Sunday, September 13, 2009

Saturday, September 5, 2009

KENYATAAN MEDIA ISU KARTIKA


DMP Perak merasa terpanggil dan bertanggungjawab untuk memberi pandangan diatas isu ini. Isu ini hendaklah dilihat secara menyeluruh iaitu yang melibatkan hak individu, hak masyarakat serta perlaksanaan hukum syariah.

Oleh itu, DMP Perak mengambil ketetapan bahawa;

1. DMP Perak menyokong pendirian Tengku Mahkota Pahang yang menyerahkan kedudukan kes ini kepada Mahkamah Tinggi Syariah.

2. DMP Perak kesal Kerajaan Malaysia tidak serius dalam pelaksanaan undang-undang Islam selaras dengan status sebuah Negara Islam yang di isytiharkan.

3. DMP Perak menggesa semua pihak seharusnya memahami isu ini dari sudut pandangan Islam dan menghormati pendirian murni Kartika yang bertanggungjawab di atas kesalahannya serta mengkagumi azamnya yang kukuh untuk bertaubat seterusnya member perhatian kepada keluarga.

4. Objektif Syariah menjaga 5 perkara ; agama,nyawa,aqal, maruah dan aqal. Ternyata pengaruh arak akan mengendalakan kelima-lima objektif syariah. Harta benda terancam, nyawa terancam, maruah tiada harga. DMP Perak menyokong penuh kenyataan Presiden PAS, bahawa penjualan arak haruslah diharamkan terlebih dahulu kepada semua orang Islam.

5. Perlaksanaan undang-undang Islam mestilah didalam kerangka Islam. Namun sebelum ia kembali kepada kesempurnaan, DMP Perak memandang secara positif kepada kes Kartika sebagai permulaan kepada perjalanan proses yang tertunda sejak 1957

6. DMP Perak berpegang kepada ketetapan Islam bahawa semua pihak adalah sama disisi undang-undang tanpa mengira jantina. Dosa adalah sama tanpa mengira jantina. Dengan hukuman ini diharap peminum arak dikalangan orang Islam akan berkurang dan terhapus.

Sekian. Terima kasih.

Yang Benar,

Hajjah Bariah Binti Alang Sapri

Ketua Dewan Muslimat PAS Perak