Wednesday, December 4, 2013

Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Negeri Perak

Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Negeri Perak telah pun diadakan pada 26 Oktober 2013 bertempat di Hotel Excelsior Ipoh. Muktamar Tahunan ini dirasmikan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat merangkap Ahli Parlimen Rantau Panjang, YB Siti Zailah Mod Yusuf. Tetamu yang turut hadir ialah Ketua Penerangan PAS Negeri Perak, Dr Ustaz Nuri Al-Amin dan YB Siti Mariah sebagai pemerhati Muslimat PAS Pusat. Ketua SPR, Ustaz Misbahul Munir telah menjalankan amanah semasa proses pemilihan pimpinan yang baru berjalan dengan lancar. Muktamar tahunan melabuhkan tirainya dengan ucapan penggulungan dari Ketua Dewan Muslimat PAS Perak, Dr Najihatussalehah Ahmad. Salam tahniah dan takziah buat pimpinan yang baru bagi sessi 2013/2015. Nama AJK yang menang dan lantikan ajk yang baru akan disenaraikan kemudian. BERSAMBUNG.

Monday, November 11, 2013

Awas jarum musuh dalam kempen pemilihan PAS


ANALISIS: Menjelang pemilihan PAS kali ini, akhbar-akhbar media perdana akan memberikan ruang yang secukupnya untuk melagakan pihak-pihak yang bertanding sempena Muktamar Tahunan PAS ke-59 kali ini. Akhbar milik Umno seperti Utusan Malaysia yang terkenal dengan kes kalah saman fitnah, sikap tegasnya menolak hukum Allah dan pernah menuduh PAS parti sesat serta menghina ulama seperti Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tiba-tiba menjadi akhbar yang sayangkan PAS apabila membuat liputan bersungguh-sungguh terhadap pemilihan kali ini. Begitu juga akhbar milik MCA seperti The Star yang sebelum ini mengambil setiap peluang untuk menakut-nakutkan bukan Islam kepada PAS, tiba-tiba dilihat cuba mempromosi PAS pula. Para calon yang sedang bertanding dinasihatkan berhati-hati dengan taktik dan soalan yang diberikan akhbar-akhbar ini. Kesemua tulisan mereka untuk memuji mahupun mengkritik seseorang sebenarnya sudah dimasukkan jarum untuk memecahkan PAS. Jangan pula ada ahli PAS yang menggunakan kemunculan berita seseorang calon di akhbar-akhbar media perdana sebagai bahan untuk memfitnahnya bahawa calon adalah pilihan Umno mahupun MCA yang perlu ditolak. Calon-calon yang bertanding perlu lebih bijak menghadapi media, manakala para penyokong mana-mana calon diminta mempertingkatkan ilmu politik supaya tidak terperangkap dengan mana-mana tulisan akhbar musuh. Ingatlah, media perdana yang dikawal Umno dan MCA ini sememangnya ditugaskan untuk memasukkan jarum yang membawa kehancuran PAS. Semua ahli PAS, perwakilan dan pemimpin harus sama-sama menghalang parti terkena jarum beracun ini. Oleh itu, sokongan mana-mana akhbar perdana kepada mana-mana calon tidak seharusnya dijadikan senjata untuk menyerang calon kerana ia adalah di luar kawalan calon, melainkan calon sendiri memberikan ruang kepada akhbar musuh untuk memasukkan jarum .

Monday, July 8, 2013

Himpunan GERHANA 13 Muslimat PAS Perak

                                Dr Najihah menyampaikan Cenderahati daripada HalWa JPN kepada
                                                   Pengarah   Pilihanraya DMPK

                                                     Antara Tetamu VIP yang hadir

                                  Ketua DMPN menyampaikan sumbangan kepada wakil Syiria

                                  Bacaan ikrar Dewan Muslimat yang diketuai oleh Dr Najihah
                                        Ucapan wakil Syiria

                                  Barisan AJK DMPN bergambar bersama YB Husam.

