. Ini bermakna, pertembungan sebenar sudah menjadi di antara rakyat dan penggadai bangsa yang dibantu oleh warga asing. FAKOF!!

Di bawah ialah laporan kes pasca Mismah-gate !

Jangan terkejut jika bukan Mismah sahaja yang statusnya penduduk tetap disebelah pagi bertukar menjadi warganegara sebelah petang, malah pertukaran serupa turut melibatkan ramai lagi.

Selepas heboh laporan menceritakan "kecekapan luar biasa" Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menukar taraf kewarganegaraan Mismah dalam masa empat jam, 52 lagi kes serupa ditemui PAS Titiwangsa.

Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini, Timbalan Yang Dipertua PAS Titiwangsa Khairul Anuar Manap mendedahkan perkara itu dikesan kira-kira jam 2.30 petang.

Menurutnya, kira- kira jam 9.15 pagi tadi, petugas IT PAS Wilayah Persekutuan dan Titiwangsa berjaya mengesan 52 orang pemilih yang berstatus penduduk tetap di dalam Rang Daftar Pemilih suku ke-2 bagi tahun 2011.

Kemudiannya senarai tersebut dikeluarkan dan disemak di dalam sistem semakan MyKad dan MyPR Jabatan Pendaftaran Negara di alamathttp://www.jpn.gov.my/semakic/ dan mendapati kesemua 52 orang tersebut berstatus Permastautin Tetap atau PR.


Senarai status penduduk tetap yang di kesan itu ialah, 28 nama di parlimen Titiwangsa, Segambut (5), Batu (8), Wangsa Maju (4), Bandar Tun Razak (1), dan Lembah pantai (6).

"Petugas IT PAS wilayah terus mencetak atau "print screen" semua gambar kad penduduk tetap tersebut daripada sistem semakan JPN dan menyertakan senarai nama dan dibawa ke pejabat Suruhanjaya Pendaftaran Negara (SPR) Wilayah Persekutuan di Bangunan Yayasan Selangor, Jalan Raja Muda Abd Aziz untuk tujuan bantahan.

"Kira-kira jam 2.30, iaitu sebelum mengisi borang bantahan senarai Rang Daftar Pemilih, pegawai SPR mengesahkan kesemua senarai 52 orang itu adalah warganegara melalui sistem semakan JPN.

"Petugas PAS cuba mengesahkan semula dan ternyata semua nama tersebut telah bertukar menjadi warganegara hanya selepas berberapa jam," ceritanya.

Lebih pelik katanya, bagaimana semua 52 nama itu boleh terlepas masuk dalam rang daftar pemilih sedangkan semuanya berstatus penduduk tetap atau soalnya, apakah ada suatu komplot antara SPR dan JPN dalam usaha memenangkan parti Umno BN.

Sehubungan itu, beliau berharap agar perkara ini tidak dipandang remeh oleh pihak berkuasa dalam negara dan dapat menyelesaikan dengan kadar segera sebelum tindakan yang lebih drastik diambil.

Petang tadi, negara digemparkan dengan seorang penduduk tetap (PR), Mismah yang memegang kad MyPR merah telah didaftarkan sebagai pengundi baru, bertukar menjadi warganegara dalam masa beberapa jam.

Dia kini mempunyai MyKad biru, berdasarkan semakan pada sistem dalam talian yang sama JPN di mana butiran identifikasi dirinya direkodkan.

Pendedahan dan penemuan terbaru itu bakal memberi tekanan baru kepada SPR yang selama ini mendakwa tiada manipulasi dalam daftar pemilih dan senarai pemilih sudah dibersihkan.

Menjelang PRU ke-13, dijangkan lebih banyak lagi pendedahan akan dibuat Pakatan Rakyat berhubung penyelewengan pihak tertentu dalam usaha memenangi pilihan raya dengan cara yang tidak demokratik.

Monday, July 18, 2011

Takziah untuk keluarga Dr Lo' Lo'

Dewan Muslimat PAS negeri Perak merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarhamah Dr Lo'lo Bt Dato' Mohd Ghazali. Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang kira-kira jam 10.15 malam, setelah dua tahun menghidap penyakit kenser. Allahyarhamah merupakan kakak kepada Pn Zuhairah Bt Dato'Mohd Ghazali, Naib Ketua Dewan Muslimat PAS negeri Perak. Pemergian Allahyarhamah sangat dirasai oleh ahli muslimat PAS negeri Perak terutama bagi kawasan Bukit Gantang, kerana pada pilihanraya umum yang ke 11(2004), beliau diberi tanggungjawab oleh PAS bertanding di Parlimen Bukit Gantang, Perak tetapi tewas. Ketewasan itu tidak sedikit pun melemahkan semangatnya, malah kekalahan yang pertama itu menjadi peransang untuk beliau terus mengorak langkah tanpa menoleh kebelakang lagi. Kekalahan dan pengalaman pertama itu mengajar beliau erti perjuangan menerusi pilihan -raya. Dr Lo'lo merupakan puteri kepada bekas mufti Perak, Dato' Mohd Ghazali Bin Abdullah, dan pernah belajar di Sekolah Raja Perempuan Taayah, Ipoh sebelum melanjutkan pelajaran ke Kolej Islam Kelang. Beliau merupakan Mujahidah yang sangat kental hati dan berkeyakinan tinggi dalam perjuangan PAS, Perjuangan .Semasa hayatnya beliau pernah memegang jawatan sebagai timbalan ketua Dewan Muslimat Pas Pusat.Beliau ibarat permata yang tidak akan hilang kilauannya kerana jasa dan bakti beliau akan dikenang selama-lamanya. Kami Dewan Muslimat PAS Negeri Perak berdoa agar ALLAH menghimpunkan beliau dikalangan hamba yang soleh dan menerima keampunan dari Allah swt.

