TUESDAY, MAY 17, 2011
IPOH (17.5.11): Majlis perasmian Muktamar Tahunan Muslimat Pas Negeri Perak kali ke-48 telah dijayakan oleh YB Dr Mariah Mahmud dengan penuh gemilang.
IPOH (17.5.11): Majlis perasmian Muktamar Tahunan Muslimat Pas Negeri Perak kali ke-48 telah dijayakan oleh YB Dr Mariah Mahmud dengan penuh gemilang.Timbalan ketua PKR Selangor Zuraida Kamaruddin memberitahu sidang media hari ini bahawa satu permohonan bertarikh 23 Mac 2011 telah dihantar ke pejabat Datuk Seri Hishammuddin Hussein, untuk mendapatkan kelulusan Menteri Dalam Negeri itu bagi mengubah sttaus 2,000 pekerja asing yang kini memiliki status pemastautin tetap.
“Ia diserahkan kepada satu agensi pekerja asing bagi tujuan pemprosesan permohonan itu,” kata beliau.
Salinan permohonan itu, menurut Zuraida, yang diberikan kepada beliau oleh seorang kakitangan awam Jumaat lalu, diedarkan kepada wakil media pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini.
Permohonan itu, yang bertajuk “Pilihan Raya Umum ke-13 - Memerlukan Permohonan Mendapatkan Taraf Kerakyatan Bagi Kawasan Parlimen Hulu Selangor”, menggunakan kepala surat Umno Hulu Selangor Umno dan ditandatangani oleh ketuanya Datuk Idris Abu Bakar.
Dokumen itu mendedahkan bahawa parti tersebut telah mengenal pasti dan mengesahkan senarai bakal pengundi dengan status pemastautin tetap yang boleh membantu BN di Hulu Selangor dalam pilihan raya umum akan datang.
“Bersama ialah senarai nama mereka yang boleh menjadi pengundi di Hulu Selangor dan kami telah mengadakan tapisan ketat ke atas setiap individu bagi memastikan mereka bebas daripada sebarang tuduhan jenayah atau dadah atau mengikuti kumpulan bahaya atau ajaran sesat.
“Mereka terdiri daripada pelajar dan usahawan, dan mereka boleh membantu negara menjadi lebih maju, dan tambahan pula boleh membantu BN menang di setiap pilihan raya terutama dalam pilihan raya umum ke-13.
“Dengan ini, diharapkan Datuk Seri boleh memberikan kelulusan awam agar kami dapat meneruskan permohonan dengan lancar,” kata surat itu.
Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang berkata, surat itu satu bukti jelas BN sedia menggunakan “apa sahaja senjata” yang ada untuk merampas balik Selangor daripada Pakatan Rakyat.


DAP menolak laporan Utusan Malaysia yang mendakwa parti itu berkonspirasi dengan pemimpin-pemimpin Kristian untuk mengambil alih Putrajaya dan menggugurkan status Islam sebagai agama rasmi negara ini.
Parti komponen Pakatan Rakyat itu juga mendakwa laporan akhbar milik Umno itu satu pembohongan yang bahaya kepada negara.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng (gambar) menegaskan, pembohongan sedemikian bercanggah dengan konsep 1 Malaysia yang dibawa oleh Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri dan Presiden Umno.
“Utusan mahu meletakkan (gagasan) 1 Malaysia di atas api... ia elemen paling jahat dan bahaya di negara kita pada masa sekarang,” kata beliau hari ini.
Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata, beliau telah meminta pemimpin-pemimpin partinya agar membuat aduan polis berhubung laporan tersebut.
Difahamkan Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng akan membuat laporan polis di Kuala Lumpur esok.
“Bagaimana satu pembohongan macam ini boleh tersiar di muka depan akhbar (Utusan Malaysia)?” kata Lim lagi.
“Ini adalah permainan politik pihak-pihak yang sudah terdesak,” kata beliau sambil menambah, dalam usaha mahu meningkatkan sokongan, “mereka (Umno) bersedia untuk melakukan apa sahaja.”
***Inilah jadinya apabila merasakan diri dah diambang kejatuhan,sanggup membuat cerita2 yang menggugat sensiviti agama lain,apa nak jadi dengan utusan ni.......kepada yang suka sangat membaca cerita2 bohong utusan tu dah tentu le termakan kisah fitnah dan propaganda utusan.Kalau tak de utusan ni juga barisan nasional memang dah lama 'dibungkus' dan'dipenyek' masuk pusat pelupusan sampah.