                                              Muslimat penuh semangat berikrar



Pada 30 jun 2013 yang lalu Dataran Fatehah, Padang Rengas telah menjadi saksi bekumpulnya muslimat perak dengan bertemakan hitam di dalam himpunan GERHANA 13. Himpunan yang membawa maksud Gerakan Hapus Aniaya ini membawa suara muslimat perak yang begitu agresif menolak keputusan PRU 13 yang dilakukan secara tidak bermaruah untuk kerajaan terus kekal berkuasa.
Perhimpunan yang bermula pada awal jam 8.00 pagi itu telah dihadiri oleh tetamu2 jemputan iaitu, Datuk Paduka Husam Musa, yang turut membawa wakil syiria, selain itu YB Timbalan pj, Ustaz Misbah Masduki, YB Ustaz Zawawi Abu Hassan, dan Bekas ADUN Lubuk Merbau, TN. Hj. Zainuddin.
Datuk Paduka Husam Musa diberi peluang berucap dan beliau banyak menegaskan isu syiria. ‘Ketahuilah rakyat Syiria kini hidup dalam ketakutan. Mereka diseksa, disekat makanan, pendidikan, wanita2nya dikasari dan dibunuh kejam. Ayuh kita bersama2 membantu syiria ’. Beliau juga berbangga kerana muslimat perak berani bersatu dan terus gigih berjuang tanpa penat untuk mencapai kemenangan walaupun dikecam dengan pelbagai agenda jahat pihak lawan.
‘Walaupun berpanas dengan berpakaian serba hitam namun anda masih terseyum dan ini menunjukkan anda semua tabah dan sabar dalam perjuangan Islam insyallah ‘ Kita berhimpun disini untuk memberi pendedahan tentang penipuan2 yang telah dilakukan semasa pilihanraya yang lalu.  Tim. Pesuruhjaya Juga berpeluang untuk menyampaikan ucapannya. Himpunan tersebuat diserikan dengan penyampaian cenderahati kepada pengarah pilihan raya muslimat setiap kawasan bagi menghargaai segala usaha gigh mereka sepanjang PRU 13 yang lalu.
Majlis diakhir dengan bacaan ikrar serta doa wehhda. Para peserta dan tetamu menikmati jamuan sebelum bersuarai.
 





Tuesday, June 18, 2013

Sidang Parlimen ke-13 dijangka paling panas

SHAH ALAM – Parlimen yang akan memulakan persidangan pertama penggal ini pada 26 Jun depan dilihat akan lebih hangat dengan kehadiran ramai Ahli Parlimen baru. Setiausaha Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Raduan Che Rose berpendapat, Ahli Parlimen yang majoritinya adalah orang muda akan memberi impak besar terhadap Parlimen kali ini. Menurutnya, hakikat tersebut harus diakui namun berharap tidak akan wujud kisah ‘istana pasir’ di dalam Dewan Rakyat nanti. “Jangan ada lagi perkara seumpama itu berlaku.

 Satu pihak bina istana, satu lagi mengkritik dan merobohkannya. “Apa yang paling utama adalah mencari kesepakatan dalam menyelesaikan isu rakyat dan ditangani bersama-sama,” katanya kepada Sinar Harian, semalam. Katanya, Dewan Rakyat adalah medan bagi memajukan negara ini dan bukan mencari kepentingan untuk diri sendiri dan juga parti. “Sebagai wakil rakyat yang dipilih, seharusnya semua Ahli Parlimen dapat menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan sebaik mungkin.

 “Elakkan daripada isu boikot yang mana sebelum ini ramai Ahli Parlimen yang berpakat keluar Dewan Rakyat jika tidak setuju dengan usul atau jawapan daripada pihak lain,” katanya. Prof Datuk Dr Raduan yang juga merupakan Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK) berpendapat, tindakan keluar dewan harus dihentikan serta-merta. “Perkara ini harus diberi peringatan sebelum sidang Parlimen bermula. Ia hanya akan mengundang lebih banyak masalah. “Saya tidak lihat apakah positifnya tindakan sedemikian dilakukan. Saya juga berharap semua Ahli Parlimen akan dapat mewakili rakyat menjadi seorang yang lebih matang dalam mengutarakan setiap isu tanpa prejudis,” katanya. 

 Sementara itu, Pengarah Pusat Dasar Teknologi dan Kajian Antarabangsa, Kampus Antarabangsa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof Dr Azmi Hassan berpendapat, kehadiran ramai Ahli Parlimen baru diharap akan dapat mengurangkan ‘debat jenaka’ seperti yang berlaku pada sesi lalu. “Saya melihat, kebanyakan Ahli Parlimen kali ini lebih berkaliber, boleh berdebat dengan baik dan berkeyakinan dalam sesuatu isu. 