Ketua DMP Perak
Dr Hjh Najihatussalehah bt Ahmad.

Friday, July 15, 2011

Saya Selamat Bersama Orang PAS -Peserta Cina


Oleh Chen Shu Yong | 12 Jul 2011

BERSIH 2.0, Pengalaman Saya Siri 2

Pasca Bersih: Sebagai anak CINA, saya rasa lebih selamat bersama orang PAS

SEORANG pakcik yang berkopiah menuju ke arah saya, "Di manakah stadium?"

Saya menuding jari ke depan. Lantas beliau berjalan ke arah sana, tanpa sebarang keraguan. Saya merasakan diri saya amat tidak berguna pada ketika itu. Mengapa tidak saya bertindak sebagaimana pakcik itu? Berarak adalah hak kita. Mengapa pula saya takut? Saya tetap berdiri di situ, menyaksikan bagaimana orang tua itu dihalang polis, dan kemudian beliau terus berjalan ke depan.

Kemudian saya berjalan, dan terserempak dengan seorang polis muda. Beliau bertanya untuk apa saya berada di situ, saya sekadar jawab, tak ada, cuma jalan-jalan. Beliau menunjuk ke arah Jalan Sultan, mengarahkan saya beredar dari situ, atau saya akan ditangkap. Saya tahu beliau cuba menakutkan saya. Masih awal lagi, saya tidak mahu timbul hal, maka saya pun beredar.

Saya nampak sekumpulan orang di kedai KL Commercial Book Co., semacam orang PAS, maka saya berjalan menuju ke arah mereka. Pada hakikatnya, saya amat yakin dengan mereka. Saya rasa diri saya berselindung di dalam kelompok mereka pada ketika itu. Ya, saya rasa sangat selamat.

Pada kira-kira jam 12.20 tengah hari, kelompok di sini hanya kira-kira 20 orang. Tiba-tiba kami dengar jeritan orang, dan kami bergegas ke situ dan mendapati kira-kira 2,000 orang. Mereka muncul entah dari mana, sungguh ajaib! Tapi kami masih menganggap bilangan ini terlalu sedikit!

Pada kira-kira jam 12.30 tengah hari, saya tak berapa ingat lagi. Kami nampak sekumpulan manusia menuju ke arah kami melalui Jalan Sultan, sambil melaungkan slogan. Bilangan mereka terlalu ramai berbanding kami. Ramai orang tua yang bertanya, PERKASA? Pemuda UMNO? Kami berdiri di situ dan memandang, gagal mendengar apakah yang dilaungkan.

Tiba-tiba, ada yang bertepuk tangan, berkata "Tengok, Cina ada, India ada, bukan PERKASA, bukan Pemuda UMNO, orang kita!" Kami bertepuk dengan gemuruh, berarak ke arah mereka untuk berkumpul bersama. Kami seolah-olah dapat membentuk pasukan kami, dan tidak lagi keseorangan atau kesepian.

"BERSIH! BERSIH! Hidup BERSIH!" Ribuan yang membanjiri Jalan Sultan. Orang berada di tengah dan di tepi jalan, warga tua dan warga muda. Maka kami terus berjalan, tidak memasuki jalan ke arah Stadium Merdeka. Saya sedar, bilangan kami masih tidak mencukupi. Kami menuju ke arah Pudu Raya, dan di situ telah dibanjiri lautan manusia yang lebih daripada 10 ribu.

Abang saya menghantar sms kepada saya, memberitahu bahawa pasukan di Hotel Hilton telah mula bertolak. Dengan serta-merta saya berkongsi maklumat ini dengan orang yang berada di sisi saya.

Kira-kira jam 1 tengah hari, kami nampak satu pasukan yang lebih besar, kemas sususannya berarak dari arah Hospital Tung Shin. Kemudian, muncul lagi satu pasukan dari Kota Raya. Tidak berhenti kami bertepuk tangan. Kami menjerit sepuas-puasnya. Saya nampak ramai yang menakung air di matanya. Saya amat terharu. Saya kini berada di tengah-tengah belasan, malah puluhan ribu orang. Saya tidak kesepian, kami tidak kesepian!

Terharu kerana dibantu orang yang saya tidak kenal langsung!

Kami berkumpul di depan Menara MayBank. Saya tak dengar apa yang diucap pemidato. Tapi saya hanya seorang penyokong. Saya hanya menyorak bersama kelompok manusia, bertepuk tangan apabila semua orang berbuat demikian.

Kemudian saya mendapati trak FRU. Seorang warga tua, mungkin dari PAS, memesan agar saya undur dahulu. Tidak lama kemudian, FRU melepaskan gas pemedih mata, dan meriam air kimia yang berwarna biru. Saya rasa macam tersengit. Baunya sangat tidak menyenangkan. Orang di sisi saya (sahabat dari kaum lain) menuangkan air ke atas kepala saya. Ada seorang yang menyapu minyak angin di bawah kelopak mata saya. Ada pula yang memberi garam kepada saya.

Saya teringat, air mata saya mengalir pada ketika itu bukan disebabkan gas pemedih mata, tetapi mengalir kerana terharu dengan bantuan yang dihulurkan oleh orang-orang yang saya tak kenal ini.

Pada ketika itu saya nampak polis, kononnya, menangkap orang ramai di depan Menara MayBank. Ramai yang memanjat ke atas di cerun pada mulanya, kemudian mereka melompat dari tembok yang tinggi. Saya sangat marah ketika itu, kerana saya nampak ramai wanita dan warga tua. Dan mereka yang kononnya polis itu dicemuh dalam hati saya, "Bukan manusia!"

Saya berehat seketika. Saya menjangkakan bahawa orang ramai akan menuju ke Jalan Sultan. Maka, saya berjalan dahulu ke arah sana. Apabila berdekatan dengan KFC, hujan mulan turun. Seorang peserta yang tua berkata kepada saya, "Komunis pun tak macam ini!" Saya tercengang seketika, gagal memberi apa-apa jawapan....

Matlamat sama..

Pada sebelah malam, saya dimaklumkan bahawa kawan dari kaum Melayu amat terharu dengan kehadiran kami. Mereka berkata, "Itu kebanggaan kami apabila kamu muncul bersama. Kamu duduk belakang sikit, biar kami yang hadapi peluru (gas pemedih mata) dan keganasan di depan!"

Nota:Akhirnya saya sedar, mengapa saya berselindung dalam kelompok orang PAS. Mereka membuktikan dengan tindakan mereka, itu yang membuatkan saya terharu dan berasa selamat. Lain kali, saya tetap akan bersama mereka, berada di garis depan, untuk menghadapi peluru (gas pemedih mata) dan keganasan.

Terima kasih, sahabat semua. Walaupun kita tidak berkenalan, tapi matlamat kita sama. Dan ini hanya boleh dirasai mereka yang hadir dalam perhimpunan.

Saya menyeru agar lebih ramai bangkit dari tidur, dan mereka yang sudah sedar, biarlah bertindak.

Diangkat dari

Thursday, July 14, 2011

Bersih 2.0: Pengalaman Khalid Samad ditembak


Pengalaman saya bersama Perhimpunan BERSIH 2.0 bermula pada jam 11 pagi apabila saya dengan seorang teman dari PAS Shah Alam menuju ke Kuala Lumpur. Pada mulanya kami mencuba Lebuh Raya Persekutuan. Ianya sesak dari sebelum Tol Batu 3. Kami cuba pintas melalui Glenmarie. Trafik sesak di hadapan kilang pengedar kereta BMW. Kami memutuskan untuk berpusing balik dan mencuba pula melalui ELITE/PLUS menuju ke KLIA. Masuk di Batu 3, keluar di Tol USJ. Seterusnya menuju ke arah Puchong. Seterusnya kami menyusuri Jalan Gasing dan melalui kawasan Universiti Malaya sehingga keluar di Jalan Pantai. Dari situ terus menuju ke KL Sentral.

Sekatan jalan oleh polis di merata tempat. BN menyusahkan rakyat semata-mata kerana hendak menghalang program yang menegur mereka. Turut bersimpati dengan pihak polis, berpanas dan mendapat sumpahan rakyat berbakul-bakul semata-mata kerana UMNO/BN. Hanya pencuri dan BN yang bergembira dengan penggunaan polis secara sebegini. Tetapi, kalau difikirkan, memang terdapat persamaan di situ. Pencuri mencuri secara'illegal', BN mencuri harta rakyat melalui cara'legal'.

Setibanya kami di jalan Brickfields, saya turun di tepi jalan dan berjalan kaki menuju ke KL Sentral. Terserempak dengan sahabat bermotosikal dan membonceng ke hadapan kawasan KL Sentral. Berjalan kaki pula menuju ke Hotel Hilton yang berada di sebelahnya. Saya berjalan berhampiran beberapa anggota polis tetapi mungkin oleh kerana saya bertegur sapa seorang pelancong dari Australia dan bersembang sambil berjalan dengan beliau, mereka tidak perasan akan saya. Mungkin juga saya dianggap sebagai 'pemandu pelancong' ataupun tourist guide.

Saya masuk ke Hotel Hilton dan dari lobi, terus menuju ke atas untuk bersama pimpinan. DSAI telahpun berada di situ bersama Dato Ambiga dan Lim Kit Siang. Beberapa pimpinan PAS juga sudah di situ apabila saya sampai. TG Hj Abdul Hadi sampai pada jam 1 tengah hari. PC dibuat dan mereka menyatakan secara jelas apa itu BERSIH 2.0 dan matlamat yang ingin dicapai. PR juga menyatakan sokongannya terhadap BERSIH 2.0.

Selepas solat Zohor yang diimamkan TG Hj Abdul Hadi kami mula bergerak ke bawah. Sampai sahaja kami ke Lobi, pelanggan di restoran di kawasan Lobi hotel itu tiba-tiba berdiri dan menepuk tangan menunjukkan sokongan. Termasuk pelancong-pelancong yang mengikuti perkembangan Negara, mereka semua faham apa yang kami inginkan akan membawa kebaikan untuk Negara. Hanya UMNO tidak mahu faham kerana mereka lebih pentingkan kebaikan diri mereka sendiri!
Ada dikalangan pelanggan, bangun untuk turut bersama. Sambil menunggu tadi, mereka minum di restoran hotel, membawa business juga pada hotel tersebut nampak gaya!