“Tidak seperti penggal lalu, yang mana ada di antara mereka hanyalah tangkap muat dan gemar berdebat secara berjenaka di dalam Dewan Rakyat tanpa mempunyai fakta yang kukuh,” katanya. Katanya, dengan keseimbangan Ahli Parlimen BN dan PR kali ini, ia akan memberikan satu senario baru dalam pembentangan dan hujah isu-isu berkaitan. “Rakyat mahukan kerajaan yang bagus dan pada masa sama memerlukan pembangkang yang konstruktif. “Inilah yang akan berlaku.

 Cuma, setiap Ahli Parlimen perlu membuat kerja rumah terlebih dahulu memandangkan mereka akan mendapat isu dua atau tiga hari sebelum bersidang,” katanya. Katanya, itu perlu demi memberikan yang terbaik di dalam dewan seterusnya dapat membantu menyelesaikan segala isu berasaskan bukti dan fakta.

Tuesday, May 28, 2013

Zahid, adakah rampasan kuasa BN di Perak tindakan demokratik?

Merujuk kenyataan Zahid  kononnya ‘rampasan kuasa tidak demokratik dan perlu terima keputusan PRU’, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengingatkan Zahid Hamidi supaya jangan lupa bagaimana dia mempertahankan rampasan kuasa Perak pada Februari 2009.
Speaker DUN Perak, V Sivakumar terpaksa mengadakan sidang media bawah pokok setelah BN merampas Perak dari Pakatan Rakyat secara haram pada 2009.
Speaker DUN Perak, V Sivakumar terpaksa mengadakan sidang media bawah pokok setelah BN merampas Perak dari Pakatan Rakyat secara haram pada 2009.
Apakah rampasan kuasa di Perak itu cukup demokratik? Mengapa tidak terima sahaja keputusan PRU12 lalu bahawa Perak dimenangi Pakatan Rakyat?
Mengenai kebangkitan rakyat pasca PRU13, Zahid janganlah bersikap munafik. Zahid tahu dan sengaja memutar belit isu dengan menyebut seolah rampasan kuasa akan berlaku.




Rakyat protes bukan kerana mahu merampas kerajaan melalui jalan raya tetapi turun kerana pilihan raya 5 Mei lalu penuh penipuan. Kemenangan rakyat pada 5 Mei telah digelapkan maka rakyat keluar menyatakan bantahan untuk menuntut kembali demokrasi yang dicuri. SPR menjadi punca utama kecurangan besar PRU-13 dengan pelbagai taktik kotor yang diatur untuk memenangkan pemerintah. Malah, kononnya SRP direformasikan, tetapi senarai daftar undi masih tidak bersih dan paling penting ialah apabila dakwat kekal yang dijamin tahan lebih lima hari tidak mampu bertahan untuk 5 minit. Kalau beginilah reformasi pilihanraya yang ditunjukkan, bukan bukan sekadar celup jari tetapi celup kepala pun boleh menipu tetap boleh berlaku penipuan.
SAMM juga meminta Zahid selaku Menteri Keselamatan Dalam Negeri jangan ulang kesilapan Hishammuddin Hussein yang asyik berpolitik mempergunakan agensi bawah KDN untuk kepentingan politik sehingga jenayah berleluasa.
Wahai Zahid ketahui atau tidak bahawa rumah kakak Muhiyuddin telah dirompak dan rumah adik IGP telah dipecah masuk ketika polis sibuk siasat Adam Adli dan Zahid sibuk mempolitikkan isu bantahan rakyat terhadap PRU yang kotor.
Percayalah, rakyat tetap akan bangkit menuntut demokrasi. Rakyat telah beri peluang, telah bersabar dan beri laluan untuk pilihanraya bersih dan adil.
Malangnya rakyat dikhianat dengan penipuan pilihan raya, kemenangan dirampas dan hak demokrasi bersuara telah ditutup rapat. Rakyat tetap akan bangkit dan kekuatan rakyat tidak mampu dibendung, 25 Mei, Amcorp Mall.
Badrul Hisham Shaharin/CheguBard
Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Wednesday, May 22, 2013

GST: Rakyat miskin pun kena bayar cukai

Kesian kepada rakyat yang miskin terpaksa menbayar cukai yang mahal. Kerajaan amat zalim sehingga menindas rakyatnya. begitulah hakikat yang harus diterima oleh semua rakyat Malaysia dimana GST akan dijalankan tidak lama lagi. Selepas lebih tiga tahun dibekukan, kerajaan menghidupkan semula rancangan untuk melaksanakan CBP bila mana pada Disember 2009, Bil CBP dibentangkan untuk pembacaan kali pertama di parlimen diikuti pembacaan kali kedua pada April 2010. Namun, sehingga sekarang ia belum dilaksanakan, mungkin kerana kerajaan kurang yakin pelaksanaannya akan diterima baik oleh rakyat.

Sejak akhir-akhir ini, selepas memenangi Pilihan Raya Umum Ke tiga belas yang berlangsung pada 5 Mei 2013, sudah ada bayangan bahawa CBP bakal dilaksanakan dalam masa yang terdekat ini kerana dengan berbekalkan 133 kerusi parlimen yang dimenangi, kerajaan merasa cukup yakin bahawa ia sudah mendapat sokongan rakyat terbanyak untuk melaksanakannya. Sebelum PRU13, kerajaan ini tidak berani untuk melaksanakan CBP kerana penentangan kuat rakyat boleh diterjemahkan kepada kekalahan pilihan raya. Inilah hadiah buyat mereka yang mengundi BN. Hidup BN, mati rakyat!!!

Di bawah sistem CBP semua rakyat - ada pendapatan mahupun tiada pendapatan - kena membayar cukai, tiada kecuali, kerana tiada siapa pun di dalam sesebuah ekonomi yang tidak menggunakan barangan dan perkhidmatan. Orang termiskin di dalam ekonomi membayar cukai ke atas barangan yang mereka gunakan sama seperti orang yang terkaya kerana tiada siapa pun yang terlepas dari menggunakan sesuatu di dalam sesebuah ekonomi.
 
Memang, dari sudut hasil kerajaan, CPB ada kebaikannya, misalnya, ia mengurangkan kebergantungan besar ke atas cukai langsung dan cukai petroleum, menjamin sumber hasil yang lebih stabil bagi kerajaan berbanding cukai pendapatan dan oleh kerana CBP berasaskan kepada penggunaan, hasil kurang terjejas oleh kemelesetan ekonomi kerana apabila ekonomi meleset, penggunaan biasanya mampu bertahan. Benar, tetapi di bawah kerajaan yang korup, manfaat ini tidak membawa apa-apa makna kepada rakyat terbanyak. Apakah gunanya hasil yang tinggi jika sebatang screw driver yang harganya RM25 dibeli melalui tender pada harga RM200? Apakah manfaatnya kepada rakyat apabila membeli kapal selam pada harga berkali-kali ganda lebih mahal kerena menteri mahukan komisyen? Apakah gunanya membina stadium yang mahal tetapi runtuh atapnya? 

Perkara yang meruncing di dalam ekonomi Malaysia sekarang ia menghasilkan pulangan maksimum ke atas setiap ringgit wang rakyat yang dibelanjakan, bukan memaksa rakyat yang tidak mampu membayar cukai untuk membayar cukai. Sesungguhnya, CBP adalah cukai yang menzalimi rakyat berpendapatan rendah dan miskin. Yang beruntung besar adalah orang kaya dan syarikat multinasional kerana cukai korporat dan cukai pendapatan direndahkan.
Hapuskan kezaliman kekalkan keamanan...

Friday, May 17, 2013

Guru : ibarat ibu dan ayah kita....

(dipetik dari fb Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man)


Alkisah Cikgu Ibrahim…

Cikgu Ibrahim mengajar di sebuah sekolah rendah. Di depan kelas darjah 4 pada hari pertama persekolahan, beliau memberitahu para pelajar satu pembohongan.

Seperti guru-guru yang lain, Cikgu Ibrahim memberitahu para pelajarnya bahawa beliau sayang mereka secara setara. Tapi mustahil, kerana di depan kelasnya ada seorang pelajar lelaki bernama Jimmy yang tidak bermaya dan lemah semangat.

Cikgu Ibrahim telah memperhatikan Jimmy sejak tahun lepas. Dia ini tak bergaul dengan rakan-rakan sekolah dan suka menyendiri. Pakaiannya dan rambutnya tidak terurus. Nampak comot dan kurang bersih. Cikgu Ibrahim tidak suka kepadanya.

Cikgu Ibrahim tidak berniat nak mengajar Jimmy. Kerja rumahnya yang teruk dipangkah “X” dengan besar-besar tanpa diajar. Peperiksaan bila Jimmy gagal, Cikgu Ibrahim sudi menulis dengan pen warna merah. Kadang-kala terasa juga nak tulis “Padan Muka!” di atas kertas tersebut.