Kami keluar pintu utama Hotel dan terus tuju ke bangunan KL Sentral. Sambil keluar saya menoleh ke belakang dan mata saya mengesahkan, tiada meja yang diterbalikkan, tiada kerusi yang dicampak dan tiada bahagian yang dibakar di Hotel Hilton! Kami himpunan aman, bukan perusuh.

Sambil keluar saya melihat hari sedang hujan. Hujan rahmat yang akan mengurangkan kesan keperitan gas pemedih mata, terfikir saya. Bila tiba di salah satu pintu masuk KL Sentral, ada anggota polis yang cuba menghalang kami dari masuk, tetapi tidak berjaya. Kami masuk ke dalam dan tiba-tiba, orang ramai yang berada di dalam bersorak menyambut ketibaan kami. Jumlah yang asalnya hanya berpuluh, tiba-tiba disertai ramai yang telah berada di dalam, menjadi beratus! Kami terus mara dan keluar dari bangunan KL Sentral, dibawa melalui tangga besi ke tingkat bawah.

Yang menyertai kami di KL Sentral terdiri dari rakyat biasa yang menyokong kami. Mereka menunggu kami dan sambil menunggu, mereka membeli minuman dan makanan di kedai-kedai di KL Sentral. Semasa mereka bangun untuk menyertai kami, tiada kedai yang dibakar, kerusi yang dibaling atau meja yang dipecahkan. Kerana kami berhimpunan secara aman yang ingin menuntut pilihan raya yang adil dan bersih, bukan perusuh. Kami ingin lawan melalui pilihan raya, bukan melalui huru hara. Itu sebab pilihan raya perlu adil dan bersih.

Di tingkat bawah, kami berada di kawasan yang bagaikan sebuah terowong, kiri kanan berdinding. Mereka yang di depan membawa kami terus mara lagi menuju ke jalan keluar untuk ke Stadium Merdeka. Bila sampai di pintu 'terowong' tiba-tiba kelihatan satu barisan anggota FRU menghalang jalan. Kami berada lebih kurang 20 meter dari mereka. Kami berhenti, pimpinan berada di saf hadapan. Saya di saf yang ketiga. Tiba-tiba berbunyi siren dari belakang. Landrover FRU menuju ke arah kami dari belakang, inginkan laluan untuk ke depan. Kami memberinya laluan tanpa apa-apa tindakan khianat dari pihak kami.

Setelah landrover tersebut berada di hadapan, saya menoleh ke belakang, ingin melihat sekiranya ada pasukan FRU yang sedang mara ke arah kami. Orang sudah ramai, beresak-esak, dalam keadaaan kebimbangan kerana kami terperangkap dalam terowong tanpa adanya jalan keluar. Di depan FRU dan di belakang pun sudah begitu. Kami datang bukan untuk berentap dengan FRU tetapi BN menghantar FRU untuk menyerang kami.

Tiba-tiba saya mendengar bunyi tembakan dan dengan serta-merta, cermin-mata saya terpelanting ke depan. Asap gas pemedih mata mula berkepul-kepul. Tembakan datang dari depan dan belakang. Pada saat itu saya terfikir saya perlu mencari cermin-mata kerana semua menjadi kabur tanpanya. Tetapi suasana kelam kabut menyedarkan saya bahawa itu tidak mungkin saya lakukan. Gas pemedih mata mula terhidu. Saya teringat beg plastik yang berada di dalam kocek seluar saya dan dengan segera membukanya sehingga dipenuhi udara serta bernafas melaluinya dengan menutup hidung dan mulut saya dengannya. Beg plastik itu adalah pembalut baju BERSIH 2.0 yang diberikan kepada saya semasa diatas.

Pada ketika itu saya tidak sedar bahawa kepala saya terkena kelonsong gas pemedih mata dan sudah mula berdarah. Saya bersama rakan saya dari Shah Alam, saudara Zainal, yang ditugaskan untuk menemani saya, bergegas ke belakang dan ternampak 'lubang' di tepi dinding di sebelah kanan kami. Kami menuju ke lubang tersebut.

Sambil ke sana saya melihat A. Samad Said terduduk tersandar di tepi dinding. Beliau orang lama, pasti umurnya lebih 70 tahun. Dia tentu tidak mampu untuk beredar dari terowong yang semakin penuh dengan gas pemedih mata. Turut kelihatan beberapa pemuda yang duduk bersama beliau.

Semasa sidang akhbar sebentar tadi A. Samad Said turut bercakap. Beliau berkata, telah tiba masanya untuk sasterawan terlibat dalam pencorakan Negara kerana kerosakan yang semakin melanda. Saya kagum dengan beliau. Kebiasaannya, orang seperti dia akan berehat di rumah, bermain dengan anak cucu. Malangnya kebobrokan pemerintah memaksa beliau ke jalan raya, walaupun sudah cukup berusia. Mengapa? Kerana dia tidak ingin mewariskan kepada yang muda suatu negara yang hancur dan budaya politik yang muflis dari segi akhlak dan amanah! Celaka BN kerana merampas ketenangan zaman usia emas darinya!

Kelihatan juga beberapa wanita yang terduduk di atas jalan, tercungap-cungap kepedihan, hadiah dari BN yang ingin terus mempertahankan proses pilihan raya yang kotor. Mereka sedar akan risikonya tetapi mereka ingin juga melihat perubahan dan keadilan. Apa akan mereka warisi sekiranya kepincangan diteruskan dan kekayaan negara terus disalah-gunakan? Oleh itu mereka datang walaupun tahu kemungkinan mereka akan dilayani sebegitu rupa oleh BN.

Pada ketika itu saya tersedar bahawa beg plaktik yang saya bernafas melaluinya sudah mula basah, berisi dengan sesuatu cecair yang berwarna gelap. Sahabat saya lantas memberitahu saya bahawa saya telah terluka di bahagian kepala. Beg plastik dipenuhi darah!

Saudara Zainal membawa saya terus menuju ke lubang yang kelihatan tadi. Terpaksa kami melalui di bawah dua batang paip air untuk sampai ke lubang tersebut. Sebaik sahaja melalui lubang itu, kami dapati kami memasuki kawasan pembinaan. Ada beberapa pekerja di situ. Kami bertanya jalan keluar dan dengan segera mereka menunjukkan kami jalan untuk melepas diri.

Zainal meminta saya berhenti dan baju Bersih 2.0 yang saya pakai di atas baju T-shirt saya digunakan untuk membalut kepala saya untuk mengurangkan pendarahan. Pada masa itu kelihatan baju saya penuh dengan kesan darah. Saya duduk sambil dia dan beberapa lagi rakan seperjuangan membalut kepala saya. Ada bersama pemuda dari kawasan Selayang. Ada juga pemuda dari Sarawak! Pemuda dari selayang memberikan saya tuala kecil yang sudah dibasahkan untuk membersihkan muka dari kesan darah.

Sambil itu semua dilakukan, dua orang lagi pemuda keluar dari kawasan pembinaan tersebut untuk mendapatkan teksi untuk saya. Bila ada teksi ditahan, maka mereka memanggil saya untuk menaiki teksi tersebut. Zainal menutup kepala saya dengan beg plastic kuning yang dia bawa bersama. Takut luka dibasahi hujan. Pemuda Sarawak memberi pula jaket hitamnya untuk menutup kepala saya juga, takut air hujan akan membasahi luka saya.

Saya dan Zainal menaiki teksi dan meminta pemandu membawa kami ke Hospital. Pemandu itu melihat pada saya dan terus menyedari saya salah seorang yang menyertai perhimpunan BERSIH. Dia nampak saya sedang cedera dan dengan segera dia membawa kami pergi. Sambil dalam perjalanan dia cukup berhati-hati, mengelak kawasan yang dijaga polis.

Setibanya kami di Hospital, di bahagian kecemasan, saya dibawa untuk bertemu doktor yang bertugas. Pembantu Hospital (HA) ramai bertanya akan keadaan di Kuala Lumpur sambil menunjukkan sokongan mereka terhadap apa yang diusahakan. Sambil berbincang saya dicucuk dengan cucukan anti-tetanus, tekanan darah dibaca dan keadaan jantung diperiksa melalui ECG. Orang biasa yang berada di hospital turut bertanya apa yang sedang berlaku. Sambil menunggu keluarga mereka yang dirawat, sokongan mereka terhadap apa yang dituntut oleh BERSIH jelas disuarakan.

Ada seorang peserta himpunan aman BERSIH yang cedera telah tiba di Hospital sebelum saya. Beliau lagi parah. Kelongsong gas pemedih mata terkena di dadanya dan melantun ke atas melanggar dagunya. Tulang dagunya patah menyebabkan dia tidak boleh bercakap dengan jelas.

Para doktor dan jururawat yang merawat saya begitu bersimpati dengan usaha kami. Sambil menjahit luka saya setelah kepala di x-ray, ada yang bertanya kehairanan terhadap cara perhimpunan itu ditangani. "Apa salahnya? Kenapa tidak dibenarkan sahaja? Apa yang diminta sememangnya patut" kata salah seorang doktor sambil menjahit 6 jahitan dikepala saya. "Kami sokong, tapi terpaksa menikus" katanya lagi.

Itulah Malaysia, negara kesayangan kita semua. Bumi di mana golongan bijak pandai ditakut-takutkan. "Kalau bersama himpunan BERSIH, tindakan akan diambil! Semua pegawai kerajaan diharamkan untuk berserta! Mahasiswa, mahasiswi, pensyarah, cikgu-cikgu, kalau terlibat, nahas kamu!" kata-kata perangsang pemerintah yang memerintah melalui penindasan dan ugutan. Ya Malaysia, bukannya Myanmar ataupun Kampuchea di bawah Pol Pot. Kehebatan negara ini dan segala kelebihannya hancur di tangan pemerintah yang mementingkan diri.

Itulah sebabnya perubahan itu perlu. Perubahan demi membebaskan Malaysia dari barisan pemimpin yang sudah lupa diri, tenggelam dalam harta dan kemewahan yang dicuri dari rakyat. Ianya hanya dapat dilakukan sekiranya pilihan raya itu adil dan bersih. Itulah sebabnya mengapa usaha BERSIH perlu diteruskan.

Pada masa itu waktu sudah pukul empat petang. Saya menerima sms bahawa TG Hj. Abd Hadi telah ditahan. DSAI dihantar ke hospital kerana turut cedera. Lebih kurang 1,400 orang ditahan polis. Tetapi, LKS tidak mampu ditahan polis walaupun beliau 'separuh rabun' kerana baru sahaja menjalani pembedahan mata! Sedangkan beliau bersama di saf hadapan. Adakah ini merupakan sebahagian dari tipu muslihat mereka? Ingin ditonjolkan kononnya bahawa hanya Melayu sahaja yang terlibat sambil mengelakkan kemarahan masyarakat Cina?