Tiba masa untuk menulis rekod pelajar pertengahan tahun. Cikgu Ibrahim meninggalkan buku rekod Jimmy di bahagian terakhir. Menyampah nak baca dan tulis untuk pelajar yang malas, tak bermaya, tak terurus dan dibencinya ini.

Cikgu Ibrahim menyiapkan laporan untuk pelajar-pelajar yang lain dahulu. Akhirnya tiba giliran buku rekod Jimmy.

Mahu tidak mahu, Cikgu Ibrahim terpaksa membaca rekod Jimmy sejak Darjah 1 sehinggalah sekarang sebelum mencatat prestasi Jimmy berdasarkan pengamatan beliau.

Darjah 1, cikgu Jimmy menulis:
“Jimmy seorang pelajar yang sangat pintar dan kemas kerjanya. Senyumannya begitu bersemangat sehinggakan seluruh kelas mencontohi tingkahlaku beliau. Beliau mendapat tempat nombor 1 di sekolah dan aktif dalam sukan.”

Darjah 2, cikgu Jimmy menulis:
“Jimmy seorang pelajar yang sangat disukai semua guru dan rakan-rakan sekolah. Jimmy masih mengekalkan keputusan cemerlangnya meskipun bapanya terkena penyakit kronik dan ibunya terpaksa sara keluarga. Kehidupan di rumahnya tentu mencabar.”

Darjah 3, cikgu Jimmy menulis:
“Bapa Jimmy meninggal. Jimmy cuba sedaya untuk fokus tapi ibunya kerana terpaksa sara keluarga terus mengabaikannya. Bantuan mesti diberikan jika tidak kehidupan keluarga akan ada negatif impak pada Jimmy. Keputusan Jimmy dah mula merundum dan lebih menyendiri. Jimmy dah mula tak buat kerja rumah dan tidur di dalam kelas.”

Setelah membaca ketiga-tiga laporan itu, Cikgu Ibrahim berasa bersalah mempunyai sangka buruk pada Jimmy sejak awal. Beliau sebak seketika dan tidak menulis laporan dalam buku rekod Jimmy.

Rupa-rupanya Jimmy jadi begitu ada kisahnya – Cikgu Ibrahim berasa malu.

Pada sambutan Hari Guru, Cikgu Ibrahim menerima hadiah daripada semua pelajar dalam kelasnya termasuk dari Jimmy. Semua hadiah dibungkus dengan cantik kecuali hadiah Jimmy yang hanya dibalut dengan kertas kuning comot.

Cikgu Ibrahim memilih untuk membuka hadiah Jimmy dulu di depan kelas. Rakan-rakan sekelasnya ketawa hadiah comot yang dihadiah oleh Jimmy. Dalamnya ada satu cincin dan sekotak bedak usang.

Cikgu Ibrahim menyuruh kelasnya diam. Beliau memakai cincin tersebut dan meletakkan sedikit bedak di lehernya.

Jimmy tersenyum tapi tidak berkata apa-apa. Ini pertama kali Cikgu Ibrahim melihat Jimmy tersenym.

Selepas habis sekolah, Cikgu Ibrahim terserempak Jimmy yang menunggu di tepi keretanya seorang diri.

“Apa hal Jimmy?”

“Tak ada apa. Cuma nak beritahu, Cikgu hari ini bau dan nampak seperti bapa saya. Terima kasih,” kata Jimmy sebelum beredar.

Masya-Allah. Mata Cikgu Ibrahim menjadi merah.

Mulai hari itu, Jimmy menjadi pelajar yang diberi perhatian khusus oleh Cikgu Ibrahim. Cikgu Ibrahim berhenti mengajar matematik, menulis dan membaca. Beliau kini mula mendidik para pelajarnya sebagai seorang ibubapa.

Hubungan Cikgu Ibrahim dengan Jimmy bertambah baik. Jimmy memberikan perhatian dalam kelas dan setiap kata Cikgu Ibrahim. Pada akhir tahun, Jimmy kembali mendapat nombor 1 di dalam sekolah.

Pada akhir tahun darjah 4, Jimmy meninggalkan sekeping nota di kereta Cikgu Ibrahim.