Namun demikian, maklumat seterusnya yang saya terima melalui SMS menyatakan, himpunan BERSIH 2.0 berjaya dihadiri berpuluh ribu rakyat berbilang kaum di beberapa tempat termasuk di Stadium Merdeka dan Pudu Raya! Sambil itu, perhimpunan turut diadakan di beberapa bandar utama di serata dunia!

Saya kembali ke rumah selepas itu, walaupun perit gas pemedih mata masih terasa dan luka di kepala masih menyengit, tetapi hati tetap gembira dengan kejayaan perhimpunan tersebut. Saya kemudiannya dikunjungi beberapa sahabat yang kembali dari Kuala Lumpur. Mereka menceritakan pengalaman mereka sambil ingin tahu keadaan saya. Semua merasa bangga dengan kejayaan perhimpunan tersebut dan tiada sesiapa, termasuk saya, merasa kesal kerana telah bersama. Ini adalah kerana, kami telah turut menyertai suatu perhimpunan yang telah melakar sejarah dalam mencorak masa depan tahah air. InsyaAllah, angin perubahan kencang akan terus kekal bertiup di bumi Malaysia ini!

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Wednesday, July 13, 2011

DOA BUAT DR LO'LO'






DIMAKLUMKAN SEBENTAR TADI BAHAWA DR LO' LO' DATO' MOHD GHAZALI BERADA DIDALAM KEADAAN KRITIKAL DI HOSPITAL SELAYANG, SELANGOR.

DEWAN MUSLIMAT PAS NEGERI PERAK MENYERU AHLINYA MENGADAKAN SOLAT HAJAT MENDOAKAN KESEJAHTERAAN DR LO' LO'...MOGA ALLAH SWT MEMBERIKAN KESEJAHTERAAN BUAT PEPIMPIN KESAYANGAN KITA INI...AMIN...

Friday, July 8, 2011

SELAMAT BERJUANG..


DEWAN MUSLIMAT PAS NEGERI PERAK MENDOAKAN KESELAMATAN DAN KESEJAHTERAAN KEPADA SEMUA PESERTA BERSIH 2.0 YANG AKAN BERLANGSUNG PADA 9 JULAI INI.

DEWAN MUSLIMAT PAS NEGERI PERAK MENGHARAPKAN TIDAK ADA INSIDEN BURUK YANG AKAN TERJADI. PARA PESERTA DIMINTA UNTUK MENURUT ARAHAN PIMPINAN SAHAJA, ELAKKAN PROVOKASI SERTA BERADA DI DALAM KUMPULAN YANG RAMAI.

AKHIRNYA, KEYAKINAN YANG TINGGI TERHADAP PERTOLONGAN DAN PERLINDUNGAN ALLAH SWT HENDAKLAH SENTIASA DISEMAT DI DALAM HATI ...


SELAMAT BERJUANG, SELAMAT BERJIHAD.....


Thursday, July 7, 2011

SALAM TAKZIAH KEPADA USTAZAH NURIDAH

Kasih seorang ibu...
Ustazah Nuridah menatap wajah anakandanya ,

Abdul Aziz buat kali terakhir...


DEWAN MUSLIMAT PAS NEGERI PERAK MENGUCAPKAN TAKZIAH KEPADA USTAZAH NURIDAH DIATAS KEMBALINYA ANAKANDA TERSAYANG, ABDUL AZIZ KE RAHMATULLAH BARU BARU INI.

DEWAM MUSLIMAT PAS NEGERI PERAK MENDOAKAN SEMOGA USTAZAH SEKELUARGA TABAH MENGHADAPI DUGAAN INI DAN DIDOAKAN JUGA SEMOGA ANAKANDA ABDUL AZIZ DI TEMPATKAN DI KALANGAN HAMBA YANG DIREDHAI OLEH NYA... AMIN.


Wednesday, June 29, 2011

Sewa rumah PM, TPM RM18,000 sehari


Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 28 Jun: Jika dibahagikan, secara mudahnya kos sewa bagi kediaman rasmi perdana menteri dan timbalannya lebih RM18,000 untuk sehari.

Kos baik pulih pula mencecah RM60,000 sebulan, bil elektrik RM5,704 sehari dan bil air RM1,092 sehari.

"Dari satu sudut, rakyat disuruh berjimat, agensi kerajaan disuruh berjimat, tiba-tiba untuk dua pemimpin negara ini, wang rakyat diguna sebanyak itu", kata Siti Zailah Mohd Yusof (PAS-Rantau Panjang) pada sidang media di Parlimen hari ini.

Turut serta pada sidang media itu, Dr Siti Mariah Mahmood (PAS-Kota Raja) dan Anthony Loke (DAP-Rasah).

Beliau yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS sebelum ini menanyakan kepada kerajaan berhubung jumlah pembiayaan kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri setiap tahun bermula tahun 2006 hingga 2010.

Dalam jawapan bertulis semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz menjelaskan kerajaan membelanjakan RM48,789,115.03 setahun untuk membiayai kos kediaman rasmi kedua-dua pemimpin negara itu.

Dalam perincian jawapan yang diberikan itu, Nazri menjelaskan kos sewa untuk dua kediaman rasmi itu adalah berjumlah RM32,972,115.55, kos baik pulih RM3,581,744.78, bil elektrik RM10,267,868.15 dan bil air RM1,967,386.55 untuk satu tahun.

Untuk rekod, kedua-dua rumah kediaman rasmi itu adalah disewa oleh kerajaan daripada Perbadanan Putrajaya.

"Rumah bernilai berjuta-juta, kita tak tahu apa yang dibaik pulih setiap bulan," katanya lagi sambil mendakwa ia satu pemborosan melampau.

Tak rasa kesusahan rakyat

Anthony Loke dalam pada itu berkata, tidak hairanlah jika pemimpin negara ini memotong subsidi rakyat dengan menaikkan harga barangan seperti gula dan petrol.

Ia kerana, pemimpin negara tidak pernah merasai kesusahan rakyat kerana tenggelam dalam kehidupan mewah dan boros mereka.

"Saya tinggal dengan ibu bapa saya di rumah, maksimum bil elektrik saya RM150 sebulan. Bil setahun elektrik rumah rasmi PM dan TPM boleh bayar boleh bayar untuk 100 tahun bil elektrik saya.

"Kalau bil air, di Selangor subsidi 20 meter padu iaitu RM11, cukup untuk dua orang guna satu bulan.

"Kalau RM32,789 sebulan di kediaman rasmi PM dan TPM, bermakna ia diguna lebih kurang 5961 orang.

"Ini satu angka yang memeranjatkan," katanya.(HARAKAH DAILY)

------------------------------------------------------------------------------------------------

Bayangkan kemewahan dan pembaziran melampau yang dilakukan oleh PM dan TPM...

Ayuh rakyat...sedarlah penipuan yang mereka lalukan...rakyat diseru berjimat cermat,sedang mereka hidup dengan kemewahan terlampau...dan rakyat kena sedar, semua sewa dan bayaran bil bukanlah dibayar dari gaji mereka...tapi semuanya ditanggung dengan wang rakyat...bukan seperti kita, dari gaji yang sedikit itulah yang hendak dibayar segala-galanya..........


LAWATAN KE KELANTAN


Sempena KelCheff di Bazar Tok Guru, Dewan Muslimat PAS Negeri Perak akan menganjurkan lawatan ke Kelantan pada 22 - 24 Julai 2011 ini. Tambang RM 85.00 sahaja.

Kepada sesiapa yang berminat, sila hubungi Puan Salmah Abdul Latif di talian 013 2727126.

Tempat terhad

Tuesday, June 28, 2011

BLOG KUNING


SEBAGAI MENYATAKAN SOKONGAN PADU DEWAN MUSLIMAT PAS NEGERI PERAK TERHADAP PROGRAM BERSIH PADA 9 JULAI 2011 INI
MAKA BLOG DEWAN MUSLIMAT PAS NEGERI PERAK
AKAN BERWARNA KUNING SEHINGGA TARIKH BERKENAAN.


MUSLIMAT PERAK :

JOM RAMAI-RAMAI PAKAT PI BERSIH...


Friday, June 24, 2011



AHLI DEWAN MUSLIMAT PAS NEGERI PERAK

DIMINTA UNTUK TURUT HADIR KE DEMO

MEMBANTAH UTUSAN MALAYSIA

YANG AKAN DIADAKAN DIMASJID NEGERI IPOH

SELEPAS SOLAT JUMAAT HARI INI (24/6/11)


AYUH...

NYATAKAN KECINTAAN ANDA KEPADA ISLAM...


Monday, June 20, 2011

Kenyataan Media : Himpunan Bersih 2 Dewan Muslimat PAS Negeri Perak

Seluruh ahli muslimat Pas negeri Perak digesa untuk menyahut seruan untuk berhimpun secara aman di Kuala Lumpur pada 9 Julai 2011.Himpunan yang dikenali sebagai Bersiadalah anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil kearah menuntut pihak SPR mengadakan satu pilihanraya yang lebih adil dan telus pada PilihanRaya Umum yang ke 13 . Bersih 2 dianjurkan bagi menuntut lapan tuntutan, iaitu membersihkan senarai daftar pengundi , mereformasikan undi pos, penggunaan dakwat kekal, akses media bebas dan adil, tempoh minimum 21 hari berkempen, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.Pada himpunan Bersih yang pernah diadakan sebelumPRU 12 iaitu pada 10 November 2007 yang lalu, rakyat Malaysia telah sama-sama meledakkan kebangkitan bagi menuntut sebuah demokrasi yang bersih dalam satu himpunan yang berjaya menghimpunlan hampir 100,000 rakyat Malaysia dari pelbagai latarbelakang. Jika selama in kerajaan Umno-BN melaungkan slogan “rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”, maka sewajarnyalah tidak menghalang himpunan aman “Bersih” ini,kerana himpunan ini adalah himpunan rakyat yang prihatin terhadap kepincangan pentadbiran negara khususnya dalam sistem PilihanRaya. Pihak pemerintah khusunya Kementerian Dalam Negeri sewajarnya mengarahkan anggota keselamatan menjaga keamanan serta mengawal lalulintas bagi memastikan himpunan ini diadakan dalam keadaan yang terkawal tanpa provokasi mana-mana pihak.Kuasa polis untuk mengawalselia sebarang himpunan,atau perjumpaan serta perarakan sangat jelas dinyatakan dalam perkara 27,akta Polis,maka sewajarnyalah rakyat atau orang ramai diberikan kebebasan untuk bersuara bagi menuntut sebuah Pilihan Raya yang lebih adil dan telus. PilihanRaya yang diadakan 4 atau 5 tahun sekali adalah penting bagi rakyat Malaysia kerana daripada keputusan pilihan raya umum atau negeri itulah yang bakal menyaksikan corak pemerintahan yang akan dirasai oleh rakyat Malaysia samada memberi kesejahteraan atau membebankan rakyat Malaysia. Dengan ini, Dewan Muslimat PAS Negeri Perak memandang perkara ini sangat penting dan perlu diperjuangkan untuk menyedarkan pihak-pihak berwajib tentang tanggungjawab dan amanah mereka serta untuk meneruskan kelangsungan perjuangan menegakkan negara berkebajikan di bumi Malaysia di bawah Pakatan Rakyat.


Dr Najihatussalehah bt Ahmad

Ketua Dewan Muslimat Pas Negeri Perak.

Wednesday, June 15, 2011

Bersih 2.0: Polis patut kerjasama, bukan tangkap


Aziz Muda
KUALA LUMPUR, 15 Jun: Pakatan Rakyat amat kesal dengan tindakan pihak polis yang akan melakukan tangkapan awal atau tangkapan pencegahan terhadap penganjur Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini, memandangkan ia jelas merupakan salahguna kuasa yang dilakukan oleh pihak polis di negara ini.

Tindakan seperti itu tidak sepatutnya dilakukan oleh pihak polis kerana tangkapan yang dilakukan itu bukan sekadar bercanggah dengan amalan demokrasi, tetapi juga melakukan tangkapan terhadap orang yang belum terbukti bersalah.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, Himpunan Bersih 2.0 diadakan atas tujuan yang murni bagi mendesak kerajaan melaksanakan pilihan raya yang bersih dan adil di negara ini.

Menurut beliau, pihak polis perlu faham perkara itu dan sepatutnya memberikan kerjasama yang baik kepada pihak penganjur, bukannya dengan menangkap individu yang belum terbukti bersalah bagi menghalang perhimpunan itu.

Katanya, sekiranya tindakan itu dilakukan, rakyat pasti akan menjadi lebih marah kepada kerajaan dan ia dibimbangi akan mencetuskan suasana lebih buruk di tanah air.

"Himpunan itu akan diadakan atas tuntutan rakyat. Kita nak mendesak kerajaan melaksanakan pilihanraya yang bersih dan adil. Kenapa pula polis nak melakukan tangkapan awal? Itu salah dari segi undang-undang," katanya ketika ditemui di lobi bangunan Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar, seperti yang dilaporkan media tempatan hari ini.

Dalam laporan itu, Khalid berkata, pihak polis akan melakukan tangkapan awal terhadap pemimpin penganjur Himpunan Bersih 2.0 yang dijadualkan diadakan 9 Julai ini sebagai tangkapan pencegahan.

Menurut Mahfuz, tindakan tersebut jika dilakukan pasti akan turut membangkitkan kemarahan rakyat terhadap pihak polis, sedangkan pihak pembangkang atau Pakatan Rakyat tidak pernah berhasrat untuk bermusuhan dengan pihak polis.

Sementara Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR, Datuk Johari Abdul ketika ditemui berkata, tindakan tersebut tidak sepatutnya dilakukan oleh pihak polis kerana Himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan oleh Gabungan Pilihanraya Adil dan Bersih itu adalah himpunan aman.

"Tujuan himpunan itu diadakan adalah untuk mendesak SPR mengadakan pilihanraya yang bersih dan adil di negara ini dan ia amat perlu didengar oleh SPR dan kerajaan.

"Kalau polis nak lakukan tangkapan awal, siapa yang nak ditangkap? Berapa orang yang nak ditangkap? Apa kesalahan mereka? Mana boleh polis tangkap begitu saja tanpa terbukti orang itu bersalah," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani berharap agar tindakan itu tidak akan dilakukan, tetapi menyarankan pihak polis mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan pihak penganjur bagi memberikan kerjasama agar himpunan tersebut dapat diadakan dengan sempurna.

Manakala Ahli Parlimen Jelutong dari DAP, Jeff Ooi pula berkata, apa pun alasan yang digunakan oleh pihak polis bagi mengadakan tangkapan itu sama ada tangkapan awal atau tangkapan pencegahan, kedua-duanya adalah kesilapan besar jika dilakukan oleh pihak polis.

Menurut beliau, tindakan tersebut jika dilakukan jelas bersalahan dengan amalan demokrasi dan lebih menyerlahkan lagi amalan pemerintahan kuku besi di negara ini oleh kerajaan BN.

"Polis perlu peka perkara itu bukannya melakukan tangkapan awal atau tangkapan pencegahan. Himpunan itu diadakan lanjutan himpunan pertama yang diadakan pada tahun 2007 lalu.

"Menerusi Himpunan Bersih 1.0 tahun 2007 lalu, Bersih menuntut SPR dan kerajaan melaksanakan 4 perkara.

"Antara perkara yang dituntut dilaksanakan oleh SPR adalah penggunaan dakwat dalam pilihanrya, bersihkan daftar pilihanraya dan mansuhkan undi pos.

"Sehingga kini SPR masih tidak melayan tuntutan Bersih itu. Jadi jika himpunan Bersih 2.0 hendak diadakan, kenapa polis pula yang hendak menghalangnya?" tanyanya hairan