“Cikgu adalah cikgu terbaik di dalam hidup saya. Dalam pepatah Cina, satu hari sebagai cikgu saya ialah sama dengan seumur hidup menjadi bapa saya. Saya sayang cikgu. Terima kasih kerana memakai bedak dan cincin bapa saya. Akhirnya, saya jumpa bapa saya kembali ke sisi saya.”

Cikgu Ibrahim sekali lagi menitis air mata.

Semenjak itu, Cikgu Ibrahim dan Jimmy menjadi sangat rapat sehinggalah ke sekolah menengah yang hanya di depan sekolah rendah. Setiap kali Jimmy mendapat keputusan cemerlang, Jimmy akan mengirimkan nota, “Cikgu masih cikgu terbaik dalam hidup saya. Tanpa cikgu, takkan ada Jimmy hari ini.”

Sebelum Jimmy ke Universiti di sebelah selatan, Cikgu Ibrahim mengajak Jimmy berjumpa untuk memberikan sedikit duit sebagai bekalan.

“Cikgu harap hubungan ini berterusan sampai akhir hayat,” kata Cikgu Ibrahim.

Jimmy berfikir sejenak…

“Apa kata cikgu jadi ayah angkat saya? Macam ini, pasti takkan putus hubungan,” kata Jimmy.

“Cikgu dah lama anggap Jimmy sebagai anak. Cuma Jimmy tak panggil ayah saja lagi,” jawab Cikgu Ibrahim.

Jimmy terus memeluk Cikgu Ibrahim, “Ayah. Saya dah lama nak panggil ayah. Sejak bapa tiada, anakanda dah lama anggap cikgu sebagai ayah. Kalau bukan ayah masih percayakan anakanda darjah 4 dulu, anakanda dah tak tahu hanyut ke mana.”

“Terima kasih anakanda. Ayah yang patut ucap terima kasih. Ayah selama ini tak tahu mendidik sehinggalah ayah terjumpa anakanda darjah 4 lalu,” jawab Cikgu Ibrahim.

Selamat Hari Guru.

Senyum.

Wednesday, April 10, 2013

CALON MUSLIMAT : DR NAJIHATUSSALEHAH AHMAD


CALON  PAS DUIN BELANJA :
DR HJH NAJIHATUSSALEHAH BINTI AHMAD 

MUSLIMAT CALON DUN PASIR PANJANG

KETUA DEWAN MUSLIMAT PAS KAWASAN LUMUT/ CALON DIUN PASIR PANJANG
 HAJAH ROHAWATI BINTI ABIDIN


Dewan Muslimat PAS Negeri Perak merakamkan ucapan tahniah kepada Puan Rohawati Binti Abidin, Ketua DMPK Lumut yang telah dinamakan sebagai calon PAS di DUN Pasir Panjang dalam satu majlis pengistiharan  malam tadi. Dewan Muslimat juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Badan Perhubungan PAS Perak yang telah memberi satu lagi kerusi kepada calon muslimat, terutama di kawasan yang mampu menang.

Dengan ini  muslimat Perak akan diwakili oleh 3 orang calon iaitu Dr Najihatussalehah Binti Ahmad merangkap Ketua Dewan Muslimat PAS Perak yang akan bertanding di DUN Belanja dan Puan Norhayati Kasim  di Parlimen Gerik selain Puan Rohawati sendiri.




Antara calon yang diumumkan pada majlis malam tadi.
Puan Rohawati : DUN Pasir Panjang, Ustaz Idris Ahmad : Parlimen Bukit Gantang,
 Ustaz Nazri Din : DUN Kubu Gajah dan DS Mohd. Nizar : DUN Cangkat Jering


Puan Rohawati aktif dalam gerakerja kebajikan sebelum menjadi calon lagi

Semoga beroleh kejayaan..Amin....

Saturday, March 30, 2013

PENGHARGAAN BUAT ALLAHYARHAM KAK MIZAN....

Pelbagai ulasan berikutan permergian Allahyarham Amizan Baharuddin (Kak Mizan) yang semuanya menyanjung jasa serta pergorbanan beliau. Sesungguhnya Allahyarham seorang yang kental jiwanya...Moga Allah menerima segala amal bakti beliau didalam perjuangan Islam dengan timbangan yang berat...Amin.

Pemergian Allahyarham Amizan Satu Kehilangan Mutiara

E-mailCetakPDF
Dewan Ulamak PAS Pusat merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Pengarah Dewan Muslimat PAS Pusat, Allahyarham Amizan Baharuddin diatas kematian pejuang muslimat.
Pemergian beliau adalah merupakan satu kehilangan mutiara yang besar kepada perjuangan Islam di Malaysia.Semoga jasa beliau kepada umat Islam Malaysia dan kaum muslimat dan wanita secara khususnya berada dalam timbangan berat di sisi Allah s.w.t
Semoga roh beliau ditempatkan bersama-sama para anbia',para sahabat,para syuhada' dan para solihin.
( Blog Dewan Ulama PAS Pusat )

Kak Mizan: Kehilangan besar kepada PASPDFCetakEmel
Ditulis oleh Webmaster PAS Pusat   
FRIDAY, 29 MARCH 2013 15:02

Menurutnya, Allahyarham  sentiasa istiqamah dalam perjuangan walaupun pada masa yang sama bertarung dengan masaalah penyakit ‘barah ovari’.



“Allahyarham merupakan seorang tokoh muslimat yang sentiasa cekal, ceria, sentiasa tenang walaupun menghidap penyakit yang begitu ditakuti seluruh manusia.



“Semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan insane yang soleh bersesuaian dengan perjuangan Allahyarham sepanjang hidupnya,”ujarnya.



Pengarah Pilihan Raya Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP), Amizan Baharuddinmeninggal dunia jam 6.30 pagi tadi akibat kanser ovari.



Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar Kedah selepas hampir dua tahun menjalani pembedahan dan rawatan.

Pemergian Amizan berlaku selepas kematian Ketua Dewan Ulama PAS Kedah, Sheikh Muhamad Abdullah sebelum sempat mereka menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.


Ubaidah seterusnya memberitahu, muslimat di seluruh negara menyifatkan pemergian arwah begitu sukar dicari ganti, apa lagi kematiannya di saat masih memegang jawatan penting selaku Pengarah Pilihanraya Dewan Muslimat PAS Pusat.


Pada masa yang sama beliau berharap seluruh anggota keluarga Allahyarham bertenang dan bersabar di saat pemergian insan yang disayangi.



Ketika menghubungi Harakahdaily, Ubaidah bersama bekas Anggota Dewan Negara, Mumtaz Md Nawi dalam perjalanan ke Taiping untuk memberi penghormatan terakhir kepada insan istimewa itu.



Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar Kedah kira-kira jam 6.30 pagi tadi selepas hampir dua tahun menjalani pembedahan dan rawatan.



Jenazah akan dibawa pulang ke rumahnya di Simpang, Taiping dan akan dikebumikan sebelum Zuhur.



Di Ipoh, jentera pilihan raya PAS negeri turut merasakan kehilangan Amizan kerana Allahyarham adalah Timbalan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Perak.



Pengarahnya, Haji Asmuni Awi antara yang terasa benar dengan perginya Amizan.



"Kali terakhir saya menemui beliau minggu lalu," kata Asmuni kepada Harakahdaily.

(Blog Dewan Muslimat PAS Pusat)



Ucapan Takziah Dari PAS Perak buat Keluarga Kak Mizan ( Mujahidah PAS Perak )

emelCetakPDF

IPOH: PAS Perak mengucapkan takziah kepada keluarga Pengarah Dewan Muslimat PAS Pusat, Allahyarham Amizan Baharuddin diatas kematian pejuang muslimat cekal ke akhir hayat itu.

Ucapan itu disampaikan oleh Ustaz Abu Bakar Hussian Pesuruhjaya PAS Perak

Menurutnya, Allahyarham  sentiasa istiqamah dalam perjuangan walaupun pada masa yang sama bertarung dengan masalah kesihatan diri beliau.

“Allahyarham merupakan seorang tokoh muslimat yang sentiasa cekal, ceria, sentiasa tenang walaupun menghidap penyakit yang begitu ditakuti seluruh manusia.

“Semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan insan yang soleh bersesuaian dengan perjuangan Allahyarham sepanjang hidupnya,”ujarnya.
Pesuruhjaya PAS Perak itu seterusnya memberitahu, seluruh warga PAS Perak menyifatkan pemergian arwah begitu sukar dicari ganti, apa lagi kematiannya di saat masih memegang jawatan penting selaku Pengarah Pilihanraya Dewan Muslimat PAS Pusat.

Pada masa yang sama beliau berharap seluruh anggota keluarga Allahyarham bertenang dan bersabar di saat pemergian insan yang disayangi.
(Blog PAS Perak